Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM: Cara Daftar & Register Perniagaan

Cara daftar ssm syarat register lesen perniagaan 2023 online: Isi Borang permohonan pendaftaran Senarai dokumen penting sijil perakuan suruhanjaya syarikat Malaysia SSM enterprise baru form A & D

cara isi borang suruhanjaya syarikat malaysia ssm 2023 online

Ssm di bawah kementerian apa? Suruhanjaya Syarikat Malaysia (Check ssm) adalah merupakan agensi badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan di bawah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) yang bertanggungjawab dalam mengawal selia daftar company, pengurusan syarikat dan lesen perniagaan ssm enterprise.

Semua syarikat dan perniagaan yang ditubuhkan perlulah berdaftar dengan SSM. Ianya juga terbentuk hasil daripada penggabungan antara Pejabat Pendaftar Syarikat dan Pejabat Pendaftar Perniagaan. 

SSM juga akan memastikan syarikat, perniagaan dan daftar business yang berdaftar dibawahnya mematuhi perundangan korporat dan tertakluk kepada undang-undang seperti Akta Suruhanjaya Syarikat 2001, Akta Syarikat 2016, Akta Pendaftaran Perniagaan 1956, Akta Skim Kepentingan 2016 dan banyak lagi.

Ini bertujuan untuk memastikan syarikat dan lesen perniagaan ssm di Malaysia mempunyai tahap tadbir urus korporat yang cemerlang dan telus.

Cara Register Perniagaan Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM Online

BACA SINI >> Jabatan imigresen malaysia putrajaya: contact immigration

Terdapat beberapa cara isi borang untuk register dan mendaftar perniagaan ssm enterprise anda secara atas online, antaranya;

BACA SINI >> Ssm search e info

  • Pemohon atau peniaga boleh melayari portal daftar ssm online, https://ezbiz.ssm.com.my seperti pada Rajah di bawah untuk buat permohonan pendaftaran perniagaan.

BACA SINI >> semakan status bankrap online

register ssm online 2023
  • Pemohon perlu berdaftar sebagai pengguna Ezbiz terlebih dahulu sebelum membuat permohonan pendaftaran SSM & daftar company serta business.
  • Mula-mula, pemohon perlu klik pada butang “Sign Up” untuk pendaftaran ssm daftar perniagaan online kali pertama untuk company anda.
  • Cipta akaun individu sebagai pemilik perniagaan dengan memasukkan maklumat untuk melengkapkan pendaftaran akaun. 
  • Setelah semua maklumat diisi dengan betul dan tepat, pemohon mestilah menekan butang “Save” dan pemohon akan menerima notifikasi melalui emel untuk tujuan pengaktifan akaun Ezbiz pemohon.
  • Setelah akaun Ezbiz pemohon berjaya diaktifkan dan disahkan (setelah melalui semua proses termasuklah temujanji untuk akaun verifikasi), pemohon boleh terus “Sign In” untuk membuat pemohonan pendaftaran perniagaan bersama SSM.
  • Pemohon perlu klik pada “My Business Services” pada bahagian menu dan klik pada “New Business”.
  • Semua maklumat berkaitan dengan perniagaan pemohon hendaklah diisi dengan tepat dan betul seperti maklumat nama perniagaan, alamat perniagaan, cawangan, jenis perniagaan yang dijalankan, informasi pemilik dan banyak lagi berserta dengan lampiran-lampiran dokumen penting ssm berkaitan dengan perniagaan pemohon.
  • Setelah semua maklumat yang diperlukan diiisi dengan betul, pemohon mestilah membuat semakan kali kedua untuk mengelakkan daripada berlakunya kesalahan maklumat dan seterusnya klik pada butang “Submit Payment”.
  • Cara Bayaran mendaftar bagi permohonan borang pendaftaran perniagaan 2023 baru adalah seperti harga pendaftaran perniagaan pada Rajah di bawah ini.
syarat borang daftar perniagaan ssm
  • Akhir sekali, setelah berjaya membuat pembayaran, pemohon perlu menunggu pengesahan permohonan SSM.
  • Jika berjaya, pihak SSM akan menghantar notifikasi pengesahan dan pemohon akan mendapat sijil perakuan pendaftaran perniagaan seperti pada Rajah di bawah ini
  • Mudah bukan cara apply ssm online ?

Jangan berlengah lagi, lakukan business dan perniagaan secara sah lebih-lebih lagi harga kos buat ssm baru semakin murah.

Cara Daftar SSM di Kaunter

contoh sijil ssm

Kini, peredaran teknologi berkembang pesat menyebabkan banyak urusan boleh dibuat secara atas talian termasuk ssm daftar perniagaan online

Namun, ada segelintir individu yang masih memilih cara daftar manual dengan hadir terus ke tempat pejabat SSM untuk membuat pendaftaran perniagaan di kaunter SSM.

Ini kerana tidak semua dalam kalangan masyarakat yang celik IT untuk membuat permohonan dan daftar business secara online dan mungkin bagi mereka itu amat menyusahkan.

Walaubagaimanapun, pemohon masih boleh membuat pendaftaran permohonan perniagaan di pejabat SSM. 

  1. Pemohon mestilah hadir ke pejabat SSM yang berhampiran dengan rumah bagi memudahkan segala urusan. Pemohon mestilah tahu nama perniagaan yang ingin digunakan pada perniagaan pemohon.
  2. Pertama, pemohon perlu mengambil nombor giliran dan mengisi borang pendaftaran iaitu jenis form Borang A yang boleh diambil dengan pegawai yang bertugas di SSM tersebut.
  3. Isi segala maklumat yang diperlukan dengan betul.
  4. Kemudian, setelah siap borang tersebut diisi, pemohon perlu menunggu sehingga nombor giliran pemohon dipanggil.
  5. Seterusnya, borang pemohonan itu perlu diserahkan kepada pegawai bertugas dan membuat pembayaran untuk permohonan perniagaan baru. 
  6. Akhir sekali, pemohon perlu menunggu sehingga pegawai SSM memberikan sijil perakuan pendaftaran perniagaan dan proses permohonan dikira berjaya.
  7. Pemohon bolehlah mula menjalankan perniagaan mereka.

Cara Isi Borang Suruhanjaya Syarikat Malaysia SSM

Cara isi borang Pendaftaran SSM untuk daftar syarikat ssm adalah dikenali sebagai sijil pendaftaran perniagaan (borang a dan d) seperti pada Rajah di bawah ini.

pendaftaran suruhanjaya syarikat malaysia ssm

Setiap pemohon yang ingin membuat permohonan pendaftaran peniagaan wajib mengisi borang sijil pendaftaran perniagaan (borang a dan d) ini.

Untuk mengisi Borang A maklumat perniagaan ini, pemohon perlu mengikut garis panduan dan syarat daftar ssm yang telah pun ditetapkan.

  1. Pemohon perlu mengenal pasti perniagaan mereka ingin didaftarkan atas nama sendiri atau nama tred dan tanda pada kotak yang diinginkan. 
  2. Kemudian, maklumat perniagaan mestilah diisi dengan huruf besar menggunakan pen berwarna biru atau hitam sahaja.
  3. Bahagian nama perniagaan mestilah diisi menggunakan nama sendiri sebagai nama perniagaan anda, namun jika ingin menggunakan nama tred, pemohon mestilah memastikan nama tred tersebut telah diluluskan oleh pihak SSM.
  4. Pada bahagian tarikh perniagaan bermula ialah tarikh operasi perniagaan bermula.
  5. Seterusnya, pada bahagian “Perjanjian Perkongsian”, pemohon yang ada perkongsian dengan pihak lain hendaklah tanda pada kotak “Ada” dan masukkan tarikh perjanjian yang telah dibuat antara rakan kongsi.
  6. Namun, jika pemohon adalah pemilik tunggal, tanda pada kotak “Tiada” pada borang pendaftaran syarikat tersebut. Masukkan alamat dan alamat surat menyurat tempat premis perniagaan dijalankan.
  7. Begitu juga dengan emel dan nombor telefon, kebiasaannya, pemohon perlu mengisi emel dan nombor telefon yang digunakan untuk perniagaan jika ada. Jika tiada, pemohon hanya perlu mengisi emel dan nombor telefon peribadi. 
  8. Pada bahagian jenis perniagaan yang dijalankan, pemohon hendaklah mengisi perniagaan yang dijalankan pada masa sekarang.
  9. Jika berlaku perubahan pada aktiviti perniagaan pemohon, pindaan boleh dibuat dengan mengemukakan Borang B.
  10. Alamat cawangan perniagaan pula mestilah diisi jika pemohon mempunyai lebih daripada satu premis yang menjalankan perniagaan tersebut.
  11. Informasi yang paling penting ialah maklumat pemilik, pada bahagian ini, pemohon mestilah mengisi nama pemilik kepada perniagaan yang dijalankan, nombor kad pengenalan, tarikh lahir, kerakyatan, alamat kediaman dan nombor telefon pemilik.

Akhir sekali, pada ssm form a pemohon mestilah membuat akuan pengesahan dengan mengisi nama dan nombor kad pengenalan serta tandatangan serta cop jari pada bahagian yang disediakan.

Tuliskan tarikh permohonan dibuat pada ssm form a untuk memastikan pemohon tahu bila perniagaan mereka daftar dengan SSM online secara sah.

Cara Isi Borang Perubahan Maklumat Perniagaan SSM

Borang Perubahan Maklumat SSM pula dikenali sebagai Borang B.

Borang ini diisi dan dikemukakan kepada pihak Suruhanjaya Syarikat Malaysia oleh pemohon jika terdapat perubahan pada maklumat perniagaan mereka selepas anda selesai register ssm enterprise, termasuk mahu tukar nama ssm, tambah nama dalam ssm, nak tambah jenis perniagaan ataupun tukar alamat.

Rajah di bawah ini merupakan contoh Borang B yang perlu diisi jika terdapat perubahan.

perubahan maklumat perniagaan ssm

Contoh Borang B seperti di atas ini hanya diisi jika terdapat perubahan pada maklumat lesen perniagaan peniaga ssm seperti;

  1. Perubahan pada alamat utama perniagaan (Bahagian A)
  2. Perubahan pada jenis perniagaan yang dijalankan (Bahagian B)
  3. Perubahan pada alamat cawangan perniagaan (Bahagian C)
  4. Perubahan pada maklumat atau informasi pemilik perniagaan (Bahagian D)

Pemohon mestilah mengenalpasti terlebih dahulu perubahan mana yang mereka ingin lakukan pada data daftar syarikat yang telah ada sebelum ini.

Bagi pemohon yang ingin membuat perubahan pada alamat utama perniagaan, pemohon perlu mengisi pada bahagian A.

Perubahan ini berkemungkinan disebabkan oleh premis utama peniaga telah berpindah ke lokasi lain, sebagai contoh.

Alamat yang baru harus ditulis di tempat yang disediakan bagi menggantikan alamat yang lama.

Manakala, pada bahagian B adalah bahagian perubahan jenis perniagaan yang dijalankan pada waktu tersebut. Pemohon perlu mengisi jenis perniagaan yang dijalankan sekarang.

Jika aktiviti perniagaan yang dulu masih dijalankan, maka yang dahulu juga mesti dinyatakan beserta dengan aktiviti perniagaan yang baharu.

Seterusnya, jika pemohon ingin membuat perubahan lesen perniagaan ssm pada alamat cawangan perniagaan syarikat, pemohon boleh membuat daftar pindaan pada bahagian C.

Pemohon hendaklah memasukkan alamat cawangan yang baru beserta dengan tarikh alamat tersebut berkuatkuasa.

Akhir sekali, pemohon yang ingin daftar perubahan pada maklumat pemilik perniagaan online boleh dibuat pada bahagian D.

Maklumat pemilik ssm sijil perniagaan yang baru hendaklah diisi jika ada perubahan perakuan pendaftaran syarikat. 

Pemohon hendaklah menandatangani dan cop jari pada bahagian pengesahan pemilik peniagaan dan menghantar Borang B tersebut ke SSM untuk dikemaskini oleh pihak SSM dan digantikan dengan maklumat yang baru.

Pejabat Daftar Lesen Perniagaan SSM

Selain buka ssm online, boleh juga buka ssm baru dengan terus buat pendaftaran lesen perniagaan dan company baharu di pejabat suruhanjaya syarikat malaysia yang terdekat dengan anda.

Pastikan ada dokumen pendaftaran syarikat yang diperlukan sebagai memenuhi syarat buka ssm syarikat suruhanjaya malaysia

NEGERI & SSM Customer Service NumberALAMAT
SSM Putrajaya Customer Service Number
03- 77214000
Kaunter Pendaftaran Perniagaan (SSM)
Aras G
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri
Dan Kos Sara Hidup (KPDN)​
No. 13, Persiaran Perdana
Presint 2, Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62623 Putrajaya
Wilayah Persekutuan Putrajaya.
Tempat daftar SSM Selangor
03-55116500
SSM Selangor
Blok 9, 10 &11, Kompleks KPPMS
Lot 291, Jalan RU 3/9A, Seksyen 3
40000 Shah Alam, Selangor.
SSM Melaka
06-2311717
SSM Melaka
No. 53 & 55, Jalan Komersial
Taman Kota Fesyen MITC
75450 Ayer Keroh,​ Melaka.​
Pengarah Negeri: Mohd Zainuddin bin Salleh
SSM Negeri Sembilan
06-761 9098
Aras 3, Wisma Perkeso
Lot 3757 & 52
Jalan Sungai Ujong
70000 Seremban, Negeri Sembilan.
SSM Pahang
09-5729743​
SSM Pahang
B2 & B4, Aras Bawah Suria Atabara
Jalan IM 7/2
Bandar Indera Mahkota
25200 Kuantan,Pahang.
Tempat Daftar syarikat SSM Sarawak
088-233551
SSM Sarawak
Lot 11115, Section 64
Kuching Town Land District
Jalan Pending , City Square Phase 1
93450 Kuching, Sarawak.
SSM Sabah
088-233551
SSM Sabah
Tingkat 4, Menara MAA
6 Lorong Api-Api
Locked Bag 2039
88999 Kota Kinabalu, Sabah.
SSM Perak
05-5475070
Menara SSM Perak​
Jalan Basco Kepayang 1
Basco Avenue @ Kepayang
31400 Ipoh, Perak.​​
SSM Kedah
04-7330111
SSM Kedah
Tingkat 1 & 2
Wisma PERKESO
No.186 Jalan Teluk WanJah
05538 Alor Setar, Kedah.
SSM Terengganu
09-6237170
SSM Terengganu
Tingkat 6, Menara Yayasan Islam
Jalan Sultan Omar
20300 Kuala Terengganu, Terengganu.
SSM Kelantan
09-7482860
SSM Kelantan
Tingkat 2 & 3 Kota Sri Mutiara
Jalan Sultan Yahya Petra
15150 Kota Bharu, Kelantan.
SSM Perlis
04-9705471
Urban Transformation Centre (UTC) Perlis
No.1 Aras 1, Blok B
Pusat Transformasi Bandar (UTC) Perlis
Mukim Sena 01000 Kangar, Perlis.
SSM Pulau Pinang Penang
04-3977793
SSM Penang
Tingkat 6-7, Bangunan KWSP
No. 3009, Off Leboh Tenggiri 2
Bandar Seberang Jaya
13700 Pulau Pinang.
SSM Johor
07-2244710
SSM Johor
Podium 4B & 5, Menara Ansar
65 Jalan Trus
80000 Johor Bahru, Johor.
Daftar business di SSM Kuala Lumpur KL
03-77214000
MENARA SSM KL SENTRAL
No 7, Jalan Stesen Sentral 5​
Kuala Lumpur Sentral
50623 Kuala Lumpur.

Soalan Lazim & FAQ

1. Senarai dokumen untuk daftar ssm

Ada dikongsikan di atas ini

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia