3 Contoh Cover Letter bahasa melayu terbaik dan contoh cv menarik untuk fresh graduate
Resume kerja anda mestilah dilampirkan sekali dengan cover letter cv.
Anda akan nampak lebih professional semasa memohon jawatan kosong dengan adanya surat permohonan ini. Secara umumnya cover letter menari dan terbaik bukan sahaja ditulis dalam Bahasa Inggeris sahaja, malah boleh juga dibuat dalam Bahasa Melayu bergantung kepada kesesuaian jawatan yang ingin dimohon.
Untuk pengetahuan anda semua, cover letter mengandungi ringkasan diri anda untuk memohon jawatan kosong. Walaupun ditulis secara ringkas tetapi ia mempunyai peranan penting untuk menarik perhatian majikan supaya resume anda dibaca mereka.
Banyak contoh cover letter yang boleh dijadikan rujukan yang menepati kriteria yang telah ditetapkan dan menarik untuk anda rujuk. Di bawah ini kami kongsikan tips menulis cover letter agar permohonan dan temuduga anda dipertimbangkan.
Senarai Kandungan Penting:
Tips Menulis Surat Permohonan Kerja
- BACA SINI >> Contoh surat perjanjian sewa rumah
- BACA SINI >> Contoh surat pengesahan bekerja
Pastikan anda tidak melakukan sebarang kesalahan yang dinyatakan seperti di bawah ini sebelum menulis sebarang surat permohonan kerja:
- Resume dihantar tanpa cover letter
- Gaji yang dinyatakan dan diiklankan dalam iklan surat permohonan tidak perlu dibincang
- Maklumat yang sedia ada dalam resume tidak perlu diulangi melainkan secara ringkas
- Gambaran berkenaan kualiti diri anda dan pekerjaan lepas tidak perlu diberikan
- Tugas yang menggunakan keupayaan anda tidak perlu dinyatakan, sebaliknya nyatakan apa yang kamu boleh lakukan dengan tugas itu (jadilah seorang yang proaktif bukannya seorang pasif)
- Dilarang memberi maklumat palsu
- Dilarang menghantar surat atau resume salinan
SUMBER: https://resumegenius.com
Tips Menulis Seperti Contoh CV Terbaik
BACA SINI >> kerja di singapura untuk orang malaysia
Berikut adalah contoh susunan cover letter terbaik mengikut tiga langkah atau prosedur iaitu What, Why & How untuk rujukan anda semua.
- What? – Diri anda diperkenalkan secara ringkas tetapi lengkap.
- Why? – Tujuan anda menghantar surat permohonan kerja tersebut diberitahu. Majikan anda perlu diyakinkan dengan memberi sebab mengapa anda anda perlu dipilih kerja di syarikat mereka berdasarkan kriteria dan kualifikasi anda.
- How? – Bagaimana cara untuk menghubungi anda mesti dimaklumkan kepada mereka. Ini akan memudahkan anda dihubungi oleh interviewer jika mereka berminat!
1. Contoh Cover Letter (Mempunyai Pengalaman Kerja)
Nama Anda
Alamat Anda
Pengurus Besar
Jabatan Sumber Manusia
Jalapeno BB Sdn Bhd
Lot 19, Jalan Indah 8, Seksyen 18,
52637 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan 25 Mac 2020
Tuan/Puan
PERMOHONAN BAGI JAWATAN KOSONG
Saya seperti nama diatas ingin memohon jawatan yang berkaitan dengan komunikasi yang terdapat di syarikat tuan.
Saya yakin dapat memenuhi syarat-syarat serta kehendak jawatan yang ada dengan kelayakan yang saya miliki ini. Sudah menjadi hasrat saya untuk bekerja dengan syarikat seperti syarikat tuan yang jelas sekali mempunyai reputasi cemerlang dalam bidang komunikasi di Malaysia.
Saya sertakan sekali bersama resume di sini dan amatlah berbesar hati untuk menerima panggilan temuduga pada bila-bila masa sahaja. Pihak tuan boleh menghubungi saya bagi tindakan lanjut di talian __________ atau _________
Diharapkan permohonan saya dipertimbangkan oleh pihak tuan. Kerjasama dan jasa daripada pihak tuan amatlah saya hargai dan saya dahului dengan jutaan terima kasih
Sekian Terima Kasih
Yang Benar,
——————-
Nama Anda
Email: namaanda@gmail.com
2. Contoh Cover Letter Bahasa Melayu Untuk Fresh Graduate / Internship
Boleh semak contoh cover letter fresh graduate bahasa melayu seperti di bawah ini:
Nama Anda
Alamat surat menyurat
No hp
Email:
Tarikh:
Tuan / Puan:
Saya ada terbaca iklan jawatan kosong berkenaan jawatan penganalisis kewangan di pusat kerjaya dan kaunseling di USM. Pengalaman semasa saya belajar dan latihan amali melayakkan untuk saya memohon jawatan ini.
Menurut iklan tersebut, individu yang boleh menjadi ketua yang mampu bekerja dalam pasukan dan menyediakan analisa kuantitatif sedang dicari oleh pihak tuan.
Saya telah menjalani latihan amali di syarikat __________ semasa cuti semester yang lalu. Tanggungjawab yang digalas semasa menjalani latihan di situ adalah pengiraan dan mengenal pasti kesalahan yang didapati dalam penjadualan. Saya mampu membantu beberapa permasalahan yang dihadapi oleh kumpulan saya dengan menggunakan kemahiran yang didapati menerusi kursus yang berkaitan dengan ijazah pengurusan perniagaan. Kemahiran saya semasa menyertai Persatuan Majlis Perwakilan Pelajar di Universiti sedikit sebanyak akan membantu saya bekerja dalam pasukan di samping membantu ahli kumpulan jika diperlukan.
Saya yakin bahawa saya dapat membantu syarikat tuan sebagai penganalisa kewangan dan seterusnya ilmu yang saya dapat bersama di dalam kelas mahupun sewaktu latihan amal dapat dikongsi bersama. Saya juga berkeyakinan tinggi bahawa kemahiran yang saya miliki ini amat bersesuaian dengan jawatan ini.
Segala pertimbangan daripada pihak tuan amatlah dihargai dan saya dahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
Sekian, Terima kasih
Yang Benar
———————–
Nama Anda
Diharapkan dengan perkongsian daripada kami ini berkaitan contoh cover letter terbaik dan contoh cv letter yang simple tetapi masih menarik ini yang ditulis dengan baik sekali dalam bahasa Melayu, sedikit sebanyak dapat membantu anda semasa memohon jawatan kerja kosong di mana-mana syarikat pun. Selamat maju jaya!