Cara apply FSA2 Fasiliti Sokongan Akaun 2 Epf Loan Kwsp online dengan BSN kwsp & mbsb kwsp, fsa2.kwsp.gov.my untuk fasa 1 dan fasa 2
Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) KWSP merupakan suatu kemudahan bayaran yang diberikan kepada pencarum ahli KWSP bagi mendapatkan pembiayaan peribadi daripada institusi bank.
Simpanan hasil daripada caruman bulanan pekerja di dalam Akaun 2 boleh digunakan bagi tujuan tersebut. Simpanan tersebut akan dijadikan sebagai cagaran bagi pembiayaian peribadi ini dengan permohonan awal Pengeluaran Bersyarat daripada Akaun 2.
Ianya memberi banyak manfaat kepada ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan ini di mana simpanan caruman tersebut akan kekal di dalam akaun 2 dan penerimaan dividen dari jumlah asal akaun 2 akan terus dinikmati oleh ahli KWSP.
Tuntasnya, FSA2 ini diperkenalkan bertujuan untuk memudahkan ahli KWSP untuk membayar pembiayaan peribadi mereka dengan mana-mana bank yang diiktiraf oleh KWSP tanpa sebarang tunggakan.
Senarai Kandungan Penting:
Permohonan FSA2 Fasiliti Sokongan Akaun 2 Kwsp
FSA2 ini dibahagikan kepada dua (2) fasa iaitu kwsp fasa 1 dan kwsp fasa 2. Hanya ahli KWSP yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP sahaja layak untuk membuat permohonan pembiayaan peribadi bank.
- BACA SINI >> Pastikan anda sudah register dan login kwsp i-akaun online
- BACA SINI >> i Suri Kwsp: Daftar Semakan Cara Pembayaran Online
FSA2 Fasa 2 merupakan permohonan pembiayaian peribadi bagi ahli KWSP yang berumur 40 tahun dan ke bawah.
Permohonan ini boleh dilakukan secara atas talian menerusi institusi perbankan yang terlibat. Berikut merupakan cara-cara untuk memohon FSA2;
BACA SINI >> contoh pelaburan terbaik di Malaysia
- Pemohon yang merupakan ahli KWSP hendaklah membuat semakan awal berkaitan dengan kelayakalan FSA2 di portal rasmi KWSP dan portal rasmi institusi perbankan yang tersenai sahaja.
- Permohonan ini perlu dibuat di portal rasmi institusi perbankan dengan menyetujui segala terma dan syarat yang telah ditetapkan.
- Kemudian, permohonan pengeluaran awal bersyarat kepada pihak KWSP perlu dibuat menerusi portal rasmi institusi perbankan mengikut jumlah pembiayaan yang diluluskan oleh pihak bank.
Kenapa Pencarum Epf Loan Apply Online
BACA SINI >> broker terbaik forex
Sesetengah individu memerlukan dana dengan kadar segera untuk melakukan urusan harian mereka. Oleh itu, pinjaman peribadi adalah solusinya.
Walaubagaimanapun, pihak kerajaan telah memperkenalkan Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2) bertujuan membantu ahli KWSP yang ingin membuat pembiayaan peribadi menerusi akaun 2 KWSP dengan institusi perbankan.
Ia ditawarkan kepada pencarum KWSP bertujuan membantu ahli KWSP yang mengalami masalah kewangan dengan menyediakan bantuan sokongan kewangan menerusi Program FSA2 ini.
Walaubagaimanapun, hanya pencarum KWSP yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan layak untuk membuat pinjaman FSA2 ini.
Syarat Permohonan Pinjaman FSA2 MBSB BSN
BACA SINI >> Perdagangan Forex: Tips Penting Daripada JustMarkets
Individu pemohon FSA2 mbsb bsn ini mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak KWSP dan institusi perbankan.
Berikut merupakan syarat permohonan yang telah ditetapkan;
- Permohonan ini terbuka kepada ahli KWSP yang berumur kurang daripada 55 tahun.
- Pemohon merupakan warganegara Malaysia.
- Permohonan hanya boleh dibuat sekali sahaja.
- Permohonan yang telah diluluskan tidak boleh dibatalkan.
- Permohonan dibuka dalam tempoh satu (1) tahun sahaja bermula daripada tarikh yang akan dimaklumkan.
- Amaun simpanan / caruman ahli KWSP di dalam akaun 2 mestilah sekurang-kurangnya RM3,000.
- Amaun maksimum bagi pengeluaran bersyarat mestilah tidak melebihi RM50,000.
- Permohonan yang dibuat mestilah memenuhi terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh pihak institusi perbankan.
Bila Permohonan Loan Kwsp Fasa 2 Dibuka Bawah 40 Tahun
BACA SINI >> xm menang anugerah forex
Permohonan bagi Fasiliti Sokongan Akaun 2 (FSA2 mbsb bank bsn) ini terbahagi kepada dua (2) fasa.
Bagi FSA2 Fasa 1, permohonan FSA2 ini akan dibuka bermula pada 7 April 2023 dan ianya dibuka selama setahun.
Manakala, bagi permohonan FSA2 Fasa 2, tarikh permohonan masih belum dimaklumkan lagi oleh pihak Kerajaan.
Tarikh permohonan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa kepada ahli KWSP bagi memudahkan mereka membuat pembiayaan pinjaman ini.
Semakan Kelayakan Jumlah Loan Epf Kwsp Online Yang Dibenarkan
Semakan jumlah pinjaman FSA2 ini boleh dilakukan menerusi laman sesawang KWSP secara atas talian seperti pada Rajah di bawah ini
- Pemohon perlu log masuk ke akaun ahli KWSP. Pada paparan halaman utama, jumlah simpanan akaun 2 akan dipaparkan.
- Hanya jumlah yang telah dinyatakan oleh pihak KWSP iaitu minimum RM3000 dan maksimum RM50000 sahaja yang dibenarkan untuk membuat permohonan pinjaman pembiayaan peribadi epf loan apply online ini.
- Semakan simpanan akaun 2 ini menunjukkan sama ada ahli KWSP layak untuk memuat permohonan ini atau tidak.
Semak Kelulusan Bank MBSB Kwsp Bsn Kwsp Loan Lulus atau Tidak
Pinjaman FSA2 yang diluluskan akan dimaklumkan melalui dua (2) cara iaitu;
- Pihak mbsb kwsp / bsn kwsp akan memaklumkan status permohonan bsn mbsb fsa2 ini menerusi SMS.
- Pihak KWSP akan menghantar notifikasi status permohonan permohonan pengeluaran awal bersyarat menerusi Secured Inbox i-Akaun (Ahli).
Semakan permohonan di fsa2 kwsp gov my boleh dibuat dengan menghubungi pihak bank secara terus atau semakan menerusi Secured Inbox i-Akaun (Ahli).
Contoh Cara Pengiraan Pengeluaran FSA2 Kwsp Yang Diluluskan
Amaun yang dipaparkan di dalam simpanan Akaun 2 pemohon adalah amaun asas yang belum ditolak daripada amaun pengeluaran pra-persaraan.
Jumlah tersebut tidak diambil kira kerana ianya tidak ditolak dengan sebarang amaun pengeluaran yang belum diluluskan oleh pihak KWSP seperti pengeluaran pendidikan, kesihatan dan sebagainya.
Berikut merupakan contoh cara pengiraan pengeluaran FSA2 yang diluluskan;
FATIMAH | AYAZ | LAILA | |
---|---|---|---|
Baki simpanan Akaun 2 | RM80,000 | RM5,000 | RM10,000 |
Amaun pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan oleh pihak KWSP | RM10,000 | Tiada | RM8,000 |
Amaun kelayakan awal | RM50,000 | RM5,000 | RM0 |
Sepertimana yang tertakluk pada syarat kelayakan permohonan KSA2, syarat maksimum pengeluaran hanya RM50,000 dan syarat minimum pengeluaran adalah RM3,000.
Jumlah yang melebihi RM50,000 dan kurang daripada RM3,000 akan ditolak.
Kesan Jika Loan Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2 Tidak Dibayar
Kegagalan untuk melunaskan pinjaman ini akan memberi kesan kepada pencarum KWSP.
Individu yang gagal untuk melunaskan pinjaman mereka bakal disenarai hitamkan oleh pihak institusi perbankan di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).
Ini kerana pihak KWSP tidak akan bertanggungjawab dengan kegagalan pencarum untuk membayar pinjaman mereka. Bukan itu sahaja, peminjam juga boleh menjadi muflis dan dinafikan untuk keluar daripada negara.
Oleh itu, pencarum KWSP mestilah bijak dalam menguruskan kewangan mereka agar pinjaman FSA2 yang dipohon tidak memakan diri.
MBSB Bank BSN Buka Pinjaman Fasiliti Sokongan Akaun 2 FSA2
Hanya institusi perbankan yang disenaraikan oleh pihak KWSP sahaja dibenarkan untuk meluluskan permohonan FSA2 ini.
Berikut merupakan senarai institusi bank yang tersenarai untuk bsn mbsb kwsp loan;
- MBSB Bank
- Bank Simpanan Nasional (BSN)
Kedua-dua institusi perbankan ini bertanggungjawab dalam menguruskan perkhidmatan meluluskan permohonan. Kedua-duanya dikawal selia oleh pengurusan Bank Negara Malaysia.
Sehingga 30 Mac 2023, hanya dua (2) institusi perbankan ini sahaja yang boleh membenarkan permohonan pinjaman ini.
Berapa Peratus Kadar Pinjaman FSA2 Interest Rate
Kadar faedah yang dikenakan terhadap pinjaman FSA2 adalah antara 4 peratus sehingga 5 peratus lebih rendah berbanding kadar faedah pasaran semasa.
Cara Bayaran Balik Loan EPF oleh Pencarum Kwsp
Bayaran balik pinjaman FSA2 ini akan melalui beberapa proses yang melibatkan individu pencarum, pihak KWSP dan institusi perbankan yang meluluskan permohonan tersebut.
Berikut merupakan cara mekanisme bayaran balik pinjaman oleh pencarum KWSP menerusi akaun 2;
- Pihak KWSP akan membayar principal pinjaman yang dilakukan oleh ahli KWSP.
- Pinjaman ini mestilah dibayar kepada KWSP secara bulanan.
- Jumlah yang dibayar oleh pencarum akan digunakan untuk melunaskan baki pembiayaan peribadi yang dipohon.
- KWSP akan membayar dividen berdasarkan jumlah asal di dalam Akaun 2 ahli KWSP.
Bila Tarikh Tutup Permohonan Pinjaman Kwsp FSA2
Permohonan pinjaman ini hanya dibuka dalam tempoh masa satu (1) tahun sahaja.
Oleh itu, bagi permohonan pinjaman FSA2 Fasa 1 yang dibuka bermula 7 April 2023 akan berakhir pada 6 April 2024.
Manakala, bagi Fasa 2, tarikh permohonan akan diumumkan dari semasa ke semasa.
Berapa Baki Jumlah Minima Dalam Akaun 2 Untuk FSA2 Loan EPF
Jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun 2 ahli KWSP adalah RM3,000 bagi meluluskan permohonan pinjaman epf loan apply online di bawah skim program FSA2 samada dari mbsb atau bsn.
Amaun RM3,000 ini mestilah amaun yang telah ditolak dengan jumlah amaun pengeluaran pra-persaraan yang belum diluluskan.
Kesan Jika Pencarum Memohon Pinjaman Cagaran Kwsp
Permohonan pengeluaran wang caruman KWSP pastinya mempunyai risiko terhadap pencarum. Dana caruman tersebut hakikatnya dicarum dan disimpan untuk pengeluaran hari tua setiap pencarum.
Ianya bertujuan untuk memastikan kelangsungan hidup hari tua pencarum apabila adanya wang KWSP ini.
Jika wang ini digunakan sebelum masanya, secara tidak langsung akan menjejaskan kelangsungan hidup pencarum pada masa akan datang. Pastinya, pencarum yang memohon cagaran KWSP akan berdepan dengan risiko yang minimal.
Ini kerana ianya akan terjejas jika pencarum gagal melunaskan hutang mereka dengan pihak institusi bank. Hal ini akan menjejaskan caruman pencarum KWSP.
Walaupun kaedah kwsp bercagar ini dilihat sebagai kaedah yang membantu meringankan beban pencarum, namun kesannya bakal dirasa oleh pencarum apabila pencarum melepasi tempoh persaraan.
Wang caruman yang bakal diterima mungkin tidak mampu menampung kos sara hidup pada masa kini, bahkan pada masa akan datang.
Walaubagaimanapun, pihak kerajaan menjamin bahawa cagaran KWSP ini hanya memberikan risiko yang rendah kepada pemohon atau pencarum.
Adakah Simpanan EPF Berkurang Jika Lulus Cagaran Kwsp Pada Bank
- Secara amnya, wang caruman KWSP pencarum yang digunakan sebagai cagaran tidak akan berubah jika pencarum memohon untuk melakukan cagaran menggunakan wang KWSP.
- Walaubagaimanapun, ianya juga memberi impak negatif kepada pencarum kerana ianya diibaratkan sebagai pencarum membayar hutang dengan membuat hutang di agensi lain.
Adakah Pinjaman Bercagar Kwsp Bercanggah Dengan Akta EPF
Kaedah secara kolateral iaitu kaedah menggunakan wang caruman KWSP sebagai wang cagaran kepada pinjaman bank bagi melunaskan komitmen dan hutang bank.
Sepertimana yang dinyatakan oleh Perdana Menteri yang ke-10, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyatakan bahawa kaedah kolateral dengan membenarkan pengeluaran caruman KWSP sebagai cagaran bank tidak bercanggah dengan Akta KWSP 1991. (SUMBER: kwsp)
Semua aspek telah diteliti dengan baik secara menyeluruh tanpa mengetepikan kewujudan Seksyen 51 Akta KWSP 1991.
Tambahan pula, cadangan ini telah diperkukuhkan lagi dengan persetujuan pakar ekonomi dan nasihat daripada Peguam Negara bagi membenarkan permohonan cagaran KWSP ini.
Dividen Dikira Berdasar Jumlah Asal Walaupun Lulus Kwsp Cagaran Bank?
Kaedah pemberian dividen pencarum adalah masih tertakluk pada jumlah caruman asal pencarum. Permohonan cagaran KWSP tidak akan menjejaskan penerimaan dividen tahunan pencarum.
Sebagai contoh, jumlah asal caruman pencarum KWSP yang memohon cagaran KWSP ialah RM100,000, maka dividen yang bakal diterima oleh pencarum adalah berdasarkan jumlah ini. Ianya tidak dikira berdasarkan jumlah caruman selepas cagaran dilakukan.
Jelaslah, kepentingan pencarum masih lagi dipelihara walaupun permohonan cagaran KWSP telah dilakukan bagi menjaga kesejahteraan rakyat. Dividen masih diteruskan walaupun permohonan cagaran dibuat.