Cara Bayar Hasil Lhdn Online Payment di Byrhasil Portal

LHDNM: Cara bayaran cukai pendapatan 2024 LHDN Payment online melalui kod sistem byrhasil di portal mytax, cara bayar hasil lhdn income tax di pejabat post, kaunter bank atau online banking

byrhasil lhdn payment

Sebagai rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan berkelayakan mestilah declare lhdn e filing dan buat bayar cukai dan income tax kepada kerajaan Malaysia melalui lembaga hasil dalam negeri.

Mesti bayar dan buat bayaran cukai pendapatan & payment lhdn lembaga hasil dalam negeri Malaysia LHDNM

Anda perlu pastikan yang anda sudah bayaran hasil fpx selewat-lewatnya 30 April 2023 jika anda merupakan pekerja swasta ataupun kakitangan kerajaaan.

Tetapi, untuk yang bisnes dan berniaga pastikan pembayaran dijelaskan selewat-lewatnya 30 jun 2023.

1) Cara Bayar Hasil LHDN di ByrHasil LHDNM Portal

Dahulu hanya boleh bayar di kaunter bank sahaja. Sekarang ini cara bayar cukai pendapatan online semakin mudah dan senang.

Cara dapatkan resit bayaran lhdn mudah menjadi boleh. Boleh terus dapatkan resit bayaran lhdn apabila selesai buat pembayaran secara online.

Kemudahan ebayaran lhdn dipertingkatkan, terkini anda boleh buat bayaran melalui portal di byrhasil, pusat bayaran lhdn menggunakan kad kredit / kad debit, di pejabat pos, kaunter bank / atm / cash deposit dan lain lagi.

Untuk yang nak buat bayar income tax di portal hasil melalui sistem byrhasil boleh gunakan link pautan di bawah ini:

  • Sila login masuk ke portal untuk bayar cukai pendapatan online di link pautan, HASIL PORTAL (www.hasil.gov.my payment)
  • Anda perlu pergi ke bahagian ‘Perkhidmatan ezHasil’ > ‘ByrHASiL’
  • Ada 2 pilihan di sini, samada anda mahu bayar menggunakan kad kredit anda (byrhasil.hasil.gov.my)
  • Atau bayar menggunakan akaun simpanan bank melalui sistem bayaran menggunakan fpx.
  • Selepas pembayaran dilakukan, anda akan dapat lhdn resit pengesahan penerimaan bayaran
  • Cetak resit bayaran lhdn online

BACA SINI: Cara daftar lhdn kali pertama

2) Bayaran LHDN Payment Online Banking

Anda boleh terus buat pembayaran secara online melalui semua link pautan di bawah samada untuk CKHT, cp204 online payment, atau melalui no cukai pendapatan individu ataupun syarikat anda

cara bayar cukai pendapatan online

Perkhidmatan FPX dijadikan sebagai Gateway kepada pengguna untuk membuat pembayaran cukai pendapatan LHDN.

Perkhidmatan bayaran guna fpx ini diwujudkan untuk memudahkan pengguna membuat pembayaran menerusi mana-mana akaun perbankan internet.

Antaranya ialah Maybank, CIMB Bank, RHB Bank, Bank Rakyat dan banyak lagi. Oleh itu, segala transaksi pembayaran cukai menerusi platform MyTax boleh menggunakan kaedah pembayaran byrhasil fpx lhdn.

Ianya melibatkan perkhidmatan pembayaran e-filing, MyHasil, STAMP dan banyak lagi.

(i) Lhdn e bayaran Untuk Cukai Pendapatan Individu

NOTA: Cara bayar atau how to pay lhdn online payment maybank public bank CIMB RHB Hong Leong Bank Islam BSN boleh gunalan link pautan di atas ini

Cara dapatkan resit bayaran lhdn diperolehi diakhir proses pembayaran yang anda lakukan.

(ii) Cara Bayar Menggunakan Lhdn Online Payment Untuk Syarikat

How to pay lhdn online cimb citibank maybank public bank affin mbsb hong leong untuk syarikat anda boleh check di link pautan bawah ini

3) Kod Bayaran LHDN Bayar Guna Cash Deposit / di Kaunter

Pihak LHDN telah menetapkan kod pembayaran cukai bagi individu yang nak buat bayaran tax.

Ianya bertujuan memudahkan pembayar cukai membuat pembayaran cukai secara atas talian atau menerusi pejabat pos.

Ia adalah untuk memastikan cukai yang dikenakan dapat dibayar dengan baik bagi mengelakkan berlakunya tunggakan pada masa hadapan.

kod bayaran lhdn

Berikut merupakan senarai kod pembayaran lhdn jompay biller codei;

  1. Kod 084 Bayaran Ansuran Cukai / Baki Cukai Individu dengan lhdn
  2. Kod 086 Bayaran Ansuran Cukai Syarikat
  3. Kod 088 Pendahuluan / Ansuran Cukai Komposit
  4. Kod 090 Bayaran Cukai Keuntungan Harta Tanah
  5. Kod 095 Bayaran Cukai (tidak termasuk skim ansuran)
  6. Kod 150 Bayaran Kenaikan Seksyen 103A / 103
  7. Kod 151 Bayaran Seksyen 108
  8. Kod 152 Bayaran Kenaikan Seksyen 108
  9. Kod 153 Bayaran Kenaikan Komposit
  10. Kod 154 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(9) / 107B(3)
  11. Kod 155 Bayaran Kenaikan Seksyen 107C(10) / 107B(4)
  12. Kod 156 Bayaran Kos Mahkamah
  13. Kod 157 Bayaran Faedah Atas Hutang Hukuman
  14. Kod 158 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Audit
  15. Kod 159 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Pemungutan
  16. Kod 160 Bayaran Ansuran Dibenarkan oleh Unit Guaman Sivil
  17. Kod 173 Bayaran Kos Guaman
  18. Kod 178 Bayaran Seksyen 108 (Sek 25)
  19. Kod 181 Bayaran Kenaikan Seksyen 25
  20. Kod 196 Bayaran Penyelesaian Cukai
  21. Kod 197 Bayaran Penyelesaian Cukai – Majikan
  22. Kod 250 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pelupus
  23. Kod 286 Bayaran Kenaikan CKHT Oleh Pemeroleh
  24. Kod 092 Bayaran Potongan Cukai Bulanan (PCB)
  25. Kod 253 Bayaran Faedah Atas Hutang Mahkamah – CKHT
  26. Kod 254 Bayaran Ansuran (Audit) – CKHT
  27. Kod 255 Bayaran Ansuran (Unit Pemungutan) – CKHT
  28. Kod 256 Bayaran Ansuran (Unit Guaman Sivil) – CKHT
  29. Kod 257 Bayaran Kos Guaman – CKHT lhdn

Untuk makluman anda hanya mesin deposit bank Maybank sahaja yang membenarkan untuk anda buat bayaran tax lhdnm dan juga Cukai Keuntungan Harta Tanah CKHT / RPGT

Adakah ada payment code 99? Maaf tiada

4) Payment Guna Banker Cheque di Kaunter

Anda boleh memilih untuk buat payment lhdn menggunakan cek / banker cheque di CIMB Bank, Public Bank, Maybank, Affin Bank, Bank Simpanan Nasional BSN.

Pastikan anda isikan borang slip dengan maklumat yang diperlukan seperti di bawah ini:

  • Kod Bayaran
  • Nama Pembayar Cukai/Majikan
  • No. Rujukan Cukai/No Rujukan Majikan
  • No. Kad Pengenalan
  • Tahun Taksiran bagi bayaran yang dibuat/Tahun dan Bulan potongan bagi bayaran PCB
  • Amaun bayaran

Caj yang dikenakan oleh pihak bank untuk urusan pembayaran lhdn menggunakan cek adalah seperti perkongsian gambar di bawah ini.

bayar hasil lhdn

Kebaikan Buat Bayaran LHDN Hasil

  1. Kerajaan menerima pendapatan untuk digunakan bagi tujuan pembangunan berterusan kepada negara Malaysia
  2. Mengurangkan jurang kemiskinan di antara golongan yang sangat kaya dengan yang miskin
  3. Mewujudkan sikap tanggungjawab dikalangan pembayar cukai untuk sama-sama membangunkan negara

Nasihat juga kepada kerajaan Malaysia dengan kutipan cukai yang dibayar oleh pembayar tax gunakan dengan sebaiknya.

Belanjakan untuk tujuan dan projek yang betul. Jangan boros berbelanja untuk projek dan dana yang tidak betul.

Apa itu LHDN CP204 Payment

Bayar CP204 merupakan anggaran bayaran cukai yang perlu dibayar oleh syarikat, koperasi atau badan amanah.

Badan korporat yang ingin membuat pembayaran cukai, mereka perlu mengemukakan borang CP204

bayaran hasil fpx
  • Pembayaran cukai CP204 boleh dibuat dengan cara mengisi borang seperti pada Rajah di atas ini dengan lengkap bagi tahun taksiran tersebut.
  • Kemudian, borang tersebut mestilah difailkan di laman sesawang MyTax menerusi e-filing.
  • Pembayaran cukai perlu dibuat mengikut tempoh yang telah ditetapkan bagi mengisytiharkan pendapatan badan korporat bagi tahun taksiran tersebut.
  • Pembayaran cukai tersebut boleh dibuat di portal MyTax di laman byrhasill, seperti di bawah ini
cara bayaran cukai pendapatan

Apa Itu Cara Bayar CP500 LHDN Cukai Pendapatan

CP500 lhdn merupakan notis pembayaran ansurans bagi individu yang dikenakan cukai selain daripada hasil pendapatan penggajian.

Amaun ansuran dan bayaran lhdn secara installment ini akan dianggarkan oleh pihak Lembaga Hasil Dalam Negeri terlebih dahulu dan kemudian, pihak LHDN akan menghantar CP500 ini kepada pembayar cukai pada setiap awal tahun.

Oleh itu, individu yang dikenakan cukai CP500 wajib membayar cukai ini melalui portal My Tax. 

Berikut merupakan contoh notis CP500 yang akan diterima oleh pembayar cukai.

  • Senarai amaun yang perlu dibayar oleh pembayar cukai dinyatakan menerusi notis tersebut.
  • Pembayaran boleh dibuat menerusi laman sesawang byrhasill.
  • Masukkan nombor bil dan nombor kod yang betul, kemudian klik pada butang “Seterusnya”.
  • Akhir skali, klik pada butang “Byrhasil” untuk membuat pembayaran.
bayar income tax

Notis Surat LHDN cp500 Bayaran Ansuran Payment

Surat notis CP500 bayaran ansuran 2023 merupakan notis bayaran ansurans cukai yang diberikan kepada pembayar cukai yang memperoleh pendapatan hasil daripada perniagaan, sewa dan royalti.

Pembayaran cukai secara ansuran ini dikenakan untuk meringankan beban pembayar cukai daripada membayar cukai dengan jumlah yang besar.

LHDN CP500 payment ini merupakan notis anggaran cukai yang perlu dibayar oleh pembayar cukai pada tahun taksiran tersebut.

Bagi individu yang telah pun membuat pembayaran cukai bagi tahun taksiran tersebut, mereka tidak perlu membayar cukai berdasarkan CP500 payment dengan LHDN. 

lhdn jompay biller code online

Kenapa Ada Baki Cukai Tertunggak LHDN

Pihak LHDN telah menetapkan tarikh-tarikh atau tempoh-tempoh tertentu pembayaran cukai.

Namun, jika masih terdapat baki cukai yang tertunggak, ianya disebabkan oleh gagal bayar cukai hasil dalam tempoh yang ditetapkan oleh LHDN.

Bukan itu sahaja, baki cukai tertunggak tersebut adalah disebabkan oleh bayaran cukai yang tidak cukup.

Jika Masih ada baki cukai tidak dilunaskan sepenuhnya, pembayar cukai akan dikenakan caj penalti dan denda sebanyak 10 peratus jika berlakunya tunggakan cukai lhdn.

Jadi kami sarankan anda semak cukai tertunggak lhdn daripada masa ke semasa.

FAQ

1) Senarai bank yang benarkan buat pembayaran lhdn guna mesin atm?

Public Bank, Maybank, CIMB, RHB Bank

2) Bolehkah saya bayar cukai hasil lhdn di pejabat pos menggunakan kad kredit?

Tidak Boleh. Hanya pembayaran tunai dibenarkan

Sebenarnya banyak KELEBIHAN jika anda buat payment dengan lhdn, dan banyak juga KEBURUKAN jika anda tak buat bayaran cukai pendapatan.

Jadi, jalankan tanggungjawab lebih-lebih lagi cara bayar guna sistem byrhasil portal cukai pendapatan lhdnm sekarang sudah menjadi lebih mudah sekarang!

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia