Kolej Melayu Kuala Kangsar 2024: Syarat Kemasukan MCKK

Cara masuk kolej melayu kuala kangsar melalui syarat kemasukan mckk bagi tahun 2024

syarat kemasukan kolej melayu kuala kangsar mckk 2024

Bagi rakyat Malaysia yang ingin mengetahui sejarah pembinaan dan struktur bangunan sekolah MCKK, kami akan berkongsi dengan anda semua informasi berkaitan bangunan bersejarah ini.

Uniknya bangunan ini dijadikan sebagai Sekolah Menengah yang berfungsi sebagai pusat pembelajaran premium untuk para pelajar di Malaysia sejak dari mula pembinaannya pada suatu masa dahulu.

Bagi pelajar PT3 yang duduk dan tinggal berhampiran Perak atau kawasan Kuala Kangsar, anda boleh menggunakan peluang ini dengan sebaiknya dengan memasukkan bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar yang merupakan salah satu tempat menarik di perak dalam kaijan kerja kursus sejarah PT3 anda.

Semoga anda dapat menyiapkan dan menghasilkan tugasan kerja kursus yang bermutu lagi berkualiti.

Permohonan Kolej Melayu Kuala Kangsar MCKK 2024

Info berkaitan permohonan dan semakan kolej melayu kangsar mckk 2024 akan dikemaskinikan

Syarat Kemasukan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kepada yang ingin belajar di kolej melayu kuala kangsar, ini antara syarat masuk mckk :

  1. semestinya kolej melayu kuala kangsar hanya menerima pelajar lelaki sahaja
  2. Mesti dapat 5A dalam peperiksaan UPSR
  3. aktif dalam kokurikulum

Bangunan Kolej Melayu Kuala Kangsar

Kolej Melayu Kuala Kangsar ataupun lebih dikenali sebagai MCKK, Malay College Kuala Kangsar adalah merupakan sebuah sekolah berasrama penuh premier hanya untuk kemasukan pelajar lelaki sahaja di Malaysia. Kolej Melayu ini terletak di Bandar Diraja Kuala Kangsar, Perak.

BACA SINI: Senarai tempat menarik di selangor yang percuma

1. Sejarah Pembinaan Sekolah MCKK

Pada tahun 1905 atas cadangan dan idea dari pegawai pendidikan penjajahan iaitu R.J; Wilkinson; sekolah ini telah ditubuhkan. Sultan Idris Murshidul Azam Shah; Sultan Perak (tahun pemerintahan 1886-1916) telah menyokong sepenuhnya cadangan yang diusulkan.

2. Tujuan Bangunan Sekolah MCKK Dibina

Fungsi bangunan sekolah ini pada permulaan penubuhan sekolah ini hanyalah berfungsi untuk melatih dan mendidik golongan elit Melayu; yang kebanyakannya terdiri daripada pegawai kerajaan dan kerabat diraja supaya mereka dapat diserapkan di bahagian-bahagian tertentu dalam pentadbiran kerajaan Inggeris.

Kebanyakan anak lelaki dari golongan biasa-biasa atau kebanyakan sukar untuk mendapat tempat untuk dimasukkan ke sekolah ini.

Sebab bangunan sekolah ini dibina pada ketika adaalah kerana Wilkinson; Pengarah Sekolah-sekolah di Negeri-negeri Melayu Bersekutu telah menyatakan dan menegaskan betapa pentingnya bagi anak-anak bangsawan untuk diberikan pembelajaran yang lebih moden untuk masa depan yang lebih terjamin kelak.

Namun pada tahun 1947; iaitu selepas berlakunya kebangkitan nasionalisme orang Melayu; syarat untuk kemasukan ke sekolah ini telah dilonggarkan dan sejurus daripada itu; kian bertambah anak orang-orang kebanyakan dan orang biasa diberikan peluang untuk menuntut di sini.

Kini anak-anak Melayu yang terpilih mengikut skor akademik dan kokurikulum yang dicapan berpeluang bagi mengikuti pembelajaran peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar ini. Fiat Sapienta Virtus iaitu dalam bahasa Latin yang bermaksud Kebijaksanaan Mutu Manusia adalah moto sekolah ini.

William Hargreaves yang berasal dari Ireland yang merupakan seorang graduan Oxford telah diberi penghormatan untuk menjadi pengetua pertama sekolah ini.

Pengetua dari Britain telah mentadbir sekolah ini hingga tahun 1965; di mana seorang rakyat berbangsa Melayu; Abdul Aziz Ismail telah diambil untuk dijadikan sebagai pengetua sempena ulangtahun ke-60; dan hingga sekarang ini jawatan tersebut dipegang oleh rakyat lelaki berbangsa Melayu.

3. Struktur Bangunan Kolej Melayu Kaula Kangsar

Bangunan overflow yang dibina pada tahun 1909 ini merupakan binaan yang menjadi identiti sekolah; yang bercirikan dan beridentitikan senibina Greco-Roman; berhadapan dengan padang ragbi sekolah; merupakan bangunan asrama pelajar Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 (dan juga bangunan untuk pelajar Tingkatan 3 dan 6 pada satu masa) dan dewan makan.

Pada 1913 pula; bangunan Prep School telah dibina yang menempatkan pelajar Tingkatan 1; yang kedudukannya terletak di selatan kampus. Bangunan Prep School ini lebih kecil berbanding dengan bangunan Overflow; namun senibina Greco-Romas masih dikekalkan cuma dengan ciri-ciri yang berbeza sahaja.

Penambahan Overfloor telah dilakukan terhadap Bangunan East Wing dan West Wing pada tahun 1955 supaya lebih ramai pelajar dapat ditempatkan. Tiga bangunan tersebut dikenali sebagai Asrama Besar (Big School).

Bagi memenuhi keperluan semasa; penambahan Menara Jam dan Blok Pentadbiran telah dilakukan pada tahun yang sama. Dan seterusnya asrama tambahan; Pavilion pada tahun 1963; pada tahun 1972 pula tambahan pembinaan Asrama Baru (New Hostel).

Pembinaan Pavilion ada bertujuan untuk menempatkan pelajar Tingkatan 3 manakala untuk menempatkan pelajar tingkatan 2 adalah Asrama Baru.

Big Tree; juga adalah salah satu mercu tanda utama dan penting di sekolah ini. Ia adalah sebatang pokok hutan hijau yang kedudukannya terletak di sebelah timur bangunan Overflow. Usia pokok ini lebih tua daripada bangunan Overflow itu sendiri.

4. Keadaan / Fungsi Bangunan Sekolah MCKK

Pada suatu masa dahulu; sekolah ini hanya berfungsi sebagai tempat pembelajaran anak-anak daripada golongan elit dan bangsawan. MCKK juga pernah dijadikan sebagai Sekolah Jepun; iaitu Markas Gunsei Kambu yang merupakan Pentadbiran Awam Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan juga sekolah ini pernah berfungsi dan digunakan sebagai Hospital Tentera.

Namun MCKK telah dibuka semula pada Januari 1947 dengan pendaftaran pelajar-pelajar seramai 205 orang;

Bermulanya pada tahun ini; semangat kebangsaan Melayu dan semangat nasionalisme semakin merebak dan lawatan ke MCKK pernah dilakukan oleh Dato’ Onn dengan memberi rangsangan dan dorongan kepada para pelajar supaya belajar dengan bersungguh-sungguh kerana dengan pelajaran yang cemerlang anak-anak Melayu dapat memerintah negara apabila kemerdekaan dicapai kelak.

Dan kini sekolah ini mampu dimasuki oleh sesiapa sahaja bagi pelajar yang terpilih yang cukup syarat kelayakan dari segi pencapaian akademik dan kokurikulum.

5. Pemeliharaan / Pemuliharaan Bangunan Sekolah

Jadi amatlah penting kita sebagai rakyat Malaysia mengambil langkah memelihara bangunan sekolah ini agar tetap terpelihara dan utuh bangunannya supaya generasi sekarang dan pada masa akan datang dapat menggunakan institusi ini sebagai satu tempat pembelajaran yang premium bagi menghasilkan pelajar-pelajar yang berkualiti dari segi sahsiah dan akademik.

Bangunan bersejarah yang dijadikan sekolah ini hendaklah diteruskan supaya senibina dan ciri unik pada bangunan ini dapat ditatap oleh masyarakat kini dan pada masa hadapan.

Oleh yang demikian; kita juga harus mengambil langkah memulihara bangunan sekolah MCKK ini supaya tetap terpelihara dan terpulihara struktur asal bangunan ini kerana setiap seni binanya tiada tolok bandingannya.

Sumber: https://mckk.edu.my/

Soalan Lazim & FAQ

1. How to apply mckk 2024

Boleh rujukan penerangan kami di sini

Semoga permohonan mckk (malay college kuala kangsar) dipermudahkan)!

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia