Cara membuat Shiplap Wall dan pasang di Dinding Ruang Tamu
Jikalau anda ada dinding yang kosong, tiada hiasan apa-apa. Mungkin boleh pertimbangkan membuat hiasan di dinding yang kosong tersebut dengan meletakkan kayu shiplap.
Cara dekorasi seperti ini sudah menjadi trend dikalangan ramai hari ini terutamanya sejak era PKP sebelum ini.
Selain, teknik shiplap ini anda juga boleh pertimbangkan teknik memasang wainscotting yang sesuai digunakan untuk menghiaskan dinding kosong.
Anda boleh memilih salah tu bahagian diding untuk dinding untuk dijadikan feature wall bagi memasang shiplap ruang tamu yang boleh dijadikan penarik dan penyeri ketika tetamiu datang di ruang tamu anda.
Apa Itu Shiplap
Ia boleh dikatakan teknik baru untuk dipasang di permukaan dinding. Jikalau mahu cat, mungkin sudah biasa.
- BACA SINI >> Cara buat almari diy wardrobe
- BACA SINI >> cara bayar bil astro tertunggak
- BACA SINI >> Cara deco dapur moden
- BACA SINI >> kabinet dapur
Kos pula lebih mahal berbanding pasang shiplap.
Ia hanya perlu disusun dan dipasang satu persatu di dinding rumah anda.
Cara Pasang Shiplap di Dinding
Cara memasang shiplap mudah sahaja
Contoh Pemasangan Shiplap 10 x 5 kaki Oleh Puan Masita
Finally, terlaksana juga impian nak buat shiplap wall. Mula buat area kecil sahaja 10 x 5 kaki.
Lepas tengok hasil macam hensem, suami mintak lajakkan ke living room atau ruang tamu. Haha boleh? Laki yang request ke isteri buat.
Akhirnya siap juga sebelum 1 syawal haritu. Suami saya juga ada membantu bab-bab melibatkan deco rumah yang perlukan tenaga lelaki. But most of the work done by saya lah. Sebab saya yang beria-ia sangat nak buat kan. Haaa amikkk.
- Contoh Material kayushiplap saya adalah MDF board. Saiz saya buat 15cm each board & ketebalan board adalah 6mm.
- MDF boleh dibeli di mana-mana kedai hardware yang jual lah. Normally dia dalam saiz yang besar, 4 x 8 kaki. Ada tempat sediakan perkhidmatan siap potong ikut yang kita nak. Tapi kalau setakat nak saiz A4, dekat shopee ada jual. Untuk buat home decor mestilah saiz yang besar kan? Saya order di Wood Panel Resources, Shah Alam.
- Cara pasang shiplap senang bagi yang dah ada experience & agak leceh bagi yang belum ada pengalaman. Ada juga masalah-masalah luar jangka. Sebelum decide nak buat shiplap guna MDF, mohon kawan2 google dahulu pros and cons material ni. Sebab dia Medium Density Fiberboard, dia meresap cecair. Kena undercoat dulu sebelum cat, kalau tidak tak melekatlah cat tu.
- Saya tampal guna gam silikon. Untuk lebih kemas, tutup kecacatan dengan gap filler.
- Yang penting buat kira-kira untuk tau berapa banyak board nak pakai. Gap antara board saya guna syiling 50sen (di doublekan) supaya gap nampak cantik. Bukan lukis garisan ye yang line hitam tu
Cara Install shiplap 11”x8” oleh Puan Syakilla
Senarai Barang
- Mdf board 4 keping (Kelebaran 4”) = RM28x4 (RM112.00)
- Upah potong RM15 sekeping
- Total mdf board 4 keping x (RM28 + RM15) berjumlah RM172
- Gam born = 6 x RM8.90 berjumlah RM 53.40
- Cat undercoat = RM23.00
- Batang eskrim = RM2.90
- Cat nippon calour spot blue (AC2103A): RM40 (1liter) x 3
- kesilapan tidak beli 5liter terus total RM120
- (Kalau 5liter baru RM138)
- Shiplap buatnye byk juga guna cat sebab kena cat bahagian celah mdf kayu tu…..
- Total kos RM371.30
- Berbaloi-baloi. Paling mahal kos sabar. Tidak dapat dibuat anggaran kos
SUMBER: Familyhand
Selamat mencuba sahabat semua
Jika anda berminat untuk tiru diy shiplap malaysia di dinding rumah anda, dipersilakan. Boleh sharekan di Facebook & Whatapps pasangan anda.
Moga jadi satu inspirasi dan idea untuk anda hias perkarangan ruang dalam rumah anda kelak