Cara kira ikut Jadual Pinjaman asb financing cimb vs maybank vs rhb : 3 Teknik Dapat Pulangan Lebih RM146,000 daripada financing antara maybank vs cimb bank vs rhb, boleh semak loan table daripada setiap bank di Malaysia
Ada yang lebih selesa dan tenang dengan memasukkan lebihan pendapatan dengan melakukan simpanan sendiri di Amanah Saham Bumiputera.
Tetapi tahukah anda yang mana ramai sudah yang membuat pinjaman asb dengan harapan dapat memaksimumkan pulangan dan pendapatan yang diperolehi daripada pulangan dividen asb (Amanah Saham Bumiputera). Ramai yang tertanya-tanya loan asb untung atau rugi?
Di sini, Mypt3 suka untuk berkongsi teknik yang paling tepat dan betul bagaimana cara anda dapat pulangan yang maksimum menggunakan teknik pinjaman asb ini.
Sudah pasti setiap teknik ini ada kebaikan, pembiayaan asb memberikan kelebihan dan keburukannya.
Senarai Kandungan Penting:
Keburukan Pembiayaan ASB Financing
Kami berkongsinya kepada anda terlebih dahulu supaya anda berhati-hati dan mengambil maklum sebelum bertindak membuat pembiayaan asb financing Maybank, asbf rhb ataupun daripada cimb.
BACA SINI >> Syarat pinjaman peribadi loan maybank 2022
- Sedikit sebanyak teknik ini akan membuat debt service ratio (DSR) akan meningkat dengan adanya pembiayaan asb ini. Ini bermaksud komitmen anda kepada mata pihak bank telah pun bertambah menambah sedikit kesulitan jikalau anda bercadang untuk hantar permohonan pinjaman perumahan
- Jadi anda perlu tentukan priority sebelum meneruskan teknik ini
BACA SINI: Cara buka akaun asb anak online
Ini sahaja? Ya ini sahaja.
Sebenarnya teknik ini telah membuat ramai pelabur bejaya melipat gandakan pulangan simpanan di Amanah Saham Bumiputera dengan syarat anda follow teknik yang kami kongsikan di bawah ini nanti.
BACA SINI >> Badal haji: Cara Buat & Hukum Untuk Siapa
Syarat Pinjaman Asb
- Beri kakitangan bank dokumen seperti borang permohonan, copy IC anda, copy penyata bank atau slip gaji anda untuk 3 bulan yang terakhir dan juga copy bahagian depan buku ASB anda
Senarai 3 Teknik Terbaik
Cara kira dividen asb financing 50k ataupun 100k ataupun 200K adalah sama boleh guna cara pengiraan di bawah ini
1) TEKNIK SANTAI
BACA SINi: Cara akses cimb click login dengan mudah dan cepat
i) Contoh Sani telah buat pembiayaan asb sejumlah RM200 ribu. Maknanya bayaran bulanan yang perlu bayar kepada pihak CIMB adalah berdasarkan formula di bawah :
SUMBER: https://www.cimbbank.com.my
- Dengan kadar faedah sebanyak 5.20 peratus, anda hanya perlu bayar RM 1,098.22 sebulan untuk tempoh 30 tahun.
- Butirannya anda boleh semak pada jadual pinjaman asb seperti di bawah ini menggunakan sistem loan calculator malaysia:
ii) Sani bayar komitmen bayaran asb financing cimb setiap bulan untuk tahun pertama berjumlah RM13,178.64
iii) Manakala pada tahun kedua, ketiga, kempat dan tahun kelima bayar guna dividen yang diterima setiap tahun.
iv) Mypt3 nasihatkan anda terminate loan asb cimb selepas sahaja tahun ke 5
v) Katakanlah anda dapat pulangan dividen ASB (8 peratus x RM200 ribu) sebanyak RM16 ribu, ini yang akan bakal dapat
Tahun | Nilai Pulangan Tahunan |
---|---|
TAHUN 1 | Duit sendiri (RM13,178) |
TAHUN 2 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM2,822 (keuntungan) |
TAHUN 3 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM2,822 (keuntungan) |
TAHUN 4 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM2,822 (keuntungan) |
TAHUN 5 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM2,822 (keuntungan) |
TAHUN 6 | (Dividen) RM16 ribu dan telah terminate asb dengan cimb |
vi) Jadi selepas 5 tahun RM200 ribu – RM184,172.22 (dipulangkan kepada CIMB) : RM15,827.78 (Ini baki yang anda perolehi).
vii) Bersama dengan pulangan yang anda perolehi selama 5 tahun, (RM2,822 x 4) + Rm16 ribu + RM15,827.78, jumlah pulangan anda dengan teknik pinjaman ini anda memperolehi sejumlah RM43,115.78
viii) Kesimpulannya dengan hanya mengeluarkan RM13,178 pada tahun pertama, Sani berjaya melipat gandakan sehingga 70 peratus dalam tempoh 5 tahun sahaja. Menarik bukan?
2) Cara Kira Pembiayaan ASB Ikut TEKNIK MAXIMUM
i) Berbeza untuk teknik yang pertama iaitu teknik santai. Di mana untuk teknik ini Ayu perlu bayar komitmen pinjaman contohnya (jikalau anda ambil pinjaman dengan RHB) pada setiap bulan untuk 5 tahun pertama sebelum anda terminate selepas itu.
ii) Dengan kadar faedah sekitar 4.95 peratus, bayaran bulanan Ayu adalah RM1,067.54
- TAHUN 1 : RM200K + (8 peratus x RM200K) = RM216K
- TAHUN 2 : RM216K + (8 peratus x RM216K) = RM233,280
- TAHUN 3 : RM233,280 + (8 peratus x RM233,280) = RM251,942.40
- TAHUN 4 : RM251,942.40 + (8 peratus x RM251,942.40) = RM272,097.792
- TAHUN 5 : RM272,097.792 + (8 peratus x RM272,097.792) = RM293,865.62
- TAHUN 6 : 8 peratus x RM293,865.62 = RM23,509.25
Jadual pinjaman asb financing RHB :
iii) Seperti biasa selepas 5 tahun terminate loan dengan RHB (surrender asb certificate)
iv) Dan, hasil pulangan yang diperolehi dengan teknik maximum ini adalah RM293,865.62 – RM183,526.83 (dipulangkan kepada CIMB) : RM110,338.79 (ini baki yang Ayu perolehi)
v) Kesimpulannya dengan teknik kedua iaitu teknik MAXIMUM ini, Ayu perolehi RM110,338.79 dengan jumlah bayaran komitmen bulanan selama 5 tahun hanya RM64,052.40 dengan ROI sehingga lebih 58 peratus
3) TEKNIK HENJUT
i) Sebelum itu, mypt3 pasti anda sedia maklum yang Amanah Saham Bumiputera ada menawarkan ASB2 selain ASB.
- ASB : Had maksimum RM200 ribu
- ASB2 : Tiada had maksimum
ii) Dipendekkan cerita untuk teknik HENJUT ini, Sarah telah menggunakan loan pertama sebanyak RM200 ribu menggunakan teknik MAXIMUM, manakala loan kedua pada ASB2 menggunakan teknik Santai
iii) Dengan Sarah ambil loan asb maybank dengan kadar faedah 5.8 peratus, beliau perlu bayar sebulan RM 1,173.51. Hasilnya selepas 5 tahun :
Cara Kira Loan pertama dengan simpanan asb maybank :
- Sarah akan perolehi seperti mana yang anda semak di teknik kedua dengan simpanan asb maybank iaitu teknik MAXIMUN, Sarah akan mendapat RM293,865.62 – 185,642.74 (dipulangkan kepada Maybank) : RM108,222.88 (pulangan selepas 5 tahun)
ASB2 loan kedua dengan asbf maybank :
Tahun | Nilai Pulangan Tahunan |
---|---|
TAHUN 1 | Duit sendiri (RM14082.12) |
TAHUN 2 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM14082.12 : RM1917.88 (keuntungan) |
TAHUN 3 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM1917.88 (keuntungan) |
TAHUN 4 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM1917.88 (keuntungan) |
TAHUN 5 | (Dividen ASB) RM16 ribu – RM13,178 : RM1917.88 (keuntungan) |
TAHUN 6 | (Dividen) Dapat RM16 ribu dan telah terminate loan cimb |
iv) Jumlah perolehan : RM23,671 + (RM200 ribu – RM185,642.74) = RM38,028.26 (pulangan selepas 5 tahun)
v) Apabila digabungkan pulangan untuk loan pertama dan loan kedua, selepas 5 tahun Sarah memperolehi RM38,028.26 (pulangan loan 1) + RM108,222.88 (pulangan loan 2) : RM146,251.14
vi) Kesimpulannya untuk teknik HENJUT ini Sarah berjaya menjana ROI 42 peratus hasil guna simpanan duit sendiri untuk loan 1 (RM14082.12 x 5) dan loan 2 (RM14082.12).
Itu baru loan dengan maybank bagaimana kalau anda guna CIMB ataupun apatah lagi jikalau menggunakan bank RHB, pastinya ROI pulangan lebih tinggi
Tip Pembiayaan ASB
- Kami sarankan anda untuk ambil takaful untuk perlindungan di masa depan
- Pembiayaan asb banyak kelebihan dari sudut OPM berbanding anad buat simpanan biasa
- Kami sarankan anda buat perbandingan secukupnya di antara yang tawarkan asb fianncing supaya anda lebih berhati hati dengan risiko berkaitan
- Dapatkan maklumat yang rasmi dan dipercayai sebelum anda melakukan tindakan pelaburan seperti ini
P/S : Tetapi jikalau tanya mypt3, antara loan asb cimb vs asb maybank kami pilih asbf cimb
PP/S : Contoh Kadar faedah asb financing 50k dengan RHB adalah terendah berbanding CIMB, Maybank, Affin Bank ataupun dari AMbank.
PP/S : Tetapi jikalau tanya mypt3, antara pinjaman asb financing cimb vs asb financing cimb kami pilih asb financing cimb
PPP/S : Jikalau tanya untung atau rugi, kami mypt3 jawab untung jikalau anda berani untuk cepat dapat banyak duit. Terpualng kepada anda