Harga Proton Persona Baru dan Bayaran Bulanan Kereta (2024) : King Baru Segmen B?
Rakan kami ada cuba untuk buat booking bagi model kereta Proton Persona ini. Malangnya beliau terpaksa tunggu sehingga sebulan lamanya untuk mendapatkan kereta yang beliau inginkan. Sampai begitu sekali?
BACA SINI: Harga perodua ativa baru dan Review Kereta
Apa yang membuatkan model kereta ini cukup laris sehingga terpaksa menunggu giliran sebegitu lama? Apa yang ‘HOT’ sangat kereta ini sampai semua orang berebut nak beli kereta ini?
Mari kita tunjukkan dan kongsikan kepada anda hasil review kami untuk model kereta ini versi tahun 2023 yang kami pertama dilancarkan untuk versi awal bermula pada tahun 2016. Yang mana jikalau anda masih ingat lagi, dahulu model ini dikenali dengan proton Wira yang LEGEND tuu.
11 Fakta Proton Persona Baru 2023
1) Tatkala kami masuk dan cukup menutup pintu. Terperanjat kami. Proton sudah banyak berubah. Terasa solid apabila menutup pintu kereta ini. Tidak seperti cakap-cakap bunyi seperti tin milo seperti versi sebelum ini.
- BACA SINI >> Car loan interest rate malaysia
- BACA SINI >> Harga proton x90 Baru 2023 Price: Bayaran Bulanan Kereta
- BACA SINI >> tesla price malaysia
2) Buat pertama kalinya pada tahun ini, model kereta proton persona ini berjaya memotong jumlah jualan Toyota Vios. Dan juga berjaya potong juga “KING” segmen B iaitu Honda City. Hebat….
3) Jikalau tengok di bahagian depan, apa berubah adalah dia punya grill bahagian depan.
Kali ini grill diletakan di bahagian bawah logo Proton naik sehingga sampai ke hujung lampu berbanding sebelum ini di atas logo. Akhirnya nampak profil kereta ini kelihatan lebar daripada hadapan.
Selain itu, kelihatan banyak line horizontal piano black di bahagian bawah. Cantik! Ada juga kelihatan infinate line yang maana rekabentuk ini diambil daripada design Proton X70
4) Ada DRL (Day Running Light) menambah nilai kosmetik di bahagian depan kereta ini
5) Seperti biasa di bahagian belakang sudah tiada lagi logo Proton di bahagian belakang yang digantikan dengan tulisan Proton. Walaubagaimanapun, rekabentuk lampu belakang masih lagi sama dengan Persona versi lama
6) Menariknya untuk versi kali ini untuk semua varian ada diberikan sekali lip spoiler berwana hitam dan juga shark pintu antena di bahagian belakang bumbung kereta.
Kelihatan juga horizontal line, chrome memanjang bagi mengelakkan kereta ini nampak tinggi untuk sedan. Jadi kemasan chrome itu membantu menyelesaikan masalah tersebut.
Ini kerana model kereta ini ia menggunakan chasis Proton Iriz.
7) Ia menggunakan sport rim 15 inci. Cuma cadangan kami kaalau anda ada bajet lebih boleh menggunakan tayar lain.
Ini kerana anda hanya dibekalkan tayar Silverstone Kruizer. Yang mana ketika pemanduan dijalankan, agak bising sedikit bunyi dalam kabin.
- Adakah berbaloi dengan tawaran harga persona?
- SUMBER: PROTON
Adakah Berbaloi?
8) Ada smart entry. Ada PUSH START BUTTON. Dashboard kereta ini tampak cantik dan kemas. Kami suka.
Infotainment kereta ini jauh lebih baik berbanding Perodua, Toyota dan juga Honda. Tahniah!
Cuma kami kurang suka apababila ada beberapa bahagian yang Proton menggunakan warna putih. Jikalau anda ada anak kecil, perlu lebih berhati-hati.
9) Satu perkara yang kami paling suka melibatkan kereta ini adalah di bahagian tempat duduk yang menggunakan semi leather. Sangat selesa.
10) Untuk ruang belakang boleh dikatakan mencukupi. Agak selesa untuk perjalanan yang jauh.
11) Ruang tempat meletakkan barang-barang agak luas. Paling luas untuk kereta segmen B
Promosi Diskaun Harga Persona Baru 2023
VARIAN | HARGA LAMA | HARGA BARU | DISKAUN |
---|---|---|---|
Harga proton Persona Standard MT | RM42,100 | RM500 | |
Standard CVT | RM44,000 | RM600 | |
Executive CVT | RM48,900 | RM700 | |
Harga Proton Persona baru Premium CVT | RM53,700 | RM900 |
Video Promo Interior dan Exterior
Akan dikemaskinikan
Bayaran Bulanan Proton Persona 2023
Contoh ini adalah untuk yang buat tempahan dengan wang pendahuluan / deposit / bayaran muka kereta Persona sebanyak 10 peratus.
PERKARA | PEMBAYARAN SEBULAN |
---|---|
Standard MT | RM470 sebulan |
Standard CVT | RM491 sebulan |
Executive CVT | RM546 sebulan |
Premium CVT | RM599 sebulan |
Sekarang ini sejak model X70 dilancarkan dan Proton Malaysia bertindak agresif refresh semula model-model kereta mereka.
Termasuk juga menjenamakan semula logo Proton serta. Market trust terhadap jenama Proton tiba-tiba melonjak tinggi sehingga model seperti kereta Proton Persona baru ini terkena ‘tempias’nya.
Kepercayaan masyarakat kepada Proton telah kembali seperti mana pada era tahun sekitar 90an dahulu.
Sehinggakan sekarang ini secara tiba-tiba waiting period untuk mendapatkan model kereta ini, kena tunggu sebulan ke dua bulan. Tahniah diucapkan. Ramai berminat dengan tawaran proton persona baru kali ini.