Cara Buat Walk in Wardrobe sendiri atau pasang built in closet secara diy pada harga murah tetapi masih mewah
Nak tempah wardrobe murah bukan senang dapt sesuai dengan kualiti yang diinginkan. Nak order dengan walk in closet ikea, takut masih tak memenuhi citarasi. Nak order dengan tukang kayu, kena salah orang terpaksa membayar dan harga yang mahal, luar dari kemampuan dan bajet anda.
Nak jimat boleh buat sendiri sebenarnya seperti yang ditunjukkan pasangan suami isteri ini yang berjaya tunjukkan cara buat walk-in closet almari secara diy.
Mereka berdua mempunyai hobi yang sama iaitu memang suka bertukang dari kecil. Suka DIY dan suka mereka cipta. Patutlah mereka berjodohan.
Ini projek fun-fun mereka, harga dan kos pembuatan walk in closet atau wardrobe untuk master bedroom ada dikongsikan di bawah yang berjaya dilakukan waktu pkp dan pkpb haritu yang panjang. Just berkongsi pengalaman buat built in wardrobe dan idea cara buat rak baju diy dan membuat almari baju idaman mereka.
Kos Harga Almari Walk In Closet
Anda boleh lihat berapa dapat dijimatkan oleh pasangan ini.
- BACA SINI >> Cara mengatasi anai-anai
- BACA SINI >> Cara buat kabinet dapur murah
- BACA SINI >> Myhome 2023: Skim Bantuan Pinjaman Perumahan BSN
Mereka berjaya pasang dan buat wardrobe cabinet murah secara diy
- Total harga buat wardrobe sendiri, semua hanya sekitar RM4,000 sahaja
- Jikalau tempah boleh menjangkau RM12,000
- Jimat berganda kepuasan terserlah.
Cara Buat Wardrobe di Bilik Tidur
1. Buat Drawing dan Wardrobe Design
- Mereka buat detail drawing and design terlebih dahulu mengikut ukuran sebenar bilik tidur wardrobe
2. Kerja Pemotongan
- Bermula kerja-kerja pemotongan mengikut size dalam detail drawing. Mereka menggunakan block board 18mm untuk wardrobe design mereka.
- Sekeping RM80 (4×8 kaki)
- Untuk kerja ID fit out work selalunya akan guna block board untuk mengelak ledingan pada shelving
- Plywood tidak sesuai unttk wardrobe, ianya akan leding
- Block board direka secara sandwich iaitu solid wood disandwichkan diperantaraan plywood, so ianya lebih kukuh. Dan lebih ringan dari plywood dalam kerja-kerja penyelengaraan
3. Pemasangan
- Mereka akan memasangnya dahulu di lantai, dan setelah itu akan dirikan cabinet ini ke area yang telah ditetapkan
- Wardrobe cabinet yang telah di pasang di atas lantai siap-siap. Kita dirikan dia dan pasang didinding
- Pemasangan cabinet untuk upper unit dah siap, mereka pasang terus kat rak paling atas
4. Kombinasi Dengan Kallax Ikea
- Upper unit sudah dipasang. Dibahagian iri dan kanan rak tu mereka ada mengguna 2 unit rak kallax dari ikea untuk kombinasi wardrobe merea.
- Ini view dalam laundry room mereka. Mereka design broom storage disitu, boleh letak penyapu, mob, vacum, sabun basuhan dan lain-lain lagi. Practical storage
SUMBER: https://www.ikea.com/my/en/cat/kallax-series-27534/
5. Cat Diy Wardrobe
- Sebenarnya boleh beli block board lami putih terus. Tapi plan asal mereka nak varnish untuk nampakkan ira kayu ala rustic and raw finish.
- Sekali ada perubahan dalam design yang mana mereka blend material dengan rak ikea kallax sedia ada dalam rumah supaya tak membazir dan diguna pakai
- So color dah berlari..and mereka terpaksa cat semua bagi sama color
- Inilah cat kami gunakan..water base cat untuk wood dan besi..satu lagi tu white pvc edging untuk kerja-kerja kemasan tepi block board
6. Drawer Tray Built In Wardrobe
- Drawer tray dah siap dan sedia di cat..
- Kos lebih murah bila cat sendiri. Yang beli sudah siap laminate putih tu RM125 sekeping 4×8 kaki. Yang block board kosong ni RM80 ja.
- Total yang digunakan 24 keping block board untuk ruangan ini. So banyak sudah jimat disitu.
7. Pemasangan Lampu Led Strip
- Siap pemasangan drawer
- Lampu led strip mereka pasang di dalam pelmet yang mereka sudah buat siap-siap longkangnya.
8. Cara Buat Pintu Open Wardrobe
- Buat pintu sendiri untuk hidden door laundry room. Mereka guna 9mm thick plywood dan dalam mereka guna fingger joint 1″x2″ untuk structure pintu. Mereka guna gam putih kayu itu dan sandwichkan. Selepas itu, tembak guna nail gun. Tunggu 2 hari sudah kering elok baru pasang
- Sudah siap pintu mereka untuk hidden door laundry room.
- Mereka pasang ensel pintu lebih sedikit supaya kuat. Sebab nanti mereka nak pasang cermin di permukaan hadapan pintu.
9. Pemasangan Cermin
- Ok siap pemasangan cermin untuk pintu laundry room mereka. Mereka tempah di kedai cermin. Team cermin datang pasangkan..
- Tadaaa..sudah siap walk in closet mereka.
- Sekarang kerja penyusunan barang dalam progress.
Harga Tempah Almari Baju
Harga tempah almari baju sangat mahal. jadi apabila boleh buat sendiri, memang sangat berbaloi-baloi sesuai dengan design dan rekabentuk yag diinginkan.
Sudah siap buat built in wardrobe secara diy ini, boleh cuba tengok juga cara buat dan pasang shiplap wall secara diy di ruang tamu anda. JOM!