Cara Daftar BPH Login Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan Langkawi Pulau Pinang Penang Cameron Highland Port Dickson yang murah 2023
Pihak kerajaan menyediakan banyak kelebihan dan kemudahan kepada penjawat awam, antaranya termasuklah Rumah Peranginan Persekutuan (RRP). Kemudahan ini adalah merupakan tempat penginapan yang disediakan oleh Bahagian Pengurusan Hartanah kepada semua kakitangan kerajaan yang ingin bercuti.
Kemudahan ini diberikan bertujuan untuk meningkatkan tahap kualiti percutian kakitangan awam serta menjimatkan kos penginapannya yang murah.
Terdapat tiga (3) kategori RRP yang disediakan iaitu Rumah Peranginan Persekutuan Premier, Eksekutif dan Rumah Transit yang terdiri daripada banglo, apartmen, bilik hotel, dorm, rumah rehat dan banyak lagi. Rumah-rumah yang disediakan ini pastinya selesa dari segi fasiliti yang canggih dan keselesaan yang terjamin.
BACA SINI >> Cara dapatkan penginapan percutian bajet di melaka
Senarai Kandungan Penting:
Cara Daftar BPH Online 2023
Bagi penjawat awam yang ingin membuat tempahan untuk kediamaan ketika percutian, anda perlu mempunyai mendaftar akaun di portal Bahagian Pengurusan Hartanah.
- BACA SINI >> investment property malaysia
- BACA SINI >> Projek perumahan melaka
- BACA SINI >> buy condo in kuala lumpur
Berikut merupakan cara untuk mendaftar akaun di portal rasmi;
- Pengguna perlu melayari laman sesawang www.bph.gov.my untuk mendaftar akaun pengguna.
- Klik pada “Klik Di Sini” seperti pada Rajah di bawah ini untuk pendaftaran pengguna baru.
- Seterusnya, pengguna hendaklah mengisi semua maklumat yang diperlukan dan memilih kategori pengguna yang sesuai sama ada sebagai penjawat awam, badan berkanun atau pengguna awam. Setelah semua maklumat diisi dengan lengkap, klik pada butang “Daftar”
- Sistem BPH akan memaparkan notifikasi “Pendaftaran Berjaya” jika maklumat yang diisi oleh pengguna lengakap dan notifikasi “Pendaftaran Tidak Berjaya” akan dipaaprkan jika maklumat yang diisi adalah salah dan pengguna perlu membuat pindaan.
- Bagi yang berjaya, maklumat User ID dan Kata Laluan akan dihantar melalui emel.
- BACA SINI >> Semak sekarang berapa klcc aquaria ticket price
- BACA SINI >> Daftar lppsa lembaga perumahan penjawat awam
Semakan Masuk Sistem Bersepadu BPH Login
Pengguna yang berjaya berdaftar secara sah sahaja akan boleh mula login masuk ke portal Bahagian Pengurusan Hartanah. Berikut merupakan cara untuk login masuk portal;
- Pengguna perlu melayari laman sesawang portal rasmi BPH
- Kemudian, masukkan MyID dan Kata Laluan yang diterima melalui emel dan klik pada “Daftar Masuk”.
- Pengguna akan dipaparkan dengan skrin laman utama akaun seperti pada Rajah di bawah ini mengikut kategori yang anda daftarkan.
Cara Mohon Sewa Kuaters Kerajaan
Setiap kakitangan awam yang berminat untuk tinggal di kuarters kerajaan, mereka boleh membuat permohonan di laman portal rasmi. Berikut merupakan cara untuk membuat permohonan tinggal di kuarters kerajaan;
- Pengguna perlu mendaftar masuk ke akaun.
- Pengguna hendaklah klik ke bahagian “Dashboard” dan seterusnya klik pada “Permohonan Kuarters”.
- Pemohon mestilah mengisi semua maklumat di bahagian maklumat pemohon termasuklah maklumat peribadi, makumat pekerjaan dan maklumat kelainan upaya jika ada.
- Akhir sekali, pada bahagian perakuan, pemohon perlu klik pada butang “Hantar Permohonan” untuk menghantar permohonan yang dibuat.
- Jika permohonan pemohon diluluskan, pemohon akan diberikan nombor giliran dan anda dikehendaki untuk menunggu nombor giliran tersebut untuk diproses oleh unit kuarters BPH.
- Pemohon akan ditawarkan kuarters kerajaan apabila nombor giliran anda telah sampai dan terdapat kekosongan.
Cara Permohonan Rumah Peranginan Persekutuan Online 2023
Menempah tempat percutian merupakan antara salah satu benda penting dalam merancang percutian.
Kakitangan kerajaan yang ingin bercuti dan menginap, mereka boleh menempah secara atas talian.
Berikut merupakan cara untuk menempah, iaitu;
- Pengguna boleh melayari laman sesawang sbbph https://sbbph.bph.gov.my seperti pada Rajah di atas ini
- Pengguna perlu membuat pendaftaran pengguna terlebih dahulu bagi pendaftar kali pertama dan pengesahan kepada akaun baru akan dihantar melalui emel. Setelah akaun disahkan, pengguna perlu masukkan MyID dan Kata Laluan untuk log masuk dengan klik pada butang “Daftar Masuk”.
- Seterusnya, pengguna mesti memilih kategori rumah yang ingin didiami dengan klik pada tab “RPP Premium/ Eksekutif” atau “Rumah Transit”.
- Selepas itu, klik pada bahagian “Tempahan Baru” untuk membuat tempahan. Skrin akan paparkan senarai rumah yang ada sesuai dengan gred penjawat awam.
- Kemudian, pengguna perlu memasukkan tarikh untuk mengetahui terdapat kekosongan RPP atau tidak pada tarikh tersebut. Jika tiada, pengguna perlu memasukkan tarikh yang lain. Jika ada, masukkan sekali lagi tarikh yang dikehendaki tersebut.
- Pengguna seterusnya perlu klik pada butang “Tempah Sekarang” untuk membuat tempahan.
- Pengguna hendaklah membuat bayaran deposit sebanyak RM50 terlebih dahulu untuk mengesahkan tempahan.
- Akhir sekali, setelah bayaran deposit dibuat, pengguna perlu cetak surat tempahan sebagai bukti penginapan untuk ditunjukkan pada penyambut tetamu ketika hari percutian dan membuat bayaran penuh pada hari menginap.
Kadar Bayaran Sewa Rumah Peranginan Persekutuan
Rumah Percutian Penjawat awam ini terbahagi kepada dua (2) kategori yang berbeza, di mana kedua-duanya mempunyai kadar sewa yang berbeza.
Berikut merupakan senarai RPP dan kadar sewa bagi penginapan untuk semalaman yang perlu dibayar oleh kakitangan awam jika mereka memilih untuk menginap di RPP.
i. Bantuan Rumah Peranginan Persekutuan Premium
ii. Rumah Peranginan Eksekutif Kakitangan Kerajaan
Ada banyak pilihan rumah peranginan persekutuan kerajaan di Pulau Pangkor, Tasik Kenyir, Pulau Pinang Penang, Port Dickson PD, Morib, Langkawi, Cameron Highland, Bukit Fraser dan lain lain. Pilihan di tangan anda
Kadar Sewa Rumah Transit
Rumah Transit merupakan kemudahan perumahan sementara yang diberikan kepada pasangan kakitangan awam yang baru berkahwin.
Pemohon mestilah berumur 30 tahun dan kebawah. Kemudahan ini disediakan bagi membantu pasangan muda untuk memiliki rumah selepas berkahwin.
Rumah yang disediakan ini terletak di bandar-bandar besar dengan harga sewaan yang telah ditetapkan sebanyak RM250.00 sebulan.
Secara tidak langsung, ianya dapat meringankan beban pasangan baru ini.
Pemohon yang ingin memohon Rumah Transit ini mestilah berpendapatan RM5,000 ke bawah sebulan dan tidak mempunyai rumah sendiri.
Berikut merupakan senarai rumah transit yang telah disediakan oleh Kerajaan;
- Rumah Transit Putrajaya
- Rumah Transit Jalan Ang Seng
- Rumah Transit Tanjung Kupang
Permohonan untuk mendiami Rumah Transit ini boleh dibuat melalui laman sesawang www. sprn.kpkt.gov.my secara atas talian.
Pemohon yang layak akan mendapat surat pengesahan penyewaan rumah transit ini.
Tambahan, rumah ini memberi banyak manfaat kepada penjawat awam terutama dari segi kos sara hidup.