Harga Tiket Sunway Lagoon Ticket Price 2023: Tiket Murah Theme Park & Night Safari
Sunway Lagoon theme park merupakan sebuah taman tema hiburan yang terbesar dan terbaik di Malaysia. Ianya terletak di Bandar Sunway, Petaling Jaya.
Terdapat lebih daripada 90 tarikan yang disediakan di taman tema ini termasuklah taman air (water park), taman ria (adventure park), taman haiwan (wildlife park), taman seram (scream park) dan juga taman aksi lasak (extreme park). Jelaslah, SunwayLagoon menjadi tarikan utama para pelancong tempatan dan pelancong asing disebabkan oleh keseronokkan yang disajikan oleh taman tema ini.
Bukan itu sahaja, dengan keluasan 80 ekar, taman tema ini berjaya menjadikan ia sebagai sebuah taman tema yang mesra pengunjung, di mana ianya sesuai untuk semua lapisan masyarakat.
Biasanya jualan ticket Sunway Lagoon malaysia melonjak tinggi termasuk tempahan sunway hotel apabila menerima kunjungan pengunjung yang begitu ramai pada setiap tahun terutamanya pada cuti umum dan cuti hujung minggu. Segala fasiliti dan permainan yang ditawarkan memberi keseronokkan dan kepuasan kepada pengunjung.
Senarai Harga Tiket Sunway Lagoon 2023 Theme Park
Sunway Lagoon menawarkan 90 tarikan permainan di taman tema ini.
- BACA SINI >> Hotel melaka ada swimming pool yang murah dan best
- BACA SINI >> Tempat menarik di kl percuma
- BACA SINI >> Tempat menarik di ipoh
Pengunjung perlu membayar harga tiket untuk merasai semua tarikan Sunway Lagoon ini.
Tiket yang dibeli akan membolehkan para pengunjung untuk mengakses taman tema Sunway Lagoon ini.
Berikut merupakan senarai harga tiket di Sunway Lagoon theme park;
TAMAN TEMA | INDIVIDU | HARGA (RM) |
---|---|---|
Sunway Lagoon Theme Park | Warganegara Malaysia: Dewasa (12 tahun ke atas) Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) Warga Emas Bukan Warganegara Malaysia: Dewasa (12 tahun ke atas) Kanak-kanak (12 tahun ke bawah) Warga Emas | RM145 RM120 RM120 RM213 RM178 RM178 |
Extreme Park | Bungee Jumping: Warganegara Malaysia Pelancong Asing G-Force X: Warganegara Malaysia Pelancong Asing Go-Kart: Warganegara Malaysia Pelancong Asing | RM80 RM138 RM32 RM64 RM22 RM27 |
Pembelian tiket boleh dibuat di laman portal rasmi Sunway Lagoon malaysia di sunwaylagoon seperti pada Rajah di bawah ini.
BACA SINI >> sunway belfield review
Cara Dapatkan Tiket Sunway Lagoon Murah di Klook
BACA SINI >> tempat menarik percuma di selangor
Tiket Sunway Lagoon juga boleh didapati menerusi aplikasi KLOOK.
Kebiasaanya, pembelian tiket menerusi aplikasi KLOOK adalah lebih murah berbanding menerusi portal rasmi Sunway Lagoon.
Berikut merupakan cara-cara untuk mendapatkan tiket Sunway Lagoon ticket price menerusi aplikasi KLOOK;
- Muat turun aplikasi KLOOK di telefon bimbit pengguna atau layari laman sesawang klook seperti pada Rajah seperti di atas ini
- Klik pada bahagian “Search Destination” dan taip “Sunway Lagoon Theme Park Ticket” di ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang “Search”.
- Paparan pilihan tiket Sunway Lagoon akan dipaparkan.
- Klik pada butang “Select Option”.
- Senarai pakej tiket sunway theme parkakan dipaparkan.
- Pengguna hendaklah memilih mana-mana pakej yang diinginkan dan klik pada butang “Select Option”.
- Kemudian, pilih tarikh dan bilangan orang yang memasuki taman tema ini.
- Klik pada butang “Book Now”.
- Masukkan butiran maklumat yang dikehendaki dengan lengkap dan klik pada butang “Continue to Payment”.
- Akhir sekali, bayaran mestilah dibuat dengan memilih mana-mana kaedah pembayaran dan tiket tersebut akan diemelkan menunjukkan tiket berjaya dibeli.
Harga Ticket Sunway Lagoon Promotion 2023
BACA SINI >> tempat best di sabah
Sunway Lagoon juga menawarkan tiket pada harga promosi pada tarikh-tarikh tertentu bagi menggalakkan pengunjung untuk merasai keseronokkan di taman tema ini.
Ini merupakan antara strategi pemasaran syarikat Sunway Lagoon untuk menarik lebih ramai lagi pengunjung.
Antara promosi sunway lagoon ticket price 2023 yang ditawarkan adalah seperti berikut;
- Potongan harga tiket sehingga 50 peratus bagi pembelian pass 2 hari.
- Potongan harga sunway lagoon ticket price sehingga RM40 bagi pembelian 2 tiket di aplikasi Shopee.
- Potongan harga dengan pembelian tiket menerusi aplikasi Trip.com.
Promosi yang ditawarkan Sunway Lagoon Kuala Lumpur boleh didapati di link sunwaylagoon seperti pada Rajah di bawah ini
Pengalaman Sunway Lagoon Theme Park, Review Best Tak
Sunway Lagoon merupakan taman tema hiburan yang terbesar di Malaysia.
Setiap rakyat Malaysia mestilah mengunjungi taman tema ini sekurang-kurangnya sekali seumur hidup untuk merasai semua aktiviti di taman tema in.
Ia juga berbeza dengan taman tema lain yang terdapat di Malaysia. Walaupun harga tiketnya agak mahal, tetapi pengunjung akan berpuas hati dengan fasiliti dan aktiviti yang disajikan.
Pastinya, ia akan menjadi memori percutian yang paling menarik bagi sesebuah keluarga terutamanya kanak-kanak.
- Taman tema air yang berkonsepkan Waters of Africa dan Surf Beach memberi keseronokkan kepada pengunjung.
- Pada bahagian Waters of Africa, terdapat tiga (3) jenis gelongsor yang mencabar iaitu Congo Challenge, Cameroon Climb dan African Pythons.
- Manakala pada bahagian Surf Beach, pengunjung akan berpeluang untuk bermain papan luncur di kawasan pantai buatan yang ditambah dengan ombak yang menakjubkan.
Berbezanya Sunway Lagoon dengan taman tema lain adalah adanya jambatan gantung sepanjang 428 meter.
Taman ini dikenali dengan taman ria yang terbahagi kepada 2 bahagian iaitu Wild Wild West Park dan World of Adventure Park.
Pada bahagian ini, pengunjung akan merasai pengalaman bermain aktiviti lasak yang lebih mencabar. Taman ini lebih menfokuskan pada permainan yang tidak melibatkan air.
Selain itu, terdapat juga zoo mini yang menempatkan pelbagai spesis flora dan fauna.
Tambahan pula, terdapat juga pertunjukkan haiwan kepada pengunjung.
Pada tahun 2008, Extreme Park dan scream park sunway lagoon diwujudkan bagi menambahkan lagi aktiviti di Sunway Lagoon.
Antara permainan yang disediakan ialah ATV, go-kart, paintball, flying fox, Pontianak Theater of Fear dan pawagam 3D.
Kesemua pengalaman ini hanya boleh dirasai jika anda berkunjung ke Sunway Lagoon ini. Pengalaman ini pasti tidak dapat dilupakan oleh setiap individu.
Tuntasnya, sesiapa sahaja yang masih lagi tidak tahu untuk menghabiskan waktu cuti mereka dimana boleh cuba ke Sunway Lagoon KL untuk merasai sendiri pengalaman bermain di taman tema ini.
Sunway Lagoon Fright Night 2023
Sunway lagoon fright of night ini dihasilkan oleh Lynton V harris dibuka untuk anda yang berminat. Akan ada 8 rumah hantu, 1 persembahan teater seram, 2 kawasan dan zon yang menyeramkan, 11 ride yang mengujakan serta tidak lupa juga 2 show untuk hiburan anda yang hadir.
Maklumat lanjut berkaitan Sunway lagoon fright of night boleh terus klik pada link pautan ini, online portal sunwaylagoon
Sunway Night Park
Harga sunway lagoon night park ticket masuk adalah bermula RM60 untuk dewasa dan RM55 untuk kanak kanak. Maklumat lanjut boleh terus rujuk di sini, sunwaylagoon
Hotel Best Dekat Sunway Lagoon Resort Theme Park
Sunway Resort, Sunway Pyramid Hotel dan Dorsett Grand Subang Hotel merupakan antara hotel 5 bintang yang terletak paling dekat dengan taman tema Sunway Lagoon.
Berikut merupakan info ringkas berkenaan 3 hotel ini yang wajib menjadi pilihan pengunjung sebagai penginapan jika ingin ke Sunway Lagoon;
1. Sunway Resort Hotel Kuala Lumpur
Sunway Resort merupakan sebuah resort yang terletak bersebelahan dengan Sunway Lagoon.
Pengunjung akan berpeluang untuk mengakses Sunway Lagoon secara terus menerusi resort ini.
- Resort ini merupakan penginapan 5 bintang yang menawarkan permandangan taman tema Sunway Lagoon.
- Bilik hotel yang ditawarkan juga sangat selesa dan luas sesuai untuk penginapan keluarga.
- Terdapat 13 jenis bilik yang disediakan dengan kadar harga bagi semalaman penginapan bermula daripada harga RM400.
- Ia terletak 5 minit perjalanan kaki daripada Escape Penang.
- Info lanjut berkenaan hotel ini boleh dilayari di laman sesawang sunwaypyramid.
2. Sunway Pyramid Hotel
Sunway Pyramid Hotel merupakan sunway hotel 5 bintang yang terletak di tengah-tengah Bandar Sunway.
- Pelbagai suite atau bilik hotel yang mewah ditawarkan yang bermula dengan kadar harga RM700 semalaman.
- Menariknya sunway hotel ini adalah terdapatnya taman tema air mini yang tersendiri dan juga hidangan makanan yang bertaraf antarabangsa.
- Ianya dibina kepada pengunjung yang mencari keselesaan dan kemudahan untuk berjalan sekitar hotel.
- Hotel ini juga mempunyai akses secara terus dengan pusat beli belah Sunway dan Sunway Lagoon.
- Info lanjut berkaitan dengan resort ini boleh didapati di laman sesawang sunwayhotels
3. Dorsett Grand Subang Hotel
Dorsett Grand Subang Hotel merupakan hotel 5 bintang yang terletak di tengah-tengah Subang Jaya. Di hotel ini, terdapat kolam bahagian luar dan terletak berdekatan dengan pusat beli belah Sunway.
- Terdapat 4 jenis bilik mewah yang disediakan seperti Club Double, Executive Suite, Deluxe Double dan Dorsett Twin.
- Banyak lagi fasiliti yang canggih dan mewah disediakan sesuai dengan harga penginapan semalaman yang bermula dengan kadar harga RM500.
- Ianya terletak 10 minit perjalanan ke Sunway Lagoon.
- Info lanjut berkaitan dengan hotel ini boleh dilayari di laman sesawang dorsetthotels
Waktu Operasi Sunway Lagoon Resort
Sunway Lagoon KL boleh dikunjungi pada setiap Rabu sehingga Isnin.
Sunway Lagoon Kuala Lumpur ini ditutup pada setiap hari Selasa atas tujuan penyelenggaraan keselamatan bagi taman tema tersebut.
Waktu operasi Escape Penang adalah pada jam 10 pagi sehingga 6 petang