Bina Rumah Atas Tanah Sendiri: Kos Harga Buat Ikut Bajet

Kos buat bina Rumah Atas Tanah Sendiri Ikut Bajet plan & Pelan Pembinaan tahun 2023

kos buat bina rumah atas tanah sendiri

Rumah merupakan sebuah tempat tinggal yang menjadi keperluan asasi setiap manusia. Hartanah adalah suatu aset yang tidak mempunyai susut nilai.

Individu boleh memilih untuk memiliki rumah di atas tanah sendiri, membeli rumah sub-sale atau membeli rumah lelong. 

Bagi individu yang memiliki tanah sendiri, mereka boleh memilih untuk bina rumah sendiri di atas tanah milik sendiri. Pembinaan rumah di atas tanah sendiri ini banyak memberi kelebihan kepada pemilik hartanah.

Ianya bahkan dapat mengurangkan banyak kos pembinaan dan pengurusan pembinaan.

Langkah Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Proses untuk membina sebuah rumah bukanlah sesuatu yang mudah walaupun pembinaan hartanah tersebut di atas tanah sendiri.

Banyak kos dan prosedur yang perlu dipatuhi dan ditanggung.

Proses pembinaan ini mestilah dilakukan mengikut Standard Operating Procedur (SOP) yang betul bagi mengelakkan risiko pembinaan yang tinggi. 

Berikut merupakan proses-proses yang perlu dipatuhi jika ingin membina rumah di atas tanah sendiri yang bermula daripada permohonan pembinaan sehingga berjaya membangunkan sebuah rumah;

1. Bina Rumah Mengikut Bajet 10K 15K 20K 30K 50k

Bajet merupakan elemen utama yang perlu dititik beratkan sebelum merancang untuk membina sebuah rumah. Ini penting kerana ianya melibatkan kos yang tinggi.

Bajet ini boleh dibahagikan kepada dua (2) iaitu bajet pembinaan rumah dan bajet perhiasan rumah.

Bajet ini bergantung sepenuhnya kepada saiz rumah yang ingin dibina,kos bahan yang digunakan, kos melantik kontraktor, kos hiasan setelah rumah siap dan banyak lagi.

Oleh itu, setiap individu yang berhasrat untuk membina rumah, mereka perlu memastikan kewangan mereka berada di tahap yang stabil.

2. Semakan Status Tanah

BACA SINI >> cara pasang shiplap

Pemilik tanah perlu menyemak status tanah milik mereka terlebih dahulu sebelum membina rumah.

Terdapat tiga (3) jenis tanah yang ada di Malaysia iaitu tanah bangunan, tanah pertanian dan tanah komersial.

Ketiga-tiga tanah ini membawa fungsi yang berbeza. Manakala, terdapat dua (2) jenis geran pemilikan tanah iaitu geran individu dan geran kongsi.

Oleh itu, pembinaan rumah sangat sesuai dibina di atas tanah bangunan dengan memiliki geran individu.

Tuntasnya, setiap individu yang berhasrat untuk membeli tanah wajar untuk mengetahui status tanah yang dibeli.

3. Perlantikan Arkitek

Setelah mengetahui status tanah dan mempunyai geran tanah, pemilik tanah boleh mula membuat perlantikan arkitek.

Ini kerana arkitek merupakan individu atau agensi yang bertanggungjawab untuk menguruskan pelan, rekaan dan hiasan rumah mengikut citarasa serta keinginan tuan rumah.

Setiap pelan yang dihasilkan mestilah mendapat kelulusan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT). 

4. Pemilihan Kontraktor

Pemilihan kontraktor yang betul boleh menjamin kualiti pembinaan rumah yang baik.

Kontraktor yang dipilih mestilah berdaftar melalui CIDB serta pakar dalam profession mereka.

Penilaian kontraktor mestilah dilakukan sebelum membuat pemilihan kontraktor ini.

5. Surat Perjanjian Pemilik Rumah dan Kontraktor

Perjanjian pembinaan rumah di atas tanah sendiri mestilah dilakukan dan dipersetujui oleh kedua-dua pihak.

Ianya penting untuk memastikan kerja pembinaan yang dijalankan adalah mengikut spesifikasi pemilik rumah dan kerja-kerja pembinaan dilakukan dengan baik.

Ianya juga bertujuan untuk mengelakkan daripada ditipu oleh pihak kontraktor. 

6. Modal Bajet Bina Rumah

Modal pembinaan kos buat rumah atas tanah sendiri ini boleh dipohon melalui pinjaman institusi perbankkan atau pihak LPPSA.

Modal ini boleh dipohon setelah pelan pembinaan rumah diluluskan oleh PBT dan terdapatnya Perjanjian Pembinaan Rumah antara pemilik rumah dan pihak kontraktor.

Modal pembinaan diperlukan untuk menampung pembiayaan pembinaan rumah sehingga pembinaan rumah siap.

Kos buat rumah ini bergantung kepada beberapa faktor yang pembinaan rumah seperti keluasan tanah pembinaan, saiz rumah, jenis bahan yang digunakan dan banyak lagi.

Faktor ini secara tidak langsung akan mempengaruhi kos pembinaan rumah. 

7. Penilaian Pinjaman

Penilaian ini dilakukan berdasarkan dokumen hartanah pemilik rumah.

Ianya mestilah munasabah setelah meneliti beberapa faktor.

8. Pembinaan Dijalankan

Pembinaan ini akan memakan tempoh masa yang panjang.

Oleh itu, pemantauan dari semasa ke semasa mestilah dilakukan.

Pembayaran kepada pihak kontraktor dan individu yang terlibat mestilah dijelaskan bagi mengelakkan daripada projek hartanah ini tergendala.

9. Pembinaan Rumah Siap

Setelah pembinaan rumah siap berserta hiasan luaran dan dalaman rumah, pihak PBT akan mengeluarkan satu sijil yang dikenali sebagai Certificate of Completion and Compliance.

Ia menunjukkan projek pembinaan rumah ini telah berjaya dijalankan sehingga terbina sebuah rumah di kawasan tersebut. 

Cara Cagar Tanah Untuk Bina Rumah Sendiri

Pemilik tanah boleh memilih untuk mencagar tanah bagi tujuan mendapatkan pembiayaan untuk membina rumah.

Cagaran tanah ini boleh dilakukan dengan mana-mana institusi perbankkan.

Permohonan cagaran tanah ini boleh dilakukan jika pemilik tanah memenuhi syarat cagaran tanah. 

  1. Tanah yang dicagar ini akan dinilai oleh penilai Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta dengan nilai tanah cagaran mestilah melebihi jumlah pinjaman bank.
  2. Tempoh cagaran juga mestilah tidak melebihi tempoh 40 tahun.
  3. Ianya mestilah kebenaran Pihak Berkuasa Negeri sebelum dapat mencagar tanah di institusi bank. 
  4. Permohonan cagaran ini boleh dikemukakan di mana-mana institusi bank dengan memenuhi syarat cagaran tanah yang telah ditetapkan oleh pihak bank.
  5. Pemilik tanah yang layak perlu hadir ke mana-mana cawangan bank untuk membuat permohonan.
  6. Geran tanah dan dokumen-dokumen yang berkaitan mestilah dibawa bersama.

Pinjaman akan diluluskan jika bank menerima tanah tersebut sebagai cagaran.

Permohonan Pindah Milik Dengan Pejabat Tanah Guna Borang 14A

Permohonan berkaitan pemilikan dan pemindahan hak milik boleh dipohon menerusi Pejabat Tanah.

Permohonan ini adalah bertujuan untuk memastikan pembinaan rumah dilakukan oleh tuan tanah dan pemilik rumah.

Geran tanah mestilah di bawah nama pemilik rumah. Ianya akan memudahkan urusan pembinaan rumah di atas tanah sendiri.

Bagi individu yang mempunyai geran tanah di atas penama lain, pemindahan hak milik perlu dilakukan terlebih dahulu di Pejabat Tanah.

Permohonan ini boleh dilakukan dengan hadir ke Pejabat Tanah Negeri dan perpindahan hak milik serta pecah bahagian tanah boleh dijalankan.

Individu yang terlibat perlu hadir bagi tujuan proses ini bagi memudahkan urusan pembinaan rumah.

Proses ini perlu dilakukan dengan persetujuan individu-individu yang terlibat.

Beberapa jenis borang seperti Borang 14A atau 9B perlu diisi bagi tujuan tersebut. Bayaran akan dikenakan bagi transaksi ini.

Setelah selesai permohonan bersama pejabat tanah, pemilik tanah boleh memulakan langkah mereka untuk membina rumah.

Kos Bina Rumah Atas Tanah Sendiri

Banyak faktor yang bakal mempengaruhi kos pembinaan rumah, antaranya termasuklah keluasan tanah, jenis rumah, penggunaan bahan binaan dan banyak lagi.

Kos pembinaan ini boleh mula dirangka setelah pemilik rumah mengetahui reka bentuk rumah yang diinginkan. 

Kaedah pengiraan kos pembinaan rumah di atas tanah sendiri adalah seperti berikut;

[Luas Kawasan Berdinding (LRB) x Harga kontraktor (RM/kaki persegi) ] + [Luas Anjung Berbumbung (LAB) x 1/2 Harga Kontraktor (RM/kaki persegi)]

1. Kos Buat Rumah Atas Sendiri Untuk 1 Bilik

Anggaran kos bagi pembinaan rumah 1 bilik adalah seperti berikut;

  • Luas lantai kawasan berdinding = 1000 kaki persegi
  • Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110
  • Jumlah harga = 1000 x RM110 = RM110,000
  • Luas lantai beranda dan anjung berbumbung = 300 kaki persegi
  • Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70
  • Jumlah harga =  300 x RM70 = RM21,000

Oleh itu, jumlah anggaran bagi kos pembinaan bagi rumah berkeluasan 1300 kaki persegi adalah RM131,000.

2. Kos Buat Rumah Atas Tanah Sendiri Untuk 3 Bilik 2 Bilik Air

Anggaran kos bagi pembinaan rumah 3 bilik dengan 2 bilik air adalah seperti berikut;

  • Luas lantai kawasan berdinding = 2200 kaki persegi
  • Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110
  • Jumlah harga = 2200 x RM110 = RM242,000
  • Luas lantai beranda dan anjung berbumbung = 300 kaki persegi
  • Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70
  • Jumlah harga = 300 x RM70 = RM21,000

Oleh itu, jumlah anggaran bagi kos buat rumah sendiri 2023 berkeluasan 2500 kaki persegi adalah RM263,000.

Kos Pembinaan Rumah Atas Tanah Sendiri 4 Bilik 2 Bilik Air

Anggaran kos bagi pembinaan rumah 4 bilik dengan 2 bilik air adalah seperti berikut;

  • Luas lantai kawasan berdinding = 2500 kaki persegi
  • Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM110
  • Jumlah harga = 2500 x RM110 = RM275,000
  • Luas lantai beranda dan anjung berbumbung = 1000 kaki persegi
  • Anggaran kadar harga kontraktor per kaki persegi = RM70
  • Jumlah harga = 1000 x RM70 = RM70,000

Oleh itu, jumlah anggaran bagi kos pembinaan bagi rumah berkeluasan 3500 kaki persegi adalah RM345,000.

Contoh Pelan Lantai Percuma

Berikut merupakan contoh pelan lantai rumah bagi rumah 3 bilik, 4 bilik dan 5 bilik yang biasa ditempat jika anda plan nak buat rumah sendiri;

1. Contoh Pelan Rumah 3 Bilik

contoh pelan lantai rumah 3 bilik 4 bilik

2. Contoh Plan Rumah 4 Bilik

contoh plan lantai rumah 3 bilik 4 bilik

Contoh Pelan Rumah 5 Bilik

contoh pembinaan rumah
reka bentuk pattern rumah terkini

Cara Surat Permohonan Tanah Felda

Tanah FELDA merupakan tanah pertanian yang merupakan tanah milik kerajaan persekutuan.

Individu yang berhasrat untuk membina rumah di atas tanah FELDA, mereka perlu membuat permohonan pembinaan rumah di atas tanah FELDA kepada pihak FELDA.

  • Rajah di bawah merupakan contoh Borang Permohonan Rumah Tanah FELDA.
  • Pendaftaran juga perlu dilakukan di laman sesawang http://perumahan1felda.my 

Syarat kelayakan untuk membina rumah di atas tanah FELDA mestilah dipenuhi oleh pemilik tanah sebelum proses buat rumah boleh dijalankan.

Tambahan pula, permohonan ini mestilah mendapat kelulusan daripada pihak FELDA dan kerajaan persekutuan.

contoh surat borang permohonan tanah felda

LPPSA Pinjaman Bian Rumah Atas Tanah Sendiri

Pembiayaan pinjaman bina rumah atas tanah sendiri boleh dipohon dengan melakukan pinjaman bank atau Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA).

Pinjaman bank atau LPPSA ini boleh dipohon setelah pelan pembinaan rumah diluluskan oleh pihak PBT.  

Bagi individu yang merupakan kakitangan awam adalah digalakkan untuk membuat pinjaman LPPSA.

Lembaga Pembiayaan Perumahan Sektor Awam (LPPSA) merupakan agensi kerajaan yang menguruskan pinjaman perumahan bagi pemohon yang berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Pinjaman buat rumah atas tanah sendiri ini diwujudkan untuk menggalakan lebih ramai penjawat awam memiliki rumah sendiri.

Permohonan pinjaman ini boleh dilakukan dengan mendaftar terlebih dahulu secara atas talian di laman sesawang https://lms.lppsa.gov.my seperti pada Rajah di bawah ini.

Individu yang memenuhi syarat kelayakan yang gariskan oleh LPPSA layak untuk menerima pinjaman ini.

syarat pinjaman lppsa bina rumah atas tanah sendiri

Proses Bina Rumah Atas Tanah Orang Jika Dapat Kebenaran Pemilik Tanah

Pembinaan rumah di atas tanah orang lain pastinya tidak dibenarkan di sisi undang-undang.

Walaubagaimanapun, pemilik tanah dibenarkan untuk memberi kebenaran kepada pemilik rumah untuk buat rumah sendiri dengan syarat-syarat tertentu.

Surat akuan pemilik tanah mestilah dilakukan dengan persetujuan kedua-dua belah pihak yang membenarkan pemilik rumah untuk membina rumah di atas tanah tuan tanah yang merupakan individu lain.

Surat akaun tersebut mestilah disetem di LHDN dan dicop oleh Pesuruhjaya Sumpah.

BANKAPPLY PINJAMANINTEREST RATE
Maybankhttps://www.maybank2u.com.my2.88 peratus
Bank Rakyathttps://www.bankrakyat.com.my3.18 peratus
CIMB Bankhttps://www.cimb.com.my3.80 peratus
BSNhttps://www.bsn.com.my3.10 peratus
Bank Islamhttps://www.bankislam.com3.32 peratus
Affin Bankhttps://www.affinalways.com3.51 peratus
MBSBhttps://www.mbsbbank.com3.10 peratus
RHBhttps://www.rhbgroup.com3.60 peratus
Public Bankhttps://www.pbebank.com3.10 peratus
Hong Leong Bankhttps://www.hlb.com.my4.75 peratus
Ambankhttps://www.ambank.com.my3.25 peratus

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia