Cuti Kuarantin: Tempoh Untuk Covid HFMD Influenza Campak

Tempoh cuti kuarantin 2024 terkini Untuk Covid HFMD Influenza Campak / chicken pox bagi penjawat awam dan pekerja swasta termasuk utnuk menjaga anak di rumah.

tempoah cuti kuarantin 2024 terkini menjaga anak

Isu kesihatan menjadi isu utama yang perlu dititikberatkan oleh semua majikan di semua tempat kerja. Ianya signifikan untuk memastikan setiap pekerja bekerja dalam kesihatan yang baik.

Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan akan diberikan cuti sakit sepertimana yang tertakluk di dalam Akta Pekerja 1955.

Namun begitu, ada sesetengah penyakit yang memerlukan seseorang pekerja bercuti untuk tempoh yang panjang kerana risiko keberjangkitan sesuatu penyakit tersebut adalah tinggi. Cuti ini dikenali dengan cuti kuarantin penjawat awam atau pekerj swasta.

Cuti kuarantin merupakan cuti yang dibenarkan ke atas seseorang individu pekerja yang menghidap penyakit berjangkit seperti Covid-19, influenza, chicken pox, dan penyakit HFMD. 

Tempoh Cuti Kuarantin Covid Terkini Penjawat Awam & Pekerja Swasta

Individu yang merupakan penjawat awam atau pekerja swasta boleh memohon cuti kuarantin jika menghidap Covid-19.

Cuti kuarantin bagi Covid-19 akan dibenarkan jika mempunyai perakuan kesihatan daripada Pegawai Perubatan Kerajaan atau swasta secara bertulis.

Oleh itu, cuti kuarantin yang dibenarkan ke atas penghidap Covid-19 adalah maksimum sehingga lima (5) hari bagi setiap kes atau selama mana tempoh yang diperakui oleh pegawai perubatan yang diiktiraf mengikut mana yang lebih rendah.

Cuti kuarantin ini termasuklah cuti rehat mingguan, hari kelepasan mingguan dan hari kelepasan Am.

SUMBER Pekeliling cuti kuarantin: JPA

Berapa Lama Tempoh Cuti Kuarantin Influenza (Diri Sendiri)

Pegawai kerajaan atau pekerja swasta akan diberikan cuti kuarantin jika mereka menghidap salah satu daripada penyakit berjangkit termasuklah diri sendiri.

Kementerian Kesihatan Malaysia telah menghadkan tempoh cuti kuarantin bagi penyakit influenza ini adalah maksimum lima (5) hari. 

Berapa Lama Cuti Kuarantin Menjaga Anak Influenza

Pegawai kerajaan atau pekerja swasta yang mempunyai anak dan anak mereka menghidap penyakit berjangkit seperti Influenza dibenarkan untuk memohon cuti kuarantin untuk menjaga anak.

Ianya penting untuk mencegah daripada penularan penyakit berjangkit ini.

Tempoh maksimum sebanyak lima (5) hari diberikan kepada ibu bapa yang mempunyai anak yang menghidap influenza in.

Namun begitu, cuti kuarantin influenza ini akan berkuatkuasa ke atas anak yang berumur 18 tahun ke bawah atau anak yang masih belajar yang berumur 21 tahun ke bawah.

Akan tetapi, tiada had umur cuti menjaga anak yang mempunyai kurang keupayaan seperti cacat otak atau hilang upaya dari segi jasmine serta anak yang tidak berupaya untuk menanggung dirinya sendiri.

Hanya golongan anak ini boleh membenarkan ibu bapa sebagai pekerja untuk memohon cuti kuarantin influenza untuk menjaga anak.

Tempoh Kuarantin Covid 2024 Terkini Berapa Lama

Sepertimana yang tertakluk di bawah Akta 342 Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO), tempoh kuarantin wajib bagi setiap individu yang berstatus positif Covid-19 adalah tujuh (7) hari.

Namun begitu, berdasarkan Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 (8), kerajaan telah menetapkan tempoh maksimum lima (5) hari bagi tujuan tempoh kuarantin covid 2024 terkini.

Cuti Kuarantin Chicken Pox Berapa Lama

Chicken pox juga tersenarai sebagai penyakit berjangkit yang memerlukan kepada kuarantin.

Oleh yang demikian, tempoh maksimum lima (5) hari hanya dibenarkan untuk individu memohon cuti kuarantin.

Senarai Sakit Yang Dapat Cuti Kuarantin Penjawat Awam 2024

Sepertimana yang tertakluk di dalam Lampiran SR.5.4.4(A), berikut merupakan senarai penyakit berjangkit yang memerlukan seseorang individu menjalankan kuarantin dan layak untuk memohon cuti kuarantin;

  1. Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD)
  2. Demam denggi
  3. Campak (Measles)
  4. Chicken Pox
  5. Difteria
  6. Malaria
  7. Covid-19
  8. Mana-mana penyakit berjangkit yang diperaku oleh pegawai perubatan kerajaan atau swasta secara bertulis.

Senarai Info Yang Termaktub Di Bawah Akta 342 Penyakit Berjangkit

1. Info Ringkas Sakit Influenza

Influenza, atau lebih dikenali dengan selsema merupakan penyakit berjangkit burung dan mamalia disebabkan oleh berlakunya penularan virus RNA.

Penyakit ini boleh menular menerusi melalui titisan salur pernafasan apabila melibatkan percakapan antara individu lain.

cuti kuarantin influenza

Kesannya, ia akan menjejaskan salur pernafasan individu yang dijangkiti. Kompilasi terhadap penyakit ini boleh menyebabkan kematian.

Penyakit ini boleh dijangkiti kepada semua lapisan masyarakat termasuklah kanak-kanak, orang dewasa dan warga emas.

Oleh sebab itu, individu yang menghidap penyakit influenza ini perlu menjalani kuarantin untuk mencegahnya daripada terus merebak kepada individu lain.

Tuntasnya, setiap individu perlu mendapatkan vaksinasi  sekaligus menjaga kebersihan diri dan kediaman untuk mencegah dan mengurangkan risiko untuk dijangkiti penyakit ini.

2. Info Ringkas Sakit HFMD

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) merupakan salah satu penyakit berjangkit yang disebabkan oleh sekumpulan penularan virus. Anda layak untuk dapat

Ianya merupakan penyakit yang dijangkiti dalam kalangan kanak-kanak yang berumur 10 tahun ke bawah.

kuarantin hfmd

Lepuhan berisi air akan muncul di bahagian anggota tubuh kanak-kank seperti kaki, tangan dan mulut. Ianya mula dijangkiti disebabkan oleh faktor kebersihan yang tidak dijaga dengan baik.

Penyakit ini juga memerlukan kanak-kanak dan ibu bapa yang terlibat melakukan kuarantin kendiri agar ianya tidak merebak kepada kanak-kanak yang lain.

3. Info Ringkas Sakit Chicken Pox

Chicken pox atau nama lainnya; cacar air merupakan penyakit berjangkit menular disebabkan oleh virus Varicella.

Penyakit ini kebiasaanya boleh berjangkit dalam kalangan kanak-kanak, akan tetapi orang dewasa juga berkemungkinan untuk menghidap penyakit ini.

kuarantin chicken pox campak

Penularan virus ini adalah menerusi sentuhan atau titisan cecair yang datang daripada orang yang dijangkiti.

Oleh sebab itu, individu yang menghidap penyakit ini diwajibkan untuk menjalani kuarantin untuk mengelakkan berlakunya penularan kepada individu lain jika berlakunya sentuhan di antara individu-individu lain.

Chicken pox ini boleh dikesan apabila terdapatnya bintik-bintik merah pada kulit individu yang dijangkiti.

Kesannya, penyakit ini boleh menyebabkan berlakunya keradangan kulit dan lain-lain penyakit kronik jika ianya tidak dirawat.

4. Info Ringkas Sakit Covid 19

Penyakit Covid-19 merupakan wabak penyakit berjangka yang mempunyai kadar penularan keberjangkitan yang tinggi dalam kalangan masyarakat.

borang tempoh cuti kuarantin covid 2024 terkini

Ia merupakan penyakit berjangkit yang berisiko tinggi yang diiktiraf di peringkat kesihatan global. Penyakit ini boleh memberi kesan kepada sistem penafasan dan boleh membawa maut.

Oleh itu, kuarantin covid 2024 terkini perlu dilakukan oleh setiap individu yang menghidap penyakit ini.

Selain itu, menjaga penjarakan sosial dan pemakaian pelitup muka digalakkan apabila berada di tempat awam untuk mencegah daripada penularan virus tersebut.

Individu yang bergejala dan mempunyai simptom Covid-19 ini wajib menjalani ujian RTK-Ag COVID-19 untuk mengesahkan sama ada ianya positif atau negatif Covid-19.

Kuarantin perlu dijalankan jika individu didapati positif Covid-19. Tuntasnya, Covid-19 diiktiraf sebagai suatu pandemik penyakit berjangkit yang wujud dalam kalangan masyarakat di seluruh dunia.

Hukuman Majikan Tidak Benarkan Cuti Kuarantin Di Bawah Akta Kerja

Penyakit berjangkit yang digariskan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia mewajibkan individu yang dijangkiti untuk manjalani kuarantin.

Hal ini kerana ianya boleh memberi kesan kesihatan kepada individu lain terutamanya golongan yang berisiko tinggi. Kemudahan cuti kuarantin ini telah ditetapkan dan berkuatkuasa ke atas semua individu yang bekerja sepertimana yang tertakluk pada Surat Edaran JPA.SARAAN (S) 43/35 Jld.12 (8). 

Namun begitu, majikan yang gagal membenarkan individu yang dijangkiti penyakit berjangkit ini untuk memohon cuti kuarantin boleh dikenakan tindakan undang-undang.

Berdasarkan Seksyen 60F dan Seksyen 60E (1B) Akta Kerja 1955, pihak majikan wajib membenarkan pekerja untuk mengambil cuti apabila melibatkan perintah kuarantin.

Ini kerana ianya adalah sebagai salah satu langkah untuk mencegah daripada berlaku penularan penyakit tersebut dalam skala yang besar.

Intihannya, setiap penyakit berjangkit yang memerlukan individu untuk menjalankan perintah kuarantin mestilah dibenarkan untuk tempoh kuarantin covid 2024 untuk mewujudkan suasana kerja yang lebih sihat dan harmoni.

FAQ

1. Influenza B Perlu Kuarantin atau Tidak

Influenza B adalah salah satu penyakit berjangkit yang disenaraikan dalam Lampiran SR.5.4.4(A) yang mana ianya diperakui oleh Pegawai Perubatan Kerajaan dan swasta.

Oleh yang demikian, individu atau tanggungannya menghidap influenza B perlu menjalani kuarantin dan digalakkan untuk memohon cuti kuarantin.

2. Kuarantin HFMD Berapa Untuk Berapa Lama Tempoh Untuk Penjawat Awam & Pekerja Swasta

Penyakit kaki, tangan dan mulut (HFMD) tersenarai sebagai penyakit berjangkit yang boleh mengjangkiti mana-mana individu menerusi penularan virus penyakit tersebut.

Kuarantin perlu dijalankan jika individu atau anak tanggungan mereka menghidap penyakit ini. Ini kerana ianya boleh menjejaskan kesihatan individu lain jika ianya berjangkit.

Kemudahan cuti kuarantin yang diberikan kepada penjawat awam dan pekerja swasta apabila menghidap penyakit ini adalah maksimum sehingga tempoh lima (5) hari.

Penyakit-penyakit ini mempunyai kadar keberjangkitan yang tinggi yang boleh merisikokan individu lain jika mereka tidak berkuarantin.

Oleh sebab itu, kerajaan telah memperuntukkan Perintah Am 24 Bab C (Cuti) kepada semua individu yang menghidap penyakit berjangkit dengan membenarkan mereka memohon cuti kuarantin sebagai salah satu langkah kesihatan dan keselamatan untuk mencegah berlakunya penularan penyakit berjangkit ini.

Akan tetapi, ianya tertakluk kepada perakuan yang dikeluarkan oleh pegawai perubatan Kerajaan atau swasta untuk dikuarantin. 

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia