i Ihsan Mbsb Loan: Cara Apply Pinjaman & Login Online Banking

Cara Apply i Ihsan Mbsb Loan bank dan pinjaman peribadi mbsb malaysia di fsa2mbsbbank serta Login Di Online Banking

ihsan i kwsp pinjaman mbsb loan online banking

Malaysia Buiding Society Berhad (MBSB) Bank merupakan sebuah institusi perbankan yang menjalankan perkhidmatan dan perniagaan perbankan islam secara menyeluruh. MBSB bank ini ditubuhkan pada tahun 2005. Ianya dikawal selia oleh pengurusan Bank Negara Malaysia di bawah Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013.

BACA SINI >> Cara Buka Akaun CDS Online: Maybank CIMB Bursa Anywhere

Pemegang saham utama bagi MBSB Bank ialah syarikat Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) serta tersenarai di Bursa Saham Malaysia. 

Antara produk dan perkhidmatan yang ditawarkan ialah akaun simpanan dan semasa, i ihsan kwsp, personal loan mbsb, pengurusan kewangan, pembiayaan hartanah dan banyak lagi. Kesemua produk yang tersenarai di bawah pengurusan perbankan MBSB Bank adalah patuh Syariah.

Cara Apply i Ihsan Mbsb Bank

MBSB Malaysia juga ada menyokong skim bantuan pinjaman yang ditawarkan kepada mana-mana yang ada simpanan akaun kwspp untuk buat pembiayaan peribadi di bawah skim i-ihsan mbsb bank.

cara mohon apply i ihsan mbsb

Yang berminat untuk mohon dan apply personal loan mbsb melalui skim ihsan i kwsp ini, boleh terus buat melalui link pautan fsa2mbsbbank ini, https://www.fsa2mbsbbank.com

pembiayaan peribadi mbsb

Cara Mohon Pinjaman MBSB Loan

MBSB Bank menawarkan tiga (3) jenis perkhidmatan personal loan iaitu MBSB Personal Financing Private-I, MBSB Personal Financing Mumtaz-I dan MBSB Personal Financing Afdhal-i.

Permohonan pinjaman ini boleh dilakukan secara atas talian dan menerusi mana-mana cawangan MBSB Bank yang berdekatan dengan pemohon.

Berikut merupakan cara-cara untuk memohon pinjaman dengan MBSB Bank;

  1. Pemohon mestilah melayari laman sesawang https://applyonline.mbsbjourney.com seperti pada Rajah 1.0.
  2. Masukkan maklumat butiran peribadi pemohon dengan betul dan lengkap.
  3. Masukkan amaun pinjaman yang ingin dilakukan dan klik pada butang “Calculate”.
  4. Senarai paparan jadual pembayaran bulanan pinjaman akan dipaparkan.
  5. Jika ianya sesuai dengan komitmen bulanan pemohon, pemohon perlu klik pada butang “Submit” untuk menghantar permohonan.
  6. Seterusnya, pihak akan menghubungi pemohon menerusi panggilan telefon atau SMS berkenaan dengan status permohonan.
  7. Jika berjaya, pemohon hendaklah hadir ke mana-mana MBSB Bank yang berdekatan untuk membuat serahan dokumen-dokumen yang diperlukan.
  8. Permohonan pinjaman pemohon akan diproses.
  9. Akhir sekali, pihak bank akan menghubungi pemohon untuk memberitahu status pinjaman tersebut.

Syarat Kelayakan Untuk Pekerja Swasta & Penjawat Awam

Pemohon yang ingin membuat pinjaman bersama MBSB bank mereka mestilah memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan oleh pihak MBSB bank.

Berikut merupakan syarat-syarat kelayakannya;

(i) Jenis Pinjaman Peribadi MBSB Malaysia

Penjawat AwamPekerja Swasta
Mumtaz-i Afdhal-iSektor Swasta-i

(ii) Syarat Kelayakan

PENJAWAT AWAMPEKERJA SWASTA
Pemohon merupakan warganegara MalaysiaPemohon merupakan warganegara Malaysia
Pemohon mestilah berumur 19 sehingga 60 tahun (pada akhir pembayaran).Pemohon mestilah berumur 21 sehingga 60 tahun (pada akhir pembayaran).
Pemohon hendaklah berkhidmat di sektor awam.Pemohon merupakan pekerja swasta.
Menyandang jawatan tetap dan berkhidmat lebih 12 tahun dalam sektor pekerjaan semasa.Menyandang jawatan tetap dan berkhidmat lebih 12 tahun dalam sektor pekerjaan semasa.
Mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,000 dan ke atas (gaji kasar) atau pendapatan tahunan melebihi RM36,000 (gaji kasar).Mempunyai pendapatan bulanan sebanyak RM3,500 dan ke atas (gaji kasar).
Pemohon tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana bank atau Aeon Credit.Pemohon tidak disenaraihitamkan oleh mana-mana bank atau Aeon Credit.
Pemohon bukan berada di bawah selaan APKPPemohon bukan berada di bawah selaan APKP.
Pemohon mestilah tidak mempunyai akaun Bawah Pemerhatian Khas (SAA).Pemohon mestilah tidak mempunyai akaun Bawah Pemerhatian Khas (SAA).

Berapa MBSB Interest Rate

  • Setiap pinjaman yang dipohon menerusi mana-mana bank akan dikenakan kadar faedah.
  • Kaedah faedah bagi MBSB bank ialah 4.25 peratus.

Cara Daftar MBSB Bank Online Banking

Teknologi yang disediakan hari ini semakin memudahkan masyarakat dalam urusan harian.

Ianya termasuklah dengan pendaftaran MBSB bank yang boleh dilakukan secara atas talian.

Berikut merupakan cara-cara untuk mendaftar MBSB bank online banking;

  1. Layari laman sesawang https://www.mbsbjourney.com seperti pada Rajah 2.0.
  2. Klik pada bahagian “New User? Register Now”.
  3. Kemudian, pilih bahagian “Debit Card” dan klik pada butang “Register Now”.
  4. Masukkan butiran maklumat peribadi dengan betul dan lengkap seperti pada Rajah 3.0.
  5. Akhir sekali setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik pada butang “Register” menunjukkan pendaftaran berjaya.

Cara Login MBSB Online Banking

Akaun MBSB bank pengguna yang berjaya didaftarkan boleh anda log masuk mbsb online login pada bila-bila masa sahaja.

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun MBSB online banking;

  1. Layari laman sesawang https://www.mbsbjourney.com
  2. Masukkan username dan klik pada butang “Login”.
  3. Sahkan gambar keselamatan yang dipaparkan dengan klik pada butang “Yes”.
  4. Masukkan kata lauan yang sah.
  5. Klik pada butang “Login”.
  6. Akhir sekali, akaun MBSB login bank berjaya dilog masuk.

Cara Penyelesaian Awal Pinjaman Peribadi MBSB

Penyelesaian awal pinjaman peribadi MBSB boleh dilakukan dengan melakukan pelarasan ibra’ (rebat) yang dilakukan oleh pihak banking berdasarkan peraturan-peraturan yang telah ditetapkan.

Rebat ini diberikan mengikut jenis pembiayaan peribadi yang dilakukan oleh pemohon iaitu sama ada pembiayaan peribadi dengan kadar tetap atau pembiayaan peribadi dengan kadar berubah.

Cara penyelesaian awal bagi pinjaman peribadi MBSB dengan kadar tetap akan diberikan rebat berdasarkan cara kiraan seperti berikut;

[n ( n + 1 ) / N ( N + 1 )] X P

  • n = Baki Bulan ke Tempoh Matang
  • N = Jumlah Tempoh Pembiayaan (dalam bulan)
  • P = Jumlah Caj Keuntungan

Jumlah Penyelesaian = Baki Harga Jualan + Ta’widh + Kos Lain (jika ada) – Ibra’

Cara penyelesaian awal bagi pinjaman peribadi MBSB dengan kadar berubah akan diberikan rebat berdasarkan cara kiraan seperti berikut;

  • Pengiraan ibra’ (rebat) = Untung Tertangguh – Caj Penyelesaian Awal
  • Jumlah Penyelesaian = Baki Harga Jualan + Bayaran Ansuran Tertunggak + Caj bayaran lewat – Penyelarasan keatas Ibra’ (rebat) disebabkan perubahan pada Kadar Keuntungan Efektif – Ibra’ semasa penyelesaian

Personal Loan MBSB vs Bank Rakyat Mana Lagi Bagus

Setiap pinjaman peribadi yang ditawarkan oleh pihak bank adalah berbeza mengikut jenis bank tersebut.

Berikut merupakan perbezaan antara pinjaman MBSB dan pinjaman Bank Rakyat;

Pinjaman Peribadi MBSB 2023

  • Jumlah pinjaman peribadi mbsb 2023 yang dibenarkan bermula RM1,000 sehingga RM400,000
  • Tempoh pembiayaan pinjaman adalah selama 10 tahun.
  • Tiada penjamin diperlukan.
  • Kadar faedah asas yang dikenakan 4.25 peratus.
  • Syarat kelayakan yang agak ketat untuk lulus.

Pinjaman Bank Rakyat

  • Jumlah pinjaman RM2000 sehingga RM200,000. Tempoh pembiayaan pinjaman adalah selama 10 tahun.
  • Tiada penjamin diperlukan.
  • Kadar faedah asas yang dikenakan 4.55 peratus.
  • Syarat kelayakan yang tidak terlalu ketat untuk lulus.
  • Berdasarkan perbezaan antara kedua-duanya, jika pemohon ingin membuat pinjaman dengan jumlah yang tinggi, maka pinjaman MBSB adalah yang terbaik

Benarkah Pinjaman Peribadi MBSB Penipu

MBSB bank merupakan institusi kewangan berlesen yang beroperasi di bawah kawal selia Bank Negara. Jadi cakap-cakap dan tanggapan yang mengatakan pinjaman peribadi mbsb penipu adalah tidak benar sama sekali

Maka, ianya mustahil bagi bank yang diiktiraf oleh Bank Negara untuk menawarkan perkhidmatan pinjaman yang menipu masyarakat.

Oleh itu, segala permohonan pinjaman peribadi termasuk ihsan mbsb mestilah dilakukan secara atas talian menerusi laman portal rasmi MBSB bank dan menerusi cawangan MBSB yang betul bagi mengelakkan berlakunya penipuan.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia