Subsidi Diesel Bantuan Budi Madani: Semak Permohonan Online

Bantuan Budi Subsidi Diesel: Semak Permohonan Online

bantuan subsidi diesel budi madani 2024

Kerajaan Malaysia telah memperkenalkan suatu inisiatif bantuan terbaru tunai menerusi perlaksanaan Program Bantuan Subsidi MADANI yang dikenali dengan BUDI MADANI.

Ia merupakan bantuan subsidi bahan api diesel yang diberikan kepada golongan bersasar seperti pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi di seluruh Malaysia. Bantuan ini disalurkan dalam bentuk sumbangan tunai sebanyak RM200 sebulan. 

Bukan itu sahaja, ianya merupakan salah satu bentuk reformasi bagi rakyat untuk menguruskan pemberian subsidi kerajaan secara sendiri.

Secara umumnya, bantuan subsidi ini diberikan kepada golongan yang layak adalah bertujuan untuk mengekang aktiviti penyeludupan bahan api dan menangani isu ketirisan subsidi rakyat sepertimana yang telah dibentangkan dalam Belanjawan 2024. 

Cara Permohonan Budi Online

Individu yang memenuhi syarat kelayakan permohonan bantuan BUDI 2024 ini boleh membuat permohonan secara atas talian.

Berikut merupakan cara mohon BUDI 2024;

  1. Permohonan ini boleh dilakukan di laman online portal https://budimadani.gov.my
  2. Pilih mana-mana kategori permohonan dan klik pada butang “Mohon Di Sini”.
  3. Seterusnya, membuat pendaftaran akaun terlebih dahulu.
  4. Setelah akaun berjaya didaftarkan, log masuk ke akaun pemohon.
  5. Kemudian, tekan pada butang “Permohonan”.
  6. Isi maklumat pemohon dengan betul dan lengkap.
  7. Sahkan maklumat pemohon.
  8. Akhir sekali, pemohonan berjaya di hantar.

Syarat Kelayakan

BACA SINI >> minyak petrol terbaik di malaysia

Kerajaan MADANI telah menetapkan beberapa syarat kelayakan yang perlu dipatuhi oleh setiap kategori pemohon yang terdiri daripada pemilik kenderaan diesel persendirian individu, petani kecil dan pekebun kecil komoditi.

Syarat kelayakan ini dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu di bawah kategori MySubsidi Diesel, BUDI Agri-Komoditi dan BUDI individu.

1. Syarat Kelayakan Mysubsidi Diesel

BACA SINI >> kerusi baby dalam kereta

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (MYSubsidi Diesel) merupakan inisiatif khusus berbentuk bantuan subsidi bahan api diesel yang diberikan kepada pemilik kenderaan awam dan kenderaan pengangkutan barangan terpilih seperti bas sekolah, bas express, bomba, kereta sewa, teksi, ambulans dan banyak lagi. Subsidi diesel ini akan diberikan menerusi “fleet card”. 

Bagi permohonan MYSubsidi Diesel ini, syarat kelayakkan yang perlu dipenuhi adalah seperti berikut;

  1. Pemohon adalah merupakan pemilik kenderaan persendirian atau wakil bagi syarikat logistik boleh berurusan dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN).
  2. Permohonan yang dilakukan tertakluk kepada jenis kenderaan yang layak sahaja.
  3. Jumlah diesel bersubsidi yang telah diluluskan adalah tertakluk hanya untuk kegunaan kenderaan persendirian atau yang didaftarkan di bawah syarikat.
  4. Sebarang perubahan aktiviti operasi yang dilakukan oleh syarikat logistik mestilah dimaklumkan oleh pihak KPDN.
  5. Pemohon mestilah memenuhi syarat dan terma yang telah digariskan oleh syarikat-syarikat minyak yang mengeluarkan fleetcard tersebut.

2. Syarat Kelayakan Untuk Pekebun Kecil, Penternak dan Petani

BACA SINI >> bantuan malaysia madani 

Pemohon yang terdiri daripada pekebun kecil, penternak dan petani akan dikategorikan di bawah kategori BUDI Agri-Komoditi.

Berikut merupakan antara syarat kelayakan yang mestilah dipenuhi sebelum membuat permohonan bantuan BUDI ini;

  1. Pemohon merupakan individu daripada kalangan petani, penternak atau pekebun kecil.
  2. Pemohon mestilah berdaftar dengan agensi yang berdaftar di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). 
  3. Hasil jualan tahunan yang dijana oleh petani atau pekebun kecil adalah antara RM50,000 dan RM300,000.

3. Syarat Kelayakan Untuk Individu

Bagi permohonan yang dilakukan di bawah kategori BUDI individu, syarat kelayakan yang telah digariskan oleh kerajaan adalah seperti berikut;

  1. Pemohon mestilah merupakan warganegara Malaysia.
  2. Pemohon adalah merupakan pemilik kenderaan diesel persendirian yang berdaftar dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di bawah usia 10 tahun.
  3. Kenderaan milik pemohon memiliki cukai jalan yang sah dan aktif.
  4. Pemohon atau pasangan mestilah berpendapatan tahunan RM100,000 dan ke bawah.

Berapa Jumlah Bayaran Budi 2024 Setiap Bulan

Bantuan berbentuk tunai sebanyak RM200 diberikan pada setiap bulan kepada pemohon yang layak. Ianya akan dikreditkan ke dalam akaun bank pemohon pada setiap bulan.

BACA SINI >> padu kemaskini online

Bila Tarikh Bayaran Budi Setiap Bulan

Pemohon yang berjaya dan lulus permohonan mereka, bayaran tunai subsidi diesel ini akan disalurkan secara bulanan.

Bayaran ini akan dilakukan mengikut tarikh kelulusan permohonan mereka.

Berikut merupakan jadual tarikh bayaran BUDI pada setiap bulan;

TARIKH PERMOHONAN DILULUSKANTARIKH BAYARAN SETIAP BULAN
Permohonan yang dibuat dan diluluskan sebelum 3 Jun 2024Bayaran akan dilakukan menjelang pertengahan Jun 2024 dan seterusnya disalurkan pada pertengahan bulan pada setiap bulan.
Permohonan yang dibuat dan diluluskan selepas 3 Jun 2024Bayaran akan dilakukan dalam tempoh dua minggu dan seterusnya daripada tarikh permohonan diluluskan dan seterusnya secara bulanan.

Cara Semakan Status Budi 2024

Permohonan subsidi BUDI ini boleh mula dipohon pada 28 Mei 2024.

Permohonan yang telah berjaya dihantar akan proses dan permohonan yang memenuhi syarat kelayakan sahaja akan diluluskan.

Semakan status permohonan ini boleh dilakukan menerusi laman rasmi BUDI 2024.

Berikut merupakan cara untuk membuat semakan status BUDI;

budi madani.gov.my
  1. Pemohon perlu melayari laman sesawang https://mysubsidi.kpdn.gov.my.
  2. Kemudian, masukkan nombor kad pengenalan bagi pemohon individu atau nombor pendaftaran syarikat bagi pemohon syarikat serta kata laluan yang sah.
  3. Klik pada butang “Log Masuk”.
  4. Seterusnya, pada paparan menu utama, klik pada “Semakan Status”.
  5. Akhir sekali, status permohonan pemohon akan dipaparkan.

Kenapa Saya Tak Layak Dapat Bantuan Budi

Permohonan subsidi ini akan ditolak jika permohonan ini dilakukan oleh individu atau syarikat yang tidak memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh kerajaan MADANI.

Antara kriteria-kriteria yang menyebabkan permohonan BUDI ini ditolak adalah seperti berikut;

Kategori Individu;

  • Pemohon membuat permohonan bagi motosikal diesel.
  • Milik kenderaan diesel pemohon didaftarkan bagi kegunaan syarikat atau pertubuhan.
  • Kenderaan pemohon merupakan kenderaan mewah berusia di bawah 10 tahun.
  • Kenderaan pemohon berdaftar sebagai e-hailing atau kenderaan jenis caravan, motorhome, bas persiaran atau van persiaran.

Kategori Agri-Komoditi;

  • Pemohon bukan daripada kalangan petani atau pekebun kecil.
  • Pemohon tidak berdaftar di bawah Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) atau Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK). 
  • Hasil jualan tahunan yang dijana melebihi RM300,000.

Cara Buat Rayuan Budi

Bagi pemohon yang menerima status ditolak atau tidak lulus bagi permohonan BUDI 2024 mereka, rayuan boleh dilakukan secara atas talian.

Rayuan boleh dikemukakan melalui laman sesawang BUDI MADANI di budi madani.gov.my pada bahagian “Rayuan”.

Beza Budi madani.gov.my vs Padu

BACA SINI >> Bantuan rumah sabah

BUDI dan PADU, kedua-duanya merupakan antara inisiatif kerajaan yang diperkenalkan di bawah Belanjawan 2024.

Tujuan utamanya adalah untuk memastikan setiap bantuan dan sumbangan kerajaan ini disalurkan kepada individu-individu yang benar-benar layak.

Akan tetapi, BUDI dan PADU ini merupakan dua inisiatif kerajaan yang berbeza.

BUDI diesel adalah bantuan subsidi bahan api diesel yang disalurkan kepada pemilik kenderaan persendirian, petani dan pekebun kecil yang menggunakan bahan api ini untuk menjalankan operasi mereka.

Bantuan ini adalah berbentuk tunai sebanyak RM200 yang diberikan secara bulanan.

Namun begitu, PADU pula merupakan pangkalan data utama yang diwujudkan oleh kerajaan yang mengandungi profil dan data penting setiap individu yang berwarganegara Malaysia dan permastautin tetap di Malaysia. Ia merupakan suatu sistem yang menjana informasi dan data peribadi rakyat Malaysia.

Menerusi pangkalan data ini, kerajaan akan menyalurkan bantuan kerajaan kepada yang benar-benar layak sahaja. Antara bantuan yang disalurkan adalah Sumbangan Tunai Rakyat (STR).

Tuntasnya, ianya sangat penting untuk memastikan setiap rakyat Malaysia menerima bantuan kerajaan sekiranya layak tanpa terkecuali.

Kebaikan Sistem Budi Kepada Negara

Secara kesimpulannya, sistem perlaksanaan BUDI MADANI yang diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia memberi banyak kebaikan kepada pengguna bahan api diesel.

Menerusi perlaksanaan ini, peruntukkan subsidi ini diberikan kepada individu yang lebih layak.

Bukan itu sahaja, sistem ini mampu mengurangkan kos kerajaan sekaligus dapat menangani isu ketirisan subsidi rakyat.

Aktiviti penyeludupan dan penyelewengan bahan api diesel oleh individu tidak bertanggungjawab juga boleh diatasi dengan baik.

Oleh yang demikian, kerajaan sangat komited dalam menjaga kesejahteraan rakyat dan menjaga kestabilan ekonomi negara dari sudut penggunaan bahan api.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia