Cara Start Podcast Malaysia: Top & Best Hosting Terbaik

Cara buat Start Podcast Malaysia: Top & Best Podcast hosting Terbaik yang menarik tahun 2023

podcast malaysia hosting

Podcast tidak lagi asing dalam kalangan masyarakat. Ianya boleh didengari di mana-mana sahaja pada bila-bila masa di peranti pengguna.

Podcast merupakan hasil rakaman audio digital yang boleh dilanggan dan dimuat turun di telefon bimbit pendengar. Rakaman ini adalah berbentuk siri cerita, perbincangan, ulasan, puisi, dokumentari dan muzik. 

Walaubagaimanapun, rakaman podcast ini sangat berbeza dengan rakaman radio. Rakaman podcast dilihat lebih ringkas dan padat dengan kandungan yang lebih ilmiah dan berinformasi.

Manakala, kandungan rakaman radio adalah lebih santai dan melibatkan banyak interaksi dengan pendengar. Tuntasnya, podcast ini menjadi platform digital utama bagi para pendengar. 

Cara Buat Duit Dengan Podcast Malaysia Yang Menarik

Minat yang mendalam untuk berkongsi ilmu, cerita dan karya, podcast merupakan platform yang tepat. Termasuk jika anda berminat cara menjadi podcaster yang terbaik dan bagus.

Walaubagaimanapun, individu yang menceburi bidang rakaman podcast perlu tahu dan mengenali kumpulan sasaran mereka. Ini kerana tanpa pendengar, rakaman podcast tidak akan mendapat sambutan.

Justeru itu, individu yang dikenali sebagai podcaster boleh menjana pendapatan menerusi rakaman podcast ini.

Banyak informasi yang boleh dikongsikan kepada masyarakat adalah salah satu cara menjadi podcaster. Podcaster ini perlu kreatif dari segi penyampaian dan pengolahan idea agar ianya menarik untuk didengari oleh masyarakat.

Secara tidak langsung, ianya boleh menarik minat pendengar untuk melanggan podcast anda.

Pendapatan melalui podcast ini boleh dijana secara separuh masa atau sepenuh masa.

  • Ianya boleh dijana secara menjual iklan, di mana podcaster menerima bayaran daripada pihak yang ingin mengiklankan produk mereka di dalam rakaman podcaster.
  • Sebagai contoh, pengiklanan produk kecantikan.
  • Selain itu, pendapatan podcast boleh dijana dengan pemasaran affiliate, di mana podcaster akan merujuk pendengar mereka kepada laman sesawang atau produk pihak ketiga secara langsung.
  • Dengan kata lain, podcaster akan menjadi pihak tengah mempromosikan dan memasarkan produk pihak ketiga kepada pendengar podcast.
  • Pendapatan juga boleh dijana dengan mencipta produk dan memasarkan produk kepada pendengar secara terus tanpa melibatkan platform lain.
  • Memasarkan kemahiran dan kepakaran dalam sesuatu bidang juga boleh ditengahkan menerusi podcast untuk menjana pendapatan.

Akhir sekali, menerusi sumbangan yang diberikan oleh pihak pendengar kepada podcaster.

Best Podcast Hosting Untuk Rakyat Malaysia Start (Terbaik)

1. Start Buzzsprout Podcast Website

Buzzsprout merupakan satu platform podcast host yang sangat popular dalam kalangan podcaster yang baru dan lama.

Podcaster boleh menghos kandungan audio di atas talian, menyusun episode podcast, menyebarkan kandungan podcast yang dihasilkan dan pendapatan juga boleh dijana melaluinya.

Ia merupakan satu platform yang sangat mudah untuk diuruskan dan mempunyai banyak fungsi yang menarik untuk para podcaster.

  • Harga langganan bagi platform Buzzsprout ini adalah bermula dengan $12 sebulan.
  • Kepada yang berminat untuk register sila daftar di link ini, https://www.buzzsprout.com
buzzsprout podcast

RSS.com juga merupakan salah satu platform podcast yang menyediakan semua ciri-ciri podcast yang menarik untuk para pengguna.

Bermula dengan harga langganan sebanyak $5 sebulan, pengguna boleh menikmati ciri-ciri seperti mewujudkan siri podcast mengikut episode, mengesan lokasi pendengar, memuat naik dan memuat turun podcast dan banyak lagi.

Bukan itu sahaja, podcaster juga boleh menjana pendapatan menerusi platform ini dengan cara sumbangan terhadap podcast yang anda hasilkan, penaja dan iklan dinamik.

2. Start Libsyn Podcast Website

Platform Libsyn ialah antara platform podcast yang terkenal di Malaysia.

Ianya diwujudkan untuk melahirkan lebih ramai podcaster yang hanya boleh dimulakan pada peringkat asas sehingga pakar dalam bidang podcast ini.

Banyak ciri-ciri yang disediakan kepada pengguna untuk dinikmati agar segala podcast yang dilakukan dapat dihasilkan dengan unik.

Menerusi platform ini, podcaster bebas untuk berkarya agar ianya mencapai matlamt individu dalam bidang podcasting ini.

  • Harga langganan bagi setiap bulan adalah $5.
buzzsprout podcast

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia