Pakej Umrah 2023: Andalusia Tiram Kursus Percuma Package

Daftar Pakej Umrah 2023: Andalusia Tiram Kursus Percuma Package

pakej umrah 2023 terbaik

Maksud Umrah merupakan kunjungan ke Baitullah al-Haram yang terletak di Mekah Al-Munawwarah.

Ibadah umrah ini merupakan ibadah yang wajib ditunaikan oleh setiap Muslim yang berkemampuan dari segala sudut seperti sudut kewangan, fizikal dan mental.

BACA SINI >> Panduan umrah terkini

Ibadah umrah ini boleh dilakukan pada bila-bila masa pada setiap tahun kecuali bagi individu yang berada di dalam ihram Haji.

Pakej Umrah 2023 Rayhar Travel

Pakej yang ditawarkan oleh syarikat Rayhar bagi tahun 2023 adalah bermula dengan harga RM7990.

Banyak pakej yang disediakan berdasarkan musim, kategori pakej dan jenis penerbangan.

Harga akan ditentukan berdasarkan tiga (3) elemen ini mengikut keselesaan dan kepuasan jemaah umrah. 

Pihak agensi umrah Rayhar menyediakan bimbingan kompresensif kepada semua Jemaah bermula dari kursus sehingga kembali ke Tanah Air.

Segala keperluan jemaah akan disediakan sepanjang berada di Tanah Suci.

umrah package

Individu yang berminat boelh terus daftar umrah package menerusi pakej boleh dibuat menerusi laman sesawang https://rayhar.com.

Pakej Andalusia Umrah 2023

Pakej umrah yang ditawarkan oleh agensi Andalusia adalah bermula daripada harga RM7000.

pakej andalusia travel umrah 2023

Antara pakej yang ditawarkan adalah umrah ziarah, penerbangan terus, penerbangan “transit”, umrah musim biasa, umrah Ramadhan 2023 dan umrah Syawal.

Kesemua pakej ini berbeza-beza daripada segi harga dan pengalaman. Individu yang berminat untuk membuat pendaftaran umrah menerusi pakej boleh dibuat menerusi laman sesawang www.umrahandalusia.com

Berdasarkan pengalaman kami sendiri pakej umrah terbaik, pastinya dari Andalusia.

Umrah Package Mahabbaten 2023

panduan mengerjakan umrah

Agensi umrah daripada Syarikat Mahabbaten menawarkan 3 package utama iaitu umrah dengan penerbangan Saudi airlines, umrah dengan penerbangan Malaysia Airlines dan umrah Ramadhan.

Harga umrah pakej yang disediakan oleh Mahabbaten adalah bermula daripada harga RM7490.  

Package umrah Mahabbaten merangkumi mutawwif yang berpengalaman, makan 3 kali sehari, lawatan percuma ke tempat-tempat bersejarah dan lokasi penginapan yang berdekatan dengan masjid.

Segala informasi untuk tujuan pendaftaran package umrah Mahabbaten Travels & Tours boleh melayari laman sesawang https://mahabbaten.onpay.my.

Ikhlas Umrah 2023

Pakej daripada syarikat Ikhlas ini adalah bermula daripada harga RM6990. Ianya berpatutan untuk semua golongan yang berminat untuk melakukan ibadah umrah.

harga umrah murah

Antara package yang ditawarkan adalah lite, jejak rasul, umrah hawa dan umrah Ramadan. 

Servis sepanjang ibadah umrah bersama Ikhlas Umrah ini sangat memuaskan dan bagus serta layanan yang baik daripada semua individu.

Lokasi ziarah juga menarik untuk dikunjungi untuk semua jemaah yang ditemani oleh mutawwif yang berpengalaman.

Individu yang berminat untuk membuat pendaftaran umrah menerusi package boleh dibuat menerusi laman sesawang https://ikhlas.com

Pakej Tiram Travel Umrah 2023

Pakej umrah Tiram Travel adalah bermula daripada harga RM6590.

pakej umrah tiram travel 2023

Ianya berpatutan untuk semua golongan yang berminat untuk melakukan ibadah umrah. Servis sepanjang ibadah umrah bersama pakej Tiram Travel ini sangat menarik.

Lokasi ziarah juga menarik untuk dikunjungi untuk semua jemaah yang ditemani oleh mutawwif yang berpengalaman. Bukan itu sahaja, tempat penginapan dengan masjid juga dekat.

Segala informasi untuk tujuan pendaftaran pakej umrah Tiram Travel boleh melayari laman sesawang https://www.umrahtiramtravel.com

Pakej Tabung Haji Umrah 2023

Masyarakat Malaysia ramai berdaftar bersama Syarikat Tabung Haji untuk mendapatkan pakej umrah yang berpatutan dan dipercayai berdaftar bersama Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi.

package th travel tabung haji umrah 2023

Segala pakej disediakan dengan kadar harga yang bermula daripada RM7990. Bimbingan umrah diberikan bermula daripada pendaftaran sehingga kembali ke tanah air.

Segala informasi untuk tujuan pendaftaran pakej bersama Tabung Haji boleh melayari laman sesawang https://thts.com.my.

Cara Nak Register Kursus Umrah Tabung Haji

Tabung Haji Travel merupakan salah satu ajen umrah yang berdaftar.

Ramai jemaah umrah yang berjaya pergi dan balik serta menunaikan umrah bersama Tabung Haji Travel ini.

Antara persediaan awal untuk menunaikan ibadah umrah adalah menghadiri kursus umrah untuk mendapat gambaran tentantang ibadah umrah. 

Tabung Haji Travel telah mengadakan kursus umrah secara percuma kepada jemaah umrah dan berikut merupakan cara-cara untuk menyertai kursus tersebut;

doa umrah mabrur
  1. Layari laman sesawang https://www.thts.com.my  seperti pada Rajah di atas ini.
  2. Klik pada bahagian “Bimbingan”.
  3. Pilih bahagian “Kursus Umrah”.
  4. Senarai kursus umrah dan tempat kursus tersebut diadakan akan dipaparkan.
  5. Akhir sekali, Jemaah umrah hanya perlu hadir ke tempat kursus umrah tersebut untuk menyertai kursus tersebut.

Cara Daftar Kursus Umrah Percuma 2023

Jemaah umrah yang ingin melakukan ibadah umrah, mereka mestilah melengkapkan diri mereka dengan ilmu ibadah umrah sebelum berangkat ke Tanah Suci.

Ini penting agar ibadah yang bakal dilakukan sepanjang ibadah umrah diterima oleh Allah S.W.T. Walaubagaimanapun, khusus ini adalah berbayar.

Namun, jemaah umrah boleh menghadiri khusus umrah 2023 ini secara percuma. Berikut merupakan cara-caranya;

  1. Jemaah umrah mestilah berdaftar pakej dengan mana-mana agen yang berdaftar.
  2. Secara tidak langsung, jemaah umrah akan diberikan tarikh untuk hadir ke mana-mana masjid untuk menjalani khusus ini secara percuma.
  3. Dapatkan informasi berkaitan khusus umrah secara percuma di laman sesawang https://www.facebook.com  seperti pada Rajah di bawah ini.
  4. Ataupun anda boleh juga layari laman sesawang Tabung Haji di  https://www.tabunghaji.gov.my untuk mendapatkan tarikh khusus umrah percuma anjuran Lembaga Tabung Haji.
kursus umrah percuma 2023

Kenapa Kos Umrah Meningkat Naik Tahun 2023

Bermula tahun 2020, dunia dilanda wabak Covid-19 telah menjadikan Tanah Suci ini sunyi dan sepi tanpa pengunjung.

Menjelang tahun 2022, kerajaan mula membuka sempadan negara dan membenarkan ibadah Haji dan mengerjakan umrah.

Pengunjung ke Tanah Suci semakin hari semakin tinggi sehingga menyebabkan kenaikan kos umrah bagi tahun 2023. 

Peningkatan kos umrah ini adalah disebabkan oleh dua (2) faktor iaitu kenaikan kos penerbangan daripada Malaysia ke Jeddah dan juga kenaikan kos penginapan di sana.

Hal ini merupakan kesan daripada krisis ekonomi dunia yang berlaku pada masa kini.

Segala kos harga umrah meningkat menyebabkan kebimbangan kepada masyarakat yang ingin mengerjakan umrah.

Cara Isi Borang Cuti Umrah Penjawat Awam

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017, penjawat awam diberi kemudahan cuti umrah bagi membenarkan mereka menjalankan ibadah umrah sekali sepanjang tempoh perkhidmatan.

Ia merupakan cuti tanpa rekod yang hanya diperuntukkan kepada penjawat awam yang beragama Islam sahaja. 

Penjawat awam yang ingin mendapatkan kemudahan cuti umrah perlulah mengisi borang seperti pada Rajah di bawah ini.

borang cuti umrah penjawat awam

Kemudian, setelah selesai mengisinya sepertimana yang dirancang, penjawat awam hendaklah menghantar permohonan cuti umrah tersebut kepada pihak atas bagi tujuan kelulusan. 

Penjawat Awam Dapat Cuti Berapa Lama Buat Umrah

Menurut Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 3 Tahun 2017, penjawat awam hanya dibenarkan untuk mendapatkan kemudahan cuti umrah ini hanya untuk tempoh tujuh (7) hari sahaja, tidak termasuk hari minggu, hari cuti umum dan hari perlepasan am.

Senarai Keperluan Umrah Wanita Penting Perlu Bawa

Persediaan yang rapi perlu dibuat apabila seseorang wanita ingin menunaikan umrah.

Segala keperluan perlu diambil kita supaya ibadah umrah yang bakal dilakukan dapat dilakukan dengan baik dan sempurna.

Antara keperluan umrah bagi kaum hawa yang penting untuk dibawa sepanjang menunaikan ibadah umrah adalah;

  1. Buku panduan umrah.
  2. Passport
  3. Telekung
  4. Jubah
  5. Tudung yang menutup aurat.
  6. Stokin kaki dan stoking tangan.
  7. Kasut tawaf dan saie.
  8. Tasbih
  9. Botol penyembur wudhu’
  10. Ubat-ubatan

Adakah Boleh Pengkid Pergi Umrah

Pada Ogos 2022, Malaysia digemparkan dengan isu seorang pengkid mengerjakan ibadah umrah.

Sesetengah masyarakat mempersoalkan tentang hukum melakukan ibadah umrah oleh seorang pengkid sama ada sah atau tidak. 

Di dalam satu sidang media, pihak Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) menyatakan bahawa mereka tidak pernah membenarkan individu tersebut melakukan umrah dengan cara seperti itu.

Mereka beranggapan bahawa individu pengkid itu melakukan umrah secara bersendirian tanpa melalui mana-mana agen umrah.

pengkid pergi umrah
  • Mohd Ali Sabri yang merupakan presiden Persatuan Pengendali Umrah, Haji dan Ziarah Negeri Perak (PUHAZ) menyatakan bahawa dari sudut feqah, tidak sah umrah yang dilakukan oleh individu pengkid kerana berpakaian ihram padahal dia merupakan wanita.
  • Ini kerana pakaian ihram hanyalah untuk kaum lelaki.
  • Bukan itu sahaja, pakaian menyerupai lelaki dan sebaliknya adalah haram di sisi agama dan perbuatan ini merupakan antara salah satu perbuatan menghina agam terutamanya apabila berada di Tanah Suci Mekah.

Apakah Had Umur Umrah

Berdasarkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi, mereka menyatakan tiada had umur bagi ibadah umrah untuk tahun ini

Contoh Doa Umrah Mabrur dan Yang Maqbul

Peluang untuk menunaikan umrah merupakan peluang yang tidak patut untuk disia-siakan, pasang niat umrah dengan betul.

Ia merupakan peluang paling berharga. Ini kerana ianya merupakan panggilan Tuhan terhadap hamba-hambanya untuk mengunjungi Tanah Suci.

Berikut merupakan doa untuk mendapatkan umrah mabrur dan maqbul;

“Ya Allah, jadikanlah umrah kami umrah yang maqbul, saie kami saei yang disyukuri, dosa kami dosa yang diampuni dan amalan soleh kami diterima dengan rahmat-Mu, Ya Allah wahai Yang Paling Mengasihani daripada segala yang mengasihani.”

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia