Yes 5g Plan Malaysia: Free Sim Card & Phone Percuma

Yes 5g Plan Malaysia: Free Sim Card & Phone Percuma

yes 5g plan malaysia 2022

YES merupakan sebuah syarikat yang didaftarkan di bawah syarikat YTL Communications Sdn Bhd. Ia merupakan sebuah syarikat yang menawarkan pelan pengendalian rangkaian mudah alih 4G yang pertama di Malaysia.

BACA SINI >> Digi postpaid prepaid plan: cara topup & pay bill payment

Bukan itu sahaja, YES juga merupakan antara syarikat yang terawal memperkenalkan internet kepada masyarakat sehingga ianya menjadi satu keperluan pada hari ini.

Tidak dapat disangkal lagi, penggunaan internet dalam kalangan masyarakat sangat aktif sehingga boleh dikatakan 99 peratus masyarakat dunia menggunakan internet.

Yes 5g Plan Malaysia 2022

Penggunaan internet yang semakin tinggi disebabkan oleh kepesatan teknologi hari ini menjadikan rangkaian jalur lebar yang dihasilkan mestilah laju seiring dengan penggunaannya.

Oleh itu, YES memperkenalkan pakej pelan YES 5G bagi meningkatkan kelajuan internet di telefon bimbit pengguna bagi memudahkan urusan pengguna.

Rangkaian 5G ini 100 kali ganda daripada rangkaian 4G. Pakej yang ditawarkan di bawah pelan YES 5G ialah YES Infiniti, YES Infinite+ dan YES Prabayar FT5G Unlimited. 

yes 5g malaysia

BACA SINI: Dapatkan pelan postpaid plan terbaik dan murah untuk maxis digi celcom dan umobile di Malaysia sekarang ini

Senarai Pakej Prepaid Yes Plan

BACA SINI >> Bantuan Internet percuma selama setahun

YES menawarkan banyak pakej plan yang berbaloi kepada pengguna supaya mereka dapat menikmati penggunaan internet dengan baik.

Salah satu pakej yang ditawarkan ialah pakej pelan prepaid YES.

Pakej pelan prepaid YES dikenali sebagai YES Prabayar FT5G Unlimited.

Harga langganan bermula dengan harga RM30. Ciri-ciri yang ditawarkan adalah seperti berikut;

yes prepaid

Package Yes Postpaid Plan

Pada masa kini, internet menjadi satu keperluan kepada masyarakat untuk berhubung antara satu sama lain merentasi negeri dan negara.

Oleh itu, penggunaan pakej pelan postpaid antara langganan yang paling tinggi di YES.

Antara pakej pelan postpaid yang ditawarkan oleh YES ialah YES Infinite Basic, YES Infinite Standard, YES Premium Infinite dan YES Infinite Ultra.

Harga langganan adalah bermula RM58 sebulan sehingga RM178 sebulan.

Perkara-perkara yang ditawarkan di bawah pakej ini ialah seperti berikut;

yes postpaid

Yes Infinate

Perkhidmatan YES ini boleh dilanggan di laman sesawang www.yes.my atau di mana-mana cawangan YES yang terdapat di tempat anda.

Pelan pakej YES Infinite ini terbahagi kepada 4 peringkat iaitu asas, standard, premium dan ultra.

Ia menawarkan data 5G dan 4G berkelajuan penuh tanpa had kepada pelanggan yang memudahkan para pelanggan melayari internet tanpa gangguan internet. Pakej YES Infinite juga menawarkan panggilan tanpa had kepada semua pelanggan.

Selain itu, pelanggan juga berpeluang untuk memperoleh telefon pintar 5G secara percuma di mana ianya tertakluk kepada terma dan syarat yang dikenakan oleh pihak syarikat YES.

Tambahan pula, pengguna pakej pelan YES Infinite berpeluang untuk menikmati kelajuan internet 20 kali lebih pantas dengan sambungan pelan YES Infinite ini.

Pelan ini boleh didapati dengan harga serendah RM58 sebulan. Harga langganan ini bergantung kepada kategori pelan yang dipilih oleh pelanggan.

Kadar bulanan tetap menjamin pengguna untuk menikmati langganan tanpa caj tambahan. 

Secara tuntasnya, ramai pelanggan memilih YES Infinite untuk menikmati kelebihan-kelebihan yang ditawarkan oleh syarikat YES dengan harga berpatutan. 

Yes Login Untuk Buat Yes Payment

YES mempunyai aplikasi secara atas talian untuk membolehkan pembayaran secara atas talian di mana ia dapat memudahkan pengguna.

Sistem YES ini boleh dimuat turun melalui Google Play atau Apps Store.

Setelah memuat turun aplikasi YES, kemudian pelanggan boleh log masuk ke dalam sistem tersebut untuk membuat pembayaran.

Berikut merupakan langkah-langkah yang perlu diikut untuk membuat pembayaran;

  1. Log masuk ke aplikasi YES.
  2. Masukkan ID YES anda dan klik pada “YES Express Payment”.
  3. Akhir sekali, anda boleh terus membuat pembayaran berdasarkan pakej pelan yang perlu dibayar secara bulanan atau mingguan.

Cara Topup Yes Prepaid

YES Prepaid boleh ditambah nilai melalui tiga (3) cara. Berikut merupakan cara-caranya;

  1. Anda boleh memuat naik aplikasi YES di telefon bimbit dan menambah nilai secara atas talian.
  2. Anda juga boleh menambah nilai menerusi portal rasmi YES. 
  3. Anda boleh menambah nilai YES Prepaid anda melalui SMS. Taip REL<jarak>Nombor YES<jarak>Kod Tambah Nilai dan hantar ke nombor 018 3301111.

Cara Dapatkan Yes 5g Free Phone

Bila disebut soal percuma, sangat mustahil untuk mendapatkan telefon pintar pada masa kini secara percuma.

Namun, syarikat YES menawarkan telefon pintar yang dilengkapkan bersama data 5G menerusi permohonan pakej pelan YES Infinite+.

Pelanggan boleh mendaftar pelan ini secara atas talian dan menerima telefon pintar yang tersenarai di dalam pakej pelan yang dipilih oleh pelanggan.

Walaubagaimanapun, langganan kepada pelan tersebut mestilah dibayar dengan tempoh kontrak selama 36 bulan. 

Bagi pelanggan yang berminat, mereka boleh mengikuti langkah-langkah di bawah bagi mendapatkan telefon bimbit percuma YES 5G;

yes 5g free phone
  1. Pelanggan perlu melayari laman sesawang www.yes.my yes phone percuma
  2. Kemudian, pelanggan boleh memilih pakej pelan langganan mengikut bajet pelanggan kerana ianya menjadi komitmen bulanan kepada pelanggan.
  3. Antara pakej yang disediakan adalah asas, standard, premium dan ultra. Keempat-empat kategori ini menawarkan model telefon bimbit yang berbeza mengikut kadar bulanan pakej yang dipilih.
  4. Kemudian, klik pada butang “Tunjukkan Telefon Percuma”. 
  5. Seterusnya, pelanggan perlu membuat semakan kelayakan terlebih dahulu dengan memasukkan nama, nombor kad pengenalan, nombor telefon bimbit, tarikh lahir dan alamat emel dan klik pada butang “Semak Kelayakan”.
  6. Jika pelanggan tersebut layak, pengesahan kad pengenalan perlu dibuat dengan memuat naik kad pengenalan.
  7. Masukkan butiran penghantaran supaya ianya sampai ke rumah anda. 
  8. Klik pada butang “Semak dan Pesan”.
  9. Akhir sekali, pelanggan perlu membayar pakej langganan yang dibuat secara bulanan sehingga tempoh kontrak tersebut tamat.

Cara Mohon Yes Sim Card

Syarikat YTL Communication menawarkan pakej YES bersama pakej sim YES 5G secara percuma kepada rakyat Malaysia di bawah pakej yang dikenali sebagai YES X SIM Percuma Frog.

Tujuan pemberian sim secara percuma adalah untuk menggalakkan lebih ramai pelanggan melanggan bersama YES.

Pelanggan yang memenuhi syarat boleh memohon SIM secara percuma melalui YES Online Store dan laman sesawang YES FT5G.

Pendaftaran boleh dibuat dengan mengisi maklumat peribadi bersama alamat penghantaran SIM kad tersebut.

Individu yang layak mengikut terma dan syarat YTL Communication akan menerima emel pengesahan berkenaan dengan SIM percuma itu.

Setelah disahkan berjaya menerima SIM percuma, penghantaran akan dibuat ke alamat yang berdaftar. Penjejakan boleh dibuat jika penghantaran mengambil masa terlalu lama.

Cara Check Yes Coverage

Liputan YES 5G meliputi seluruh kawasan di Malaysia dengan kelajuan tanpa had.

Untuk menentukan liputan kawasan anda sama ada laju ataupun perlahan, anda boleh memeriksa liputan tersebut dengan melayari laman sesawang www.yes.my seperti pada Rajah di bawah ini

yes coverage

Pelanggan perlu memasukkan alamat kawasan mereka untuk mengetahui liputan di kawasan keberadaan mereka di ruangan “Search YES Coverage”.

Peta akan menunjukkan sama ada kawasan mereka mempunyai liputan yang kuat atau tidak. Ini akan memudahkan pelanggan untuk melanggan YES.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia