1Govuc: Cara Login Email Penuh mygovuc.gov.my

Portal Webmail 1GovUC dan cara login Email MyGovUC untuk digunakan sebagai emel rasmi penuh Penjawat Awam bagi kerajaan Malaysia, mygovuc.gov.my

portal webmail 1govuc login email penjawat awam

Anda tentu pernah login 1GovUC iaitu emel rasmi yang dikhaskan untuk penjawat awam jika anda berkhidmat dalam perkhidmatan awam.

Salah satu perkhidmatan yang disediakan oleh portal MyGovUC adalah emel selain menggabungkan saluran-saluran komunikasi email, instant messaging, persidangan video dan audio serta Sistem Pengurusan Identiti.

Artikel ini akan berkongsi lebih lanjut bagi yang pertama kali menggunakannya ataupun terlupa menggunakan sistem ini.

BACA SINI >> Tudm pengambilan: Permohonan Tentera Udara Diraja Malaysia

Apa Itu Login Portal MyGovUC 3.0

Ia adalah kolaborasi bersepadu yang diuruskan secara berpusat di MAMPU dan menawarkan perkhidmatan komunikasi.

portal emel penjawat awam

Perkhimatan yang menggabungkan saluran-saluran komunikasi seperti e-mel 1GovUC, instant messaging, persidangan video dan audio serta Pengurusan Identiti ini dapat memudahkan penjawat awam menggunakan perkhidmatan yang disediakan dalam satu pusat dan ia dijamin selamat untuk digunakan kerana ia dikawal sepenuhnya oleh kerajaan.

99.5 peratus adalah tahap kesediaan (availability) perkhidmatan untuk semua peralatan (perisian dan perkakasan) di dalam Pusat Data Sektor Awam (PDSA) yang bertempat di Cyberjaya dan Putrajaya.

BACA SINI >> Semakan Str 2025 Online Check Status Lulus atau Tidak

Perkhidmatan Webmail Malaysia MyGovUC

Ia menyediakan perkhidmatan seperti:

PERKARABUTIRANNYA
Emel 1GovUCAplikasi yang boleh digunakan oleh pengguna untuk berkomunikasi antara satu sama lain dalam bentuk mesej elektronik
Portal dan Media SosialTerdiri daripada Portal IPMS serta Portal Kolaboratif
Komunikasi Bersepadu (UC)Terdiri daripada Portal IPMS serta Portal Kolaboratif
Perkhidmatan Nilai Tambahseperti Big Mail Transfer (BMT), Pengarkiban E-mel, Perkhidmatan E-mel Relay (SMTP), ADRMS serta Perlindungan Keselamatan E-mel.

Cara Login Email 1GovUC

Untuk log masuk ke e-mel rasmi anda boleh merujuk langkah Single Sign On (SSO) untuk akses ke perkhidmatan Big Mail Transfer (BMT), emel Web (OWA) dan User Self Service

portal mygovuc login email
  1. Laman web http://www.1govuc.gov.my diklik dan login masuk
  2. Butang ‘Login SSO’ diklik
  3. Nama Pengguna dan Kata Laluan dimasukkan
  4. Servis yang hendak dicapai perlu diklik tanpa perlu memasukkan semula ID dan kata laluan.

NOTA: Perkhidmatan Big Mail Transfer (BMT) boleh digunakan oleh semua pengguna melalui Single Sign On (SSO) di pautan Portal.

Tips Housekeeping Webmail 1GovUC

Proses pembersihan atau ‘housekeeping’ perlulah sentiasa dilakukan oleh penjawat awam untuk mengoptimumkan fungsi serta penggunaan storan e-mel yang disediakan bagi mengelakkan penerimaan e-mel disekat apabila terlalu penuh.

Di sini kami kongsikan beberapa maklumat dan panduan di dalam video Tips Housekeeping E-mel ini.

Informasi Lanjut

Sila hubungi 03-7711 4646 atau e-mel vadsservicedesk@vads.com ataupun sdsfb@1govuc.com.my yang beroperasi Isnin hingga Jumaat, 8.30 pagi hingga 5.30 petang untuk sebarang pertanyaan atau bantuan tentang 1GovUC.

Anda juga boleh merujuk Portal Rasmi MyGOVUC DISINI

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia