Cara daftar, register dan login Ai Untuk Rakyat Malaysia untuk Kursus Belajar Online Artificial Intelligence free dan percuma
Kepintaran buatan (Artificial Intelligence) merupakan suatu teknologi yang dihasilkan dalam bentuk robot yang dijana daripada sistem komputer. Teknologi ini mempunyai kemampuan intelektual sama seperti manusia dan berfungsi mengikut cara pemikiran manusia.
Bukan itu sahaja, robot ini akan bertindak sepertimana manusia berdasarkan pengalaman, situasi dan masalah yang boleh menjalankan tugas-tugas yang kompleks dan rumit. Ianya diwujudkan untuk menggantikan tugasan kehidupan harian manusia secara meluas.
Dalam era digitalisasi pada masa kini, Malaysia kini berada di fasa Revolusi Industri 4.0 di mana kehidupan manusia pada hari ini adalah berasaskan sistem digital. Ianya berkembang dengan pesat di serata dunia yang didorong oleh teknologi AI ini sebagai pemangkin utama dalam pelbagai industri dan sektor.
Teknologi AI ini banyak digunakan dalam sektor-sektor penting seperti automotif, kewangan, khidmat pelanggan, data analisis, dan banyak lagi. Oleh itu, teknologi AI ini semakin popular dalam masyarakat di peringkat global kerana kepentingan dan kelebihannya memberi banyak manfaat kepada kehidupan manusia.
Cara Daftar Ai Untuk Rakyat di Portal kerajaan Malaysia
Program AI Untuk Rakyat ini diperkenalkan kepada semua lapisan masyarakat termasuklah ibu bapa, pelajar, golongan belia, senarai penjawat awam, pekerja swasta dan warga emas.
- BACA SINI >> malaysia fresh graduate salary
- BACA SINI >> kursus online percuma untuk penjawat awam
- BACA SINI >> Permohonan & Syarat Kemasukan Kolej Komuniti 2025
- BACA SINI >> kerja online dari rumah
Namun begitu, ianya lebih dialu-alukan kepada individu yang berminat untuk mempelajari teknologi AI digital ini.
Pendaftaran perlu dilakukan oleh individu yang berminat untuk menyertai program ini.
Ianya boleh dilakukan secara atas talian. Berikut merupakan cara-cara untuk membuat pendaftaran bagi program AI Untuk Rakyat;
- Layari laman sesawang ai gov my
- Klik pada butang “Daftar”.
- Kemudian, isi maklumat peribadi diri peserta yang diperlukan dengan betul dan lengkap.
- Seterusnya, klik pada butang “Hantar Kod Pengesahan”.
- Masukkan nombor OTP yang diterima oleh peserta menerusi telefon bimbit mereka dan klik pada butang “Sahkan & Daftar”.
- Akhir sekali, notifikasi pendaftaran berjaya dipaparkan
Cara Login AI Untuk Rakyat
Setelah pendaftaran berjaya dilakukan, peserta boleh mula log masuk ke akaun mereka untuk menyertai program AI Untuk Rakyat ini.
BACA SINI >> sppa kalkulator kenaikan gaji
Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun peserta;
- Layari laman sesawang ai gov my
- Klik pada butang “Log masuk”.
- Masukkan nombor telefon peserta dan klik pada butang “Hantar Kod Pengesahan”.
- Kemudian, masukkan nombor OTP dan klik pada butang “Sahkan”.
- Akhir sekali, halaman utama akan dipaparkan.
Berapa Bayaran Program AI Untuk Rakyat
Program AI Untuk Rakyat ini diwujudkan untuk menarik minat rakyat Malaysia untuk celik teknologi digital AI.
Penyertaan ini digalakkan untuk semua lapisan masyarakat di Malaysia. Penyertaan ini adalah secara atas talian.
Penyertaan program diperkenalkan oleh kerajaan secara percuma dan tiada bayaran yang dikenakan. Ianya adalah bertujuan untuk menggalakkan peserta mempelajari dan memahami penggunaan AI dalam dunia digitalisasi.
Bahkan, kerajaan memperuntukkan sejumlah dana bagi menjayakan program ini yang akan memberi impak positif terhadap ekonomi digital di Malaysia.
Berapa Lama Kursus AI Untuk Rakyat Untuk Belajar Online
Program AI Untuk Rakyat ini dibahagikan kepada dua (2) bahagian iaitu AI Aware (Kesedaran AI) dan AI Appreciate (Hargai AI).
Kedua-dua bahagian ini akan memperuntukkan masa kira-kira selama empat (4) jam untuk disiapkan. Setiap bahagian ini akan dilengkapi dengan pelbagai aktiviti dan kuiz yang menarik.
Lencana digital akan diberikan kepada peserta yang berjaya melengkapkan kedua-dua bahagian dalam program ini.
Kelebihan Daftar Program Bantuan AI Untuk Rakyat Malaysia
Program AI Untuk Rakyat ini diperkenalkan dan dilancarkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim bermatlamat untuk memberi banyak manfaat kepada rakyat Malaysia berkaitan dengan teknologi digital AI ini.
Matlamat utama penubuhan program ini untuk meningkatkan kesedaran dan kefahaman rakyat Malaysia terhadap teknologi baharu AI dalam kehidupan seharian manusia.
Tambahan pula, inisiatif kerajaan ini adalah bertujuan untuk mengurangkan jurang literasi digital dalam kalangan rakyat Malaysia.
Hal ini kerana negara kita telah bergerak ke arah meningkatkan penggunaan digital melibatkan semua urusan harian masyarakat.
Oleh yang demikian, pendekatan program ini adalah untuk memberi gambaran secara meluas dan menyeluruh berkaitan dunia AI. Kesannya, peserta AI yang menyertai program ini akan didedahkan dengan fahaman asas mengenai AI ini.
Konklusinya, program ini diharapkan dapat memberi impak positif kepada rakyat Malaysia yang mana ianya dapat diterima pakai sepenuhnya merentasi semua sektor dan industri di Malaysia.
Secara tidak langsung, ianya dapat meningkatkan ekonomi digital negara dan membuka lebih banyak peluang dalam dunia digital.
Cara Buat Duit dengan AI di Malaysia
Menerusi program AI Untuk Rakyat, peserta akan mempunyai ilmu pengetahuan yang mendalam berkaitan teknologi AI.
Teknologi AI ini bukan sahaja akan memudahkan urusan harian masyarakat, ianya bahkan boleh digunakan oleh masyarakat untuk menjana pendapatan melaluinya.
Oleh yang demikian, satu model telah dilancarkan pada November 2022 yang dikenali dengan ChatGPT.
Ianya boleh dilayari secara percuma dan ianya berfungsi untuk membantu pengguna untuk mempercepatkan kerja pengguna.
Tuntasnya, ChatGPT ini merupakan model yang dicipta dan dihasilkan oleh syarikat OpenAI, iaitu syarikat terbesar AI di dunia.
Model ini diwujudkan adalah bertujuan untuk membantu dalam bidang penulisan, perbualan dan banyak lagi.
Individu boleh menjana pendapatan menerusi model ChatGPT ini dengan membuat servis proofreading dan sunting, menjadi penulis yang power, membantu dalam melakukan pemasaran digital, membina AI Chatbot untuk urusan perniagaan dan banyak lagi.
Tahukah anda ada rakyat Malaysia yang berjaya buat duit dengan ai Malaysia dari serendah rendah RM1200 sebulan sehingga puluhan ribu sebulan dengan pelbagai servis yang ditawarkan.
FAQ
1. Apa itu Program bantuan AI terbaru ini oleh kerajaan Malaysia?
Kerajaan mensasarkan lebih satu (1) juta rakyat Malaysia terutamanya golongan pelajar dan penjawat awam untuk melibatkan diri mereka dalam program ini.
2. Apa matlamat program Artificial Intelligence untuk rakyat Malaysia ini?
Menerusi program ini juga, peserta akan diberikan pendedahan asas mengenai dunia AI yang semakin pesat berkembang di dalam dunia digital pada masa kini.
Servis-servis AI ini secara tidak langsung membolehkan individu menjana pendapatan mereka menerusinya secara pasif.
Oleh itu, banyak peluang pekerjaan dapat dibuka untuk semua lapisan masyarakat dan pertumbuhan ekonomi dapat ditingkatkan.