Cara Kira Dividen Tabung Haji 2023/2024 & Bonus TH

Berita terkini berapa jangkaan pengumuman kadar Dividen Tabung Haji 2024 Tarikh Keluar Hari ini dan umum bayaran bonus hibah tabung haji dividend TH untuk kira agihan keuntungan tahun kewangan 2023, cara pengiraan yang telah tolak zakat simpanan tabung haji siap-siap!

pengumuman dividen tabung haji 2023 dividend 2024

Sekarang ini dianggarkan sejumlah 600,000 yang menyimpan duit simpanan masing-masing dengan TH.

Mereka-mereka ini mahukan dengan simpanan mereka membolehkan mereka mendapat tawaran panggilan menunaikan haji di tanah suci Mekah.

Dalam pada masa yang sama dapat pulangan di atas simpanan pelaburan yang telah dilakukan selama ini pada setiap tahun kepada pendeposit. Samada tinggi atau tidak tabung haji dividen 2023 ia bergantung kepada tahap dan prestasi kewangan di tabung haji pada tempoh tahun semasa.

Jika anda merupakan pemegang unit saham bank rakyat, boleh semak pulangan dividen bank rakyat sekarang

Sejarah Kadar Dividen Tabung Haji 2023 Tarikh Keluar 2024

Berikut dikongsikan berita terkini sejarah bayaran kadar dividen dari tahun 2010 hingga dividend tabung haji 2023 seperti mana pengumuman melalui portal rasmi Lembaga Tabung Haji Malaysia setiap tahun 2024 ini yang mengumumkan agihan baru baru ini berdasarkan sumber TH sendiri:

TAHUNPULANGANBONUS TABUNG HAJI
Dividen TH 20233.1 peratus
20223.10 peratus
20213.10 peratus
20203.10 peratus
20193.05 peratus
20181.25 peratusTiada
20174.5 peratus1.75 peratus
20164.25 peratus1.5 peratus
20155.0 peratus3.0 peratus
20146.25 peratus2.0 peratus
20136.0 peratus0.2 peratus
20126.5 peratus1.5 peratus
20116.0 peratusTiada
20105.5 peratusTiada
SUMBER tabung haji dividend history: https://www.tabunghaji.gov.my

NOTA: Tarikh dividen tabung haji 2023 yang diumumkan pada 2024 adalah diumumkan pada 2 April 2024. Manakala
tarikh pembayaran dividen melibatkan tabung haji 2023 pada 3 April 2024.

Sidang media pengumuman agihan baru sahaja dilakukan sebentar tadi yang pastinya memberikan manfaat kepada lebih 9.15 juta pendeposit.

Cara Kira Kadar Hibah Tabung Haji 2024

BACA SINI >> bayaran daftar haji

agihan keuntungan bonus tabung haji mengikut tahun
  1. Berapa purata baki tabungan anda setiap bulan anda, angka itulah yang akan dijadikan sandaran dengan dikirakan bersama kadar dividen.
  2. Jikalau anda punya kadar baki setiap bulan rendah, rendahlah pulangan anda pada tahun ini. Duit asyik keluar sahaja. Itu yang akan 
  3. Contoh cara kira dan pengiraan dividen tahunan di tabung haji TH boleh semak melalui gambar di bawah ini:

BACA SINI >> Simpanan tabung haji atau asb mana lebih baik?

cara kira hibah tabung haji

Cara Kira Dividen Tabung Haji

BACA SINI >> pengeluaran tabung haji online

Dividen TH yang diumumkan akan dikreditkan kepada pendeposit pada bulan Februari atau Mac pada tahun berikutnya.

Jumlah yang dikreditkan kepada pendeposit adalah dikira mengikut kaedah pengiraan dividen yang betul.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengira kadar dividen yang diterima oleh pendeposit;

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan bagi 12 bulan x Kadar Dividen Tahunan 

= Jumlah Dividen yang Diterima

Contoh Pengiraan Dividen Tabung Haji Untuk Simpanan RM130 Ribu

Purata Baki Simpanan Terendah Bulanan bagi 12 bulan x Kadar Dividen Tahunan 

= Jumlah Dividen yang Diterima

Jika simpanan pendeposit adalah RM180 ribu, kadar jumlah yang dividen yang diterima oleh pendeposit adalah RM5,580.00.

Berapa Pulangan Masuk Jika Simpanan Tabung Haji Ada RM130 Ribu

BACA SINI >> jadual penerbangan haji

Simpanan Tabung Haji pendeposit akan digunakan untuk aktiviti pelaburan untuk menjana keuntungan kepada para pendeposit.

Dividen akan disalurkan kepada pendeposit pada setiap tahun mengikut jumlah simpanan mereka.

Bagi tahun 2023, institusi Tabung Haji telah mengumumkan kadar dividen tahunan adalah sebanyak 3.10 peratus.

Oleh yang demikian, pulangan bagi simpanan tahunan pendeposit untuk jumlah simpanan RM130 ribu adalah RM4030.

Adakah Berbaloi Bonus Tabung Haji Mengikut Tahun Sekarang Ini?

Berita terkini tabung Haji akan mengumumkan keuntungan mereka pada setiap tahun dan bonus daripada keuntungan tersebut akan diagihkan kepada pendeposit TH.

Bonus yang diumumkan oleh TH ini adalah bergantung kepada prestasi kewangan TH pada tahun semasa.

Berdasar sejarah, bonus tahunan TH sejak 2020 sehingga kini kekal statik iaitu 3.10% yang mana ianya menunjukkan aktiviti pelaburan yang dijalankan oleh TH adalah di peringkat yang sama dan tidak menjana keuntungan yang tinggi.

lembaga tabung haji malaysia

Namun begitu, jika dilihat pada tahun 2018 dan 2019, kadar dividen atau bonus yang diumumkan adalah jauh lebih rendah berbanding yang terkini. 

Bonus atau dividen yang diumumkan ini adalah jumlah keuntungan yang telah ditolak daripada jumlah zakat yang dikenakan ke atas pendeposit. Ini bermakna jumlah keuntungan ini adalah bersih.

Jika institusi-institusi kewangan lain, jumlah keuntungan yang disalurkan adalah jumlah yang belum dilunaskan zakat.

Justeru itu, bonus Tabung Haji 2023 ini adalah berbaloi walaupun kadar keuntungannya adalah lebih rendah daripada kadar keuntungan institusi kewangan yang lain.

Pengumuman Bonus Tabung Haji

  1. Untuk pengetahuan anda, bonus dan hibah th hanya diberikan kepada kalangan yang menyimpan duit masing-masing tetapi belum menunaikan ibadah haji lagi.
  2. Tahukah anda setiap simpanan anda di TH, anda tidak perlu bayar zakat. Ini kerana simpanan th dividend anda sudah pun dibayar zakat tabung haji.
  3. Untuk cara pengiraan hibah adalah berdasarkan kadar maksimum yang ditetapkan iaitu RM9980. Bermakna di cara kira sini jikalau anda dapat bonus tabung haji 2 peratus contohnya.

Bermakna dengan kadar 2 peratus tersebut, anda akan dapat bayaran bonus hibah th 2023 maksimum berjumlah RM199.60.

Walaupun simpanan tabung haji anda lebih RM100,000, anda akan tetap bonus dan dividen daripada tabung haji, maksimumnya RM199.60 sahaja. Jelas?

Agihan Keuntungan Tabung Haji vs Emas Mana Lebih Berbaloi

Tabung Haji dan pelaburan emas merupakan instrumen pelaburan yang boleh menjana hasil keuntungan yang tinggi. Walaubagaimanapun, ianya adalah berbeza antara satu sama lain.

Secara umumnya, keuntungan Tabung Haji ini disalurkan dan diagihkan pada setiap tahunan mengikut kadar dividen tahunan.

keuntungan tabung haji

Manakala, pelaburan emas pula merupakan pelaburan jangka masa panjang yang mana keuntungannya adalah berdasarkan pergerakan harga emas semasa.

Tuntasnya, agihan keuntungan simpanan Tabung Haji ini adalah jauh lebih berbaloi daripada pelaburan emas.

Cara Kira Zakat Dividen Simpanan Tabung Haji

Agihan keuntungan yang diterima oleh pendeposit TH adalah keuntungan selepas pembayaran zakat.

Hal ini demikian kerana setiap pendeposit yang memenuhi syarat untuk membayar zakat simpanan kewangan mereka perlu menjelaskan zakat mereka terlebih dahulu.

Bagi institusi TH ini, ianya menjadi satu kewajipan kepada TH untuk membuat pembayaran zakat bagi pihak pendeposit ini terlebih dahulu sebelum agihan keuntungan tersebut dikreditkan ke akaun TH mereka. 

Zakat harta, simpanan dan pelaburan yang melebihi jumlah kadar nisab zakat harta terkini akan dikenakan zakat sebanyak 2.5% daripada jumlah tersebut. 

Berikut merupakan cara kira zakat Tabung haji;

  • Jumlah Simpanan Tahunan TH x 2.5% = Jumlah Zakat yang Perlu Dibayar

Zakat Simpanan Tabung Haji 2024

Yang bagusnya simpanan dengan tabung haji, duit dividend yang anda terima berdasar agihan keuntungan tabung haji telah dibayar zakat tabung haji siap-siap! TERBAIK!

Kenapa Dividen Tak Masuk Akaun Tabung Haji Lagi

Pengagihan keuntungan TH ini akan dikreditkan kepada pendeposit mengikut tarikh yang diumumkan oleh pihak TH.

Berita terkini pengumuman dividen biasanya diumumkan tabung haji pada bulan Februari atau Mac pada setiap tahun.

Dividen ini hanya terhad kepada pendeposit-pendeposit yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak TH.

Pendeposit yang tidak menerima dividen pada tahun semasa adalah mereka yang tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan iaitu;

  1. Pendeposit membuka akaun sebelum atau pada 5 hb Disember pada tahun kewangan semasa.
  2. Akaun pendeposit mestilah berstatus aktif sehingga tarikh pengkreditan agihan keuntungan dijalankan.
  3. Penutupan akaun dibuat oleh pendeposit sebelum tarikh agihan keuntungan dikreditkan kepada pendeposit.

Sejarah Agihan Keuntungan Tabung Haji Dividen 2023

TAHUN KEWANGANJUMLAH
2023RM2.72 bilion
2022RM2.65 bilion

Login Portal Lembaga Tabung Haji Malaysia

PERKARABUTIRANNYA
Akses login masuk secara Online tabong hajiPortal TH Online banking Login Thijari

FAQ

1) Apa yang akan berlaku jikalau saya punya akaun yang tidak aktif

Akaun anda tidak aktif bermakna di sini anda tidak pernah buat apa-apa urusan atau transaksi selama 7 tahun lamanya.

Jangan panik. Walaupun akaun sudah tidak aktif, anda boleh mengaktifkan semula dengan syarat ada buat pengeluaran ataupun simpanan hibah Tabung Haji setiap tahun di mana-mana sahaja di cawangan TH ataupun di Bank Rakyat, Bank Islam, Maybank ataupun di Bank Rakyat

2. Adakah Duit Daftar Haji Boleh Dikeluarkan

Boleh tiada masalah. Tetapi biasanya kakitangan lembaga tabung haji malaysia yang bertugas akan nasihatkan anda tinggalkan dalam RM20 untuk memastikan akaun anda kekal aktif dan selebihnya anda boleh keluarkan.

Tetapi kesan daripada itu, giliran untuk pergi haji ditarik balik dan anda perlu mendaftar semula dengan masukkan RM1300 untuk mendapatkan giliran semula.

3. Boleh Saya Daftar Haji Online dengan menggunakan sistem THijari

Buat masa ini, semua urusan pendaftaran haji di cawangan lembaga tabung haji malaysia seluruh Malaysia.

Tiada sistem daftar online disediakan buat masa ini.

4. Bagaimana cara tutup akaun

Bawa sahaja kad pengenalan diri anda di mana mana pejabat dan cawangan terdekat dengan anda. Mereka akan bantu tutup akaun tabung haji dewasa atau kanak kanak melibatkan diri atau anak anak anda

P/S : Mypt3 jangkakan dibandingkan berita terkini kadar hibah dividend tabung haji 2024 bagi kewangan TH 2023, bagi tahun hadapan ia akan terus meningkat, selepas kewangan tabong haji telah berjaya distruktur aspek pengurusan kewangannya. Ini satu berita baik buat anda.

PP/S : Jangan lupa kemaskini akaun tabong haji anda. Yang paling pentingnya adalah segala yang ada dapat baik dividen ataupun hibah tabung haji semua telah dibuat bayaran zakat. Jadi tidak perlu risau. Alhamdulillah

PPP/S : Jikalau anda mahu tahu pulangan mana yang terbaik antara simpanan tabung Haji vs return asb mana satu yang lebih baik boleh semak pautan yang dikongsikan di bawah ini.

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia