Fly Siswa: Semakan Bantuan Tiket Kapal Terbang

Status semakan permohonan bantuan tiket kapal terbang fly siswa Rahmah di mana cara tebus voucher dan claim penerbangan ke Sabah Sarawak dikongsikan di bawah ini. Teruskan membaca…

semakan status bantuan tiket kapal terbang fly siswa

eKredit Rahmah merupakan satu inisiatif bantuan yang diperkenalkan oleh pihak Kerajaan dengan kerjasama syarikat penerbangan dan flight di Malaysia kepada para pelajar Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pelajaran mereka di universiti awam di Semenanjung Malaysia berbentuk bantuan tiket penerbangan.

EKredit ini diberikan kepada pelajar dalam bentuk kredit yang disalurkan menerusi akaun pengguna pelajar bagi tujuan pembelian tiket penerbangan ke Sabah dan Sarawak. 

Bantuan tiket penerbangan pelajar ini diberikan khusus kepada pelajar Sabah dan Sarawak yang melanjutkan pengajian di Universiti Awam Semenanjung Malaysia untuk memastikan pelajar golongan berpendapatan rendah B40 dapat pulang ke kampung halaman mereka tanpa kekangan kewangan.

Bantuan eKredit ini diperkenalkan untuk memastikan pelajar Sabah Sarawak mampu membeli dengan subsidi tiket penerbangan dengan harga murah terutamanya ketika waktu perayaan dan cuti semester.

Anggaran Harga Tiket Kapal Terbang ke Sabah Sarawak

Malaysia kini adalah sedang menuju ke arah pembangunan semula ekonomi yang terjejas disebabkan oleh wabak Covid-19.

Industri perlancongan merupakan antara salah satu industry yang terjejas teruk disebabkan wabak ini.

Oleh itu, harga tiket yang ditawarkan kepada masyarakat adalah lebih tinggi berbanding sebelum fenomena Covid ini.

Disebabkan itu, harga tiket untuk pulang ke Sabah dan Sarawak meningkat berbanding sebelum ini.

Hal ini telah menyebabkan para pelajar mengalami kesukaran untuk membeli tiket penerbangan untuk pulang ke kampung halaman disebabkan oleh taraf ekonomi yang meningkat.

Berikut merupakan anggaran harga tiket untuk pulang ke Sabah dan Sarawak bagi cuti perayaan dan cuti semesta bagi para pelajar;

BACA SINI >> harga tiket business class emirates

DESTINASIHARGA
SabahRM150 – RM1000
SarawakRM200 – RM1300
SUMBER: MOF

Cara Memohon Permohonan Fly Siswa Rahmah 2023

Dianggarkan lebih kurang 50,000 pelajar dari Sabah dan Sarawak yang menyambung pengajian mereka di Universiti Awam Semenanjung Malaysia dan pelajar dari Semenanjung Malaysia yang menyambung pengajian mereka di Universiti Awam Sabah dan Sarawak bakal menerima bantuan inisiatif ekredit tiket flight student voucher yang diperkenalkan oleh Menteri Pengangkutan Awam Malaysia.

tiket flight fly siswa voucher student

Bantuan tiket penerbangan pelajar dijangka akan memanfaatkan pelajar bermula Ogos 2023. 

BACA SINI >> tarikh permohonan peranti siswa

Permohonan bantuan tiket flight kapal terbang boleh dilakukan oleh pelajar yang memenuhi syarat kelayakan yang dinyatakan oleh kerajaan secara atas talian menerusi laman sesawang syarikat penerbangan yang akan diumumkan oleh kerajaan dalam masa yang terdekat.

Semakan Status Permohonan Fly Siswa Voucher 2023

Pelajar yang membuat permohonan ekredit Rahmah ini boleh menyemak permohonan flight siswa mereka menerusi portal rasmi syarikat penerbangan yang dipohon.

Status permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian sahaja.

Kaedah ini akan dimaklumkan oleh Menteri Pengangkutan Awam, Anthony Loke pada tarikh-tarikh tertentu.

Cara Tebus dan Claim ekredit 2023 Rahmah

eKredit Rahmah merupakan bantuan fly siswa voucher yang diberikan secara kredit menerusi akaun pengguna yang didaftarkan oleh pelajar di mana-mana laman portal rasmi syarikat penerbangan malaysia airlines, airasia, batik air, myairline yang bakal bekerjasama dalam menjayakan inisiatif bantuan tiket kapal terbang pelajar ini.

BACA SINI >> cara beli tiket flight air asia murah

subsidi udara tiket kapal terbang untuk pelajar

Syarikat penerbangan Malaysia seperti Air Asia, MyAirline dan Malaysia Airlines akan memperkenalkan inisiatif subsidi udara pelajar ini dalam waktu yang terdekat bagi membolehkan pelajar yang layak membuat claim eKredit penerbangan tiket ini.

Penebusan flight siswa ini boleh dilakukan apabila melakukan pembelian tiket untuk destinasi domestik yang membolehkan pelajar untuk pulang ke kampung halaman ketika cuti semesta dan cuti perayaan.

Kelebihan Bantuan Tiket Kapal Terbang 2023 Kepada Pelajar

BACA SINI >> tiket malaysia airlines murah

Satu sistem bantuan tiket pelajar yang dibangunkan oleh pihak kerajaan dengan kerjasama syarikat penerbangan Malaysia bakal memanfaatkan khususnya golongan pelajar Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) berpendapatan rendah B40 berbentuk kredit tiket penerbangan dengan kadar diskaun yang berbaloi.

Inisiatif voucher penerbangan ini diperkenalkan kepada para pelajar sebagai salah satu skim bantuan Rahmah oleh pihak kerajaan.

eKredit ini bakal memberi banyak manfaat dan kelebihan kepada para pelajar yang mengalami kekangan kewangan dan kesukaran untuk membeli tiket penerbangan dengan harga yang tinggi.

Tawaran voucher penerbangan ini diberikan untuk membantu para pelajar membeli tiket penerbangan menerusi kredit yang akan disalurkan ke akaun pelajar masing-masing.

bantuan tiket flight kapal terbang 2023

Matlamat utama inisiatif bantuan sistem eKredit tiket kapal terbang dari malaysia airlines, airasia, batik air, myairline disediakan kepada para pelajar adalah untuk memastikan setiap pelajar universiti awam yang melanjutkan pengajian mereka di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia untuk pulang ke kampung halaman menerusi perjalanan udara ketika cuti perayaan dan cuti semesta.

Hal ini disebabkan oleh pihak kerajaan mendapati ramai dalam kalangan pelajar yang tidak pulang ke kampung halaman disebabkan oleh harga tiket penerbangan yang tidak mampu milik.

Kredit dan tawaran diskaun yang bakal diberikan oleh kerajaan ini sedikit sebanyak dapat membantu pelajar untuk mendapatkan tiket penerbangan dengan harga yang berpatutan.

Tambahan pula, inisiatif bantuan tiket pelajar ini sekali gus dapat meningkatkan lagi ekonomi negara dalam industri pengangkutan dan menggalakkan serta meningkatkan perjalanan domestik menerusi perjalanan udara oleh semua lapisan masyarakat termasuklah pelajar.

Selamat Claim Tiket Flight Student Voucher

Sementara itu, sila Follow Group TELEGRAM, Bantuan Kerajaan Malaysia, https://t.me/bantuankerajaanmalaysia supaya tidak terlepas bantuan tiket flight untuk pelajar yang ke / dari Sabah Sarawak untuk pulang. Kami akan terus kepada anda!

Walaubagaimanapun, sistem ekredit fly siswa ini akan diumumkan oleh pihak Kerajaan dengan lebih lanjut dari segi permohonan, semakan syarat kelayakan, semakan permohonan bantuan subsidi tiket penerbangan dan penebusan kredit pada Ogos 2023. 

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia