Berapa bayaran bulanan kereta Perodua dan Harga Axia baru 2024 : Raja Segmen A di Malaysia?
Nampaknya perang antara Proton dan Perodua tidak akan berkesudahan. Masing-masing mahu segera bangkit meningkatkan saiz pasaran masing-masing di dalam industri automatif di Malaysia.
Tak lama selepas proton mengumumankan harga proton saga yang baru, kini Perodua tidak menunggu terlalu lama untuk mengeluarkan ‘buah tangan” mereka yang terbaru dengan mengumumkan harga Perodua Axia 2024.
Samada dari Perodua atau Proton mahu menarik seberapa ramai pelanggan baru mereka untuk kereta segmen A. Biarkan mereka berlawan, biarkan mereka bersaing. Akhirnya anda sebagai pengguna mempunyai pilihan terbaik untuk memilih. Terbaik.
Nah, untuk artikel kali ini kami akan berkongsi apa yang menariknya disebalik senjata baru Perodua Malaysia. Selain itu, semak juga tawaran harga tesla di malaysia
10 Fakta Harga Perodua Axia Baru 2024
Pada gambar di atas dan gambar di bawah ini, inilah dia model terbaru Perodua yang mana menawarkan sehingga 5 varian untuk anda semak dan pilih.
- BACA SINI >> Harga alza baru
- BACA SINI >> harga kereta bezza baru malaysia
- BACA SINI >> harga honda city price malaysia
Kami telah memilh untuk memandu uji (test drive) varian Style untuk berkongsi pemanduan kepada anda semua. Enjoy
- Anda boleh lihat sendiri rekebentuk baru model baru ini kelihatan seperti mini crossover dengan penggunaan dua tona warna. Nampak bentuknya lebih gah. Antara bahagian jalan dengan body kelihatan lebih tinggi.
- Menggunakan sport rim 15 inci.
- Side mirror pun menggunakan warna gloss black. Cantik.
- Mempunyai smart entry. Tak perlu susah-susah seluk kunci setiap kali mahu buka dan tutup pintu.
- Menarik dengan spoiler di bahagian cermin belakang.
- Bahagian dalam pula, di konsol tengah tampak ada perubahan berbanding versi sebelum ini. Kami katakan lebih kemas dan cantik!
- Jangan main-main varian ini ada push start button
- Varian ini ada kelengkapan keselamatan seperti Adavance Safety Assist (ASA) dan Traction Control yang boleh anda on off. Untuk yang tidak tahu ASA itu apa
- Dalam bahasa mudahnya ialah apabila ada orang dihadapan anda, anda tak sempat untuk tekan brek, sistem ASA akan berhenti kereta untuk anda. Penting bukan fungsi ini?
- Cuma Kami ada kecewa sedikit apabila tempat duduknya tidak dilengkapi dengan ‘leather seat’
- Di bahagian belakang pula, kami terkejut. Agak luas juga ruang yang ada dibandingkan dengan saiz luaran yang boleh kami katakan agak mini.
- Cuma apa kami sandarkan pada tempat duduk belakang, agak tidak selesa juga dengan kedudukannya yang agak menegak
Apa yang kami rasa semasa test drive Perodua Axia 2024 boleh terus baca di bahagian bawah ini.
Test Drive Kereta Axia
BACA SINI >> semakan subsidi diesel
Nod bad sebenarnya daripada segi pickup dan pecutan. Mengaum sedikit ketika menekan minyak. Tetapi seperti yang kita sudah maklum, kereta ini bukan dibangunkan untuk pecutan pun.
Sesuai dengan pemanduan santai di bandar, jikalau harga minyak petrol terkini tinggi pun tak risau kerana jimat minyak. Nak parking senang, pergi pasar, ambil dan hantar anak ke sekolah.
Jikalau itu yang anda mahukan, model ini adalah yang terbaik untuk anda sesuai dengan tawaran harga axia untuk anda.
Kami sudah cuba daripada sudut fuel consumption (penggunaan minyak).
Bawa di kawasan bandar seharian, kami dapat sekitar 21.2km untuk setiap liter minyak. Jimat bukan?
Promosi Diskaun Harga Axia Baru 2024
VARIAN | HARGA |
---|---|
Harga Axia 2024 Varian 1.0L Standard E (MT) | |
Varian 1.0L G (AT) | |
Kereta axia Varian 1.0L GXtra (AT) | |
Harga Axia Varian 1.0L STYLE (AT) | |
Varian 1.0L SE Auto Transmission (AT) | |
Harga Axia Varian 1.0L Advance Auto Transmission (AT) |
Berapa Bayaran Bulanan Perodua Axia 2024
Contoh harga bayaran bulanan tanpa bayaran muka dan deposit kereta perodua axia.
Apabila anda buat bayaran deposit, ia jauh lebih murah pada setiap bulan.
PERKARA | PEMBAYARAN SEBULAN |
---|---|
Varian 1.0L Standard E (MT) | RM298 |
azia baru Varian 1.0L G (AT) | RM413 |
Varian 1.0L GXtra (AT) | RM432 |
Varian 1.0L STYLE (AT) | RM480 |
Varian 1.0L SE Auto Transmission (AT) | RM480 |
Varian 1.0L Advance Auto Transmission (AT) | RM532 |
Apabila pinjaman kereta atau car loan selama tempoh 9 tahun pada kadar faedah / interest bank 3 peratus yang ditawarkan sekarang
Berapa Fuel Consumption Untuk Setiap 100km
Penggunaan minyak kereta Axia ini adalah berbeza-beza mengikut beberapa faktor tertentu.
Ia juga boleh dipengaruhi seperti keadaan jalan raya, lalu lintas dan keadaan cuaca, gaya pemanduan serta kelajuan dan keadaan kenderaan itu sendiri.
Secara amnya, purata penggunaan bahan api kereta Axia adalah seperti berikut;
MODEL PERODUA AXIA | FUEL CONSUMPTION PER 100KM |
G and X | 4.29 Liter |
SE and AV | 3.65 Liter |
Adakah Axia Jimat Minyak
Bagi kami memang tidak dapat dinafikan kereta axia jimat minyak, berbaloi untuk dipandu oleh kalangan fresh graduate untuk mula hidup.
Berapa Kos Maintenance
Penggunaan sistem D-CVT memberi kesan besar kepada kos penyelenggaraan Axia.
Walaubagaimanapun, bagi kami ia masih menjimatkan dan mampu milik untuk menjaga maintenance dikalangan model kereta ini.
Itu sebablah ramai yang suka membeli dan memandu kereta model ini. Kerana minyak jimat, maintenance pun murah. Hanya sekitar RM150 hingga RM200 sahaja setiap kali servis.
Walau bagaimanapun, kosnya berbeza-beza bergantung pada jenis penyelenggaraan. Tetapi ia tidaklah jauh berbeza dari sudut caj yang dikenakan..
Yang penting di sini adalah setiap setiap pemilik Axia perlu memastikan kereta masing-masing mengikut jadual servis secara berkala.
Ia bagi mengurangkan sebarang masalah tidak diingini yang mungkin timbul dengan kereta tersebut sehingga meninggikan kos penyelenggaraan dan maintenance kereta Axia ini.
Kos penyelenggaraan boleh dirujuk melalui laman web rasmi Perodua di https://www.perodua.com.my
Axia Baru vs Bezza Mana Lebih Baik?
Sebenarnya kedua-dua model ini adalah datang dari jenama dan syarikat pengeluar yang sama iaitu Perodua Malaysia.
Kedua-duanya adalah kereta nasional yang didatangkan dengan spesifikasi, ciri, peralatan, varian yang hebat kepada kumpulan sasaran pelanggan mereka.
Tetapi Bezza adalah terdiri dari kereta sedan mana Axia adalah hatchback. Masing-masing ada peminat yang tersendiri mengikut keperluan dan kehendak mereka.
Beza Model Lama vs Model Baru
PERKARA | GENERASI PERTAMA | GENERASI KEDUA |
Tarikh pelancaran | 15 September 2014 | 14 February 2023 |
Varian | Datang dengan 4 varian seperti such as Standard E, Standard G, Special Edition & Advance. | (4) variants seperti G, X, SE, and AV. |
Purata harga (RM) | 24,600 – 42,530 | 22,500 – 46,000 |
FAQ
Sebanyak 36 liter
800km
Kereta ini dicipta dengan enjin dwi-mod CVT (D-CVT) yang mana lebih maju dengan membantu kelancaran dan peningkatan kecekapan bahan api.
27.4km seliter
Bagaimana? Tertarik dengan model kereta ini dibandingkan dengan tawaran harga perodua axia baru untuk kali ini?