Cara Daftar Shopee Food Rider Malaysia: Register Shopeefood Rider Delivery & Shoppe Voucher Code 2023
Ia adalah satu perkhidmatan atau servis penghantaran makanan yang ditawarkan melalui aplikasi shoopee food secara atas talian yang dihantar melalui perkhidmatan rider.
BACA SINI >> tarikh bayaran str 2024
Pengguna platform Shopee kini boleh membuat pesanan makanan secara atas talian dan dihantar terus ke rumah seperti aplikasi GrabFood dan FoodPanda. Pesanan melalui Shopeefood Rider ini hanya tertakluk kepada pengguna yang tinggal di Lembah Klang, Johor Bahru, Penang dan Sabah.
Bagi pengguna yang berada diluar lokasi tersebut, mereka tidak dapat mengakses fungsi tempahan makanan daripada mereka. Hal in kerana, persaingan di antara Grab dan Food Panda terlalu sengit sehingga menyebabkan ShopeeFood Malaysia masih mempertimbangkan usaha mereka dalam memperkenalkan shopeefood ini kepada masyarakat.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Daftar Shopee Food Rider Malaysia
BACA SINI >> Shopee voucher code: baucer diskaun & free shipping
Shopeefood Malaysia banyak membuka peluang pekerjaan kepada anak muda pada hari ini.
- BACA SINI >> Cara aktifkan shopeepay top up
- BACA SINI >> budi madani.gov.my
- BACA SINI >> Cara join shopee seller center
Bagi individu yang berminat untuk buat ShopeeFood registration, berikut merupakan cara daftar shoope food yang perlu diikuti iaitu;
- Pemohon hendaklah melayari laman sesawang https://shopee.com.my seperti pada Rajah di bawah ini
- Kemudian, pemohon akan dipaparkan dengan halaman khas serta-syarat shoppe food rider untuk mula memohon.
- Seterusnya, tekan butang “Daftar” untuk mulakan proses register shopee food rider.
- Pemohon akan dipaparkan dengan Borang Pendaftaran Rakan-Penghantar ShopeeFood Malaysia (Klang Valley) yang juga boleh didapati melalui laman sesawang https://docs.google.com seperti pada Rajah di bawah ini.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat yang diperlukan dengan tepat dan betul bagi memboleh proses daftar rider shopee food tiada sebarang masalah
- Setelah semua maklmat diisi mengikut panduan cara daftar shoppe food rider register yang dikongsikan seperti di atas ini, tekan pada butang “Submit” untuk menghantar permohonan anda.
- Proses permohonan shopeefood rider register yang berjaya akan diemel dan pemohon boleh mula bekerja sebagai Shopeefood driver.
Syarat Kelayakan Shoppe Food
Bagi memastikan permohonan sebagai driver berjaya dan diluluskan oleh pihak Shopee, pemohon mestilah memenuhi semua syarat-syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
BACA SINI >> temu affiliate ok ke
Antara syarat kelayakan yang wajib dipenuhi ialah;
- Pemohon mestilah merupakan rakyat yang memegang kewarganegaraan Malaysia.
- Pemohon hendaklah sekurang-kurangnya berumur 18 tahun dan keatas.
- Pemohon perlulah tinggal di sekitar Kuala Lumpur, Johor Bahru, Penang dan Sabah sahaja kerana Shopeefood ini hanya terdapat di kawasan-kawasan ini sahaja.
- Pemohon mestilah mempunyai motosikal persendirian.
- Pemohon juga perlu mempunyai lesen motosikal yang sah menurut Jabatan Pengangkutan Jalanraya (JPJ).
- Pemohon mesti mempunyai telefon bimbit.
- Pemohon hendaklah tidak mempunyai rekod jenayah PDRM dan tidak disenaraihitamkan di platform Shopee.
Bagi individu atau pemohon yang gagal memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan, permohonan mereka berkemungkinan akan ditolak.
Dokumen Penting Untuk Join ShopeeFood Rider
Proses permohonan daftar shopee rider register mestilah lengkap dengan maklumat yang tepat dan betul serta ada beberapa dokumen penting yang perlu dilampirkan oleh seseorang pemohon.
Antara dokumen penting yang diperlukan untuk meluluskan permohonan anda sebagai ShopeeFood Rider adalah;
- Gambar swafoto sebagai Rider.
- Gambar Salinan kad pengenalan pemohon.
- Salinan lesen motosikal yang digunakan untuk membuat perkhidmatan sebagai rider.
- Dokumen berkaitan maklumat akaun bank pemohon yang sah.
- Dokumen berkaitan maklumat motosikal, cukai jalan dan geran motosikal.
Cara Semakan Status ShopeeFood Register Lulus atau Tidak
Bagi menyemak semak status pemohonan Shopeefood Rider anda lulus atau tidak, pihak Shopee akan menghubungi pemohon untuk memaklumkan status permohonan anda.
Permohonan yang berjaya biasanya akan diberitahu atau dimaklumkan melalui sistem penghantaran mesej (SMS) kepada nombor telefon bimbit berdaftar pemohon.
Sekiranya permohonan anda berjaya, pihak Shopee akan memberi peluang kepada Shopeefood Rider yang baru menjalani sesi latihan secara atas talian.
Sesi latihan ini penting untuk memberi pendedahan kepada rider baru bagi menawarkan servis terbaik kepada pengguna / pelanggan shopee.
Berapa Potensi Pendapatan & Income ShopeeFood Delivery Rider
Gaji shopee food dan Pendapatan bulanan bagi rider adalah minimum RM2000 setiap bulan dan berkemungkinan bertambah mengikut komisen yang diperolehi oleh seseorang rider jika mereka mengambil pesanan yang banyak.
Pendapatan mereka adalah fleksibel pada setiap bulan mengikut kepada kerajinan dan usaha mereka menerima dan menghantar pesanan makanan kepada pelanggan.
Rajah dibawah menunjukkan kadar bayaran shopee rider payment yang menerima dan menghantar pesanan makanan.
Daftar Shopee Food Merchant Malaysia
Pemilik restoran, gerai, kafe, trak makanan dan gerai penjaja boleh memilih untuk berdaftar dengan Shopeefood untuk menjadi merchant (peniaga).
Bagi yang berdaftar di platform ini, makanan dan minuman jualan mereka akan dipaparkan di aplikasi Shopee untuk para pelanggan memesan secara atas talian.
Berikut adalah cara untuk mendaftar sebagai merchant bagi kedai makan dan restoran iaitu;
- Pemilik kedai makan atau restoran boleh membuat permohonan melalui laman sessawang https://shopee.com.my seperti pada Rajah di bawah
- Klik pada butang “Sign Up Now” untuk mengisi borang permohonan dan dokumen-dokumen seperti kad pengenalan pemilik, maklumat penyata bank akaun premis, gambar premis atau kedai hendaklah dilampirkan beserta dokumen terma dan syarat yang dimuat naik kemudian ditandatangi oleh pemohon / pemilik.
- Selepas itu, pemohon boleh menghantar borang permohonan serta dokumen-dokumen yang diperlukan untuk diproses dan disemak oleh pihak Shopee.
- Bagi permohonan yang berjaya, pihak Shopee akan membuka akaun untuk pemohon sebagai pemilik premis atau kedai di sistem.
- Satu set kelayakan masuk akan dihantar melalui emel kepada pemohon.
- Setelah akaun telah tersedia, pemohon bolehlah mula memuatnaik menu makanan yang ingin dijual di platform ini melalui pautan yang telah dihantar menerusi emel pemohon.
- Akhir sekali, pihak Shopee akan menyemak setiap menu yang telah dimuatnaik dan menghubungi anda untuk membuat pengesahan maklumat berkenan menu yang dipaparkan jika perlu.
- Setelah menu pemohon melepasi garis panduan yang ditetapkan, menu pemohon akan dipaparkan di platform sedia ada untuk urusan pemesanan.
Shopee Food Voucher Code 2023
Dengan bayar mengggunakan Shopeepay, anda boleh dapat diskaun dari RM4, RM6 sehingga ke RM8 tanpa guna sebarang promo code ataupun shopeefood voucher