Cara Daftar mydigital ID & Login Portal Kerajaan Dengan kerajaan
Identiti Digital Nasional merupakan sistem pengesahan identiti seseorang rakyat Malaysia menerusi kad pengenalan digital yang telah diperkenalkan oleh kerajaan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Tenaga, Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) dan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD). Ianya sebagai salah satu langkah negara Malaysia ke arah memaksimakan kegunaan teknologi digital dalam kehidupan seharian masyarakat.
Ia mula dirasmikan pada 1 Disember 2023 oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim di mana beliau menjadi individu pertama yang mendaftar menerusi sistem tersebut. Menurut beliau, sistem ini diwujudkan bertujuan untuk memudahkan aktiviti pengesahan identiti pengguna secara atas talian dengan lebih selamat dan sah.
Matlamat utama aplikasi ini diperkenalkan adalah untuk mendedahkan masyarakat terhadap landskap digital dan meningkatkan keselamatan serta kecekapan dalam mengesahkan identiti pengguna apabila melakukan transaksi atas talian bagi mengurangkan dan mengelakkan berlakunya penipuan identiti.
Tuntasnya, inisiatif kerajaan ini dilihat sebagai salah satu program yang bakal memberi impak yang positif terhadap pembangunan sistem teknologi di Malaysia seiring dengan negara-negara maju yang lain.
Cara Daftar Mydigital ID Online Portal
Pendaftaran MyDigital ID ini mestilah dilakukan secara fizikal terlebih dahulu menerusi kiosk pendaftaran Identiti Digital Nasional (IDN).
- BACA SINI >> e kehakiman login
- BACA SINI >> HRDF: Cara Daftar HRD Corp www.hrdcorp.gov.my Login Portal
Seterusnya, pendaftaran ini mestilah dilengkapkan dengan cara-cara berikut;
- Pengguna perlu memuat naik aplikasi MyDigital ID secara atas talian menerusi telefon bimbit pengguna
- Kemudian, cipta dan tetapkan kata laluan yang betul bagi tujuan log masuk ke akaun MyDigital ID pengguna.
- Setelah itu, verifikasi perlu dilakukan oleh pengguna di kiosk IDN dengan melakukan pengesahan cap jari dan kad pengenalan pengguna mestilah dibawa bersama untuk tujuan verifikasi tersebut.
- Akhir sekali, pendaftaran berjaya.
SUMBER: MIMOS
Cara Login Mydigital ID Portal Kerajaan
Setelah pendaftaran telah berjaya dilakukan, pengguna boleh mula mengakses aplikasi tersebut dengan mudah pada bila-bila masa sahaja.
- BACA SINI >> semak bantuan rm100 mykad
- BACA SINI >> ctos report promo code
Pengguna hanya perlu log masuk sahaja ke dalam platform tersebut untuk menjalankan perkhidmatan secara digital.
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun MyDigital ID pengguna;
- Muat turun aplikasi MyDigital ID.
- Kemudian, buka aplikasi tersebut.
- Masukkan ID pengguna dan kata laluan yang sah.
- Klik pada butang “Log masuk”.
- Akhir sekali, log masuk berjaya.
Beza Mykad vs Mydigital ID
BACA SINI >> semakan kwsp guna ic
Sepertimana yang diusulkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau menyatakan bahawa MyKad dan MyDigital ID merupakan dua benda yang berbeza.
MyKad merupakan kad identiti diri seseorang individu yang wajib dimiliki oleh semua rakyat Malaysia, manakala MyDigital ID ini merupakan sistem pengesahan identiti diri rakyat Malaysia bagi transaksi atas talian. Kedua-duanya adalah berbeza di antara satu sama lain.
MyKad adalah dokumen identiti yang wajib dimiliki oleh semua rakyat Malaysia dan ianya juga mestilah dibawa ke mana-mana sebagai bukti identiti setiap individu di Malaysia.
Ianya boleh digunakan untuk semua urusan yang melibatkan urusan rasmi dan tidak rasmi. Padanya terdapat satu cip yang menyimpan data peribadi pengguna.
Namun begitu, ianya berbeza dengan aplikasi MyDigital ID. Ianya merupakan sistem yang menjadi tunjang kepada kaedah pengesahan kepada semua perkhidmatan digital atas talian.
Perlaksanaannya adalah bertujuan untuk mengukuhkan keselamatan transaksi atas talian yang dilakukan oleh pengguna untuk mengakses perkhidmatan digital kerajaan. Ianya tidak menyimpan apa-apa rekod pangkalan data pengguna yang boleh menyebabkan orang tidak bertanggungjawab mencuri data peribadi pengguna lain untuk kegunaan diri sendiri.
Oleh itu, ianya diwujudkan untuk menggalakkan pengguna terbiasa dengan persekitaran melakukan transaksi secara digital dengan lebih selamat.
Kelebihan
BACA SINI >> cara daftar idme guru
Inisiatif kerajaan dalam memperkenalkan MyDigital ID ini ternyata memberi banyak kelebihan kepada masyarakat terutamanya daripada sudut keselamatan data peribadi.
Secara umumnya, ianya bukanlah sepertimana yang digembar-gemburkan oleh masyarakat, dimana ianya MyKad digital ini bukanlah diwujudkan untuk menggantikan MyKad fizikal.
Antara kelebihan-kelebihan yang ditawarkan kepada masyarakat yang berdaftar MyDigital ID ini ialah platform ini berfungsi sebagai platform pengesahan diri digital yang selamat dan sah digunakan di Malaysia. Segala informasi yang ada di platform digital ini akan disimpan dengan selamat dan mempunyai ciri-ciri keselamatan yang terjamin.
Selain itu, MyDigital ID ini sangat mudah untuk digunakan kerana ianya merupakan aplikasi log masuk tunggal bagi semua aplikasi lain dan segala transaksi yang dilakukan menerusi platform ini selamat dan pantas.
Pengguna yang ingin melakukan transaksi ke perkhidmatan kerajaan dan swasta boleh mengakses aplikasi ini dengan senang kerana pengesahan diri yang dilakukan menerusi platform ini adalah tepat dan boleh dipercayai kesahihannya.
Akhir sekali, inisiatif kerajaan dalam mewujudkan platform MyDigital ID ini adalah bermatlamat untuk mengurangkan sekali gus mengelakkan berlakunya penipuan identiti secara atas talian.
Ianya juga boleh mengelakkan berlakunya pertindahan data oleh individu yang sama. Hal ini kerana ianya boleh memberi kesan yang buruk kepada individu yang tidak bersalah dan individu yang tidak bertanggungjawab akan menggunakan identiti individu lain untuk kepentingan diri sendiri.
Oleh sebab itu, kerajaan melihat aplikasi ini adalah sebagai salah satu langkah untuk memastikan identiti setiap rakyat Malaysia adalah selamat bagi membolehkan mereka melakukan apa sahaja transaksi secara sah.
Tarikh Mula Bulan Pendaftaran
BACA SINI >> check duit dalam ic online
Pendaftaran aplikasi MyDigital ID ini akan mula dikuatkuasakan secara umum bermula Mac 2024.
Segala maklumat berkaitan dengan pendaftaran aplikasi ini dan lokasi pendaftaran kiosk ini akan diumumkan kepada masyarakat pada masa yang akan datang.