Elaun Penjawat Awam 2023: Senarai Kadar Imbuhan

Senarai kadar imbuhan dan elaun Penjawat Awam 2023 Kumpulan Pelaksana dan profesional mengikut gred dan kawasan

elaun penjawat awam 2023 mengikut gred dan kawasan

Cuepacs sangat mengambil berat beban kos sara hidup yang dialami kalangan 1.7 juta kakitangan kerajaan di Malaysia terutamanya kumpulan pelaksana.

Oleh itu pelbagai tuntutan dicampakkan oleh kalangan Cuepacs dengan harapan ia membantu kehidupan kumpulan pelaksana penjawat awam terus terbela.

Antaranya Cuepacs mahukan cukai pendapatan mereka diturunkan, bayaran bonus kakitangan kerajaan ditambahbaik, memperkenalkan elaun kesusahan bandaraya, elaun wilayah dinaikkan dan lain-lain lagi.

Akhirnya, kerajaan telah meluluskan dan mengumuman pada melalui berita bajet 2024 supaya elaun kakitangan awam diperkemaskan lagi kumpulan pelaksana dan profesional penjawat awam.

Senarai Elaun Penjawat Awam 2023

Elaun merupakan kadar bayaran tambahan yang diberikan kepada individu yang layak mengikut kedudukan dan gred di dalam sesuatu bidang pekerjaan.

Penjawat awam juga ditawarkan dengan elaun sebagai bayaran tambahan selain daripada gaji pokok.

Hal ini sedikit sebanyak dapat membantu penjawat awam daripada bebanan kewangan disebabkan oleh kos sara hidup yang semakin meningkat. 

Berikut merupakan senarai elaun yang diterima oleh kakitangan awam dan kakitangan kerajaan yang bekerja dalam sektor awam di Malaysia;

1. Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA)

Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA) merupakan elaun tetap yang diberikan oleh Kerajaan secara bulanan kepada pegawai perkhidmatan awam dari Kumpulan Pengurusan dan Profesional Gred 41 dan Gred 42, Kumpulan Pelaksana dan Pensyarah Gred 41 dan Gred 45.

Pegawai yang terlibat merangkumi pegawai yang dilantik secara tetap, sementara, kontrak, sangkut dan sambilan. ITKA ini adalah tertakluk pada Surat Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8Tahun 2006. 

Berikut merupakan senarai kadar bayaran Imbuhan Tetap Khidmat Awam (ITKA);

imbuhan tetap khidmat awam itka

2. Imbuhan Tetap Perumahan (ITP)

Kerajaan memperkenalkan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) kepada penjawat awam sebagai elaun bulanan kepada individu pegawai di bawah kategori pegawai Kumpulan Pungurusan dan Professional bagi Gred 42 sehingga Gred 55 dan Kumpulan Pelaksana bagi Gred 40 dan ke bawah.

Pegawai yang tidak mendapat peruntukkan kuarters layak menerima elaun rumah ITP secara penuh manakala pegawai yang mendapat peruntukkan kuarters akan menerima bayaran ITP sebanyak 25 peratus daripada kadar kelayakan gred pegawai.

Manakala, individu yang tidak layak mendapat elaun perumahan ITP ini merupakan individu pegawai yang diperuntukkan dengan Rumah Biasa Kerajaan dan berkhidmat di Wilayah Persekutuan Labuan (kecuali pegawai bomba, penjara dan Unit Pencegahan Penyeludupan), Rumah Khas Jabatan, Rumah Khas Jawatan, Kediaman Rasmi Penjawat Tinggi Kerajaan dan kemudahan perumahan yang tidak dianggap sebagai kuarters di kawasan pedalaman.

Berikut merupakan kadar bayaran Imbuhan Tetap Perumahan yang telah ditetapkan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 2015 yang bertujuan membantu meringankan beban kos sara hidup masa kini;

elaun imbuhan tetap perumahan itp

3. Imbuhan Tetap Keraian ITK

Imbuhan Tetap Keraian (ITK) merupakan elaun yang diberikan kepada golongan pegawai Kumpulan Pengurusan dan Professional dan Kumpulan Pengurusan Tertinggi.

Elaun keraian ini diberikan bertujuan untuk menampung kos sara hidup yang semakin tinggi. Ianya memberi manfaat kepada individu pegawai yang menjawat jawatan yang strategik dalam perkhidmatan awam.

ITK ini memafaatkan pegawai yang terlibat dengan urusan keraian kerajaan.

Sepertimana tertakluk pada Pekeliling Perkhidmatan Bil 12 Tahun 2016, individu yang layak menerima ITK hendaklah mengemukakan resit yang sah yang melibatkan urusan keraian yang dilulusakan kerajaan.

Pegawai yang menerima Imbuhan Tetap Khidmat Awam tidak layak untuk menerima Imbuhan Tetap Keraian. 

Berikut merupakan senarai kadar Imbuhan Tetap Keraian (ITP) yang dibayar kepada pegawai perkhidmatan awam;

elaun imbuhan tetap keraian itk

4. Imbuhan Tetap Jawatan Utama Penjawat Awam

Pegawai kerajaan yang layak menerima imbuhan galakan akan menerima Imbuhan Tetap Jawatan Utama.

Imbuhan ini dibayar kepada pegawai yang tergolong dalam Kumpulan Pengurusan Tertinggi iaitu jawatan Tingkatan Tertinggi ā€œCā€.

Tujuan elaun ini diberikan adalah untuk meningkatkan kualiti kepimpinan dalam bidang pengurusan di sektor awam. 

Sebagaimana tertakluk dalam Pekeliling Perkhidmatan Bil. 9 Tahun 1991, berikut merupakan kadar bayaran Imbuhan Tetap Jawatan Utama yang diberikan kepada pegawai yang layak;

elaun jawatan utama kakitangan awam

5. Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) Penjawat Awam

Bayaran Imbuhan Sara Hidup (BISH) merupakan elaun sara hidup yang diberikan kepada penjawat awam yang tergolong dalam Kumpulan Pengurusan dan Professional dan juga Kumpulan Pelaksana.

Elaun kakitangan kerajaan ini bertujuan untuk meningkatkan kesejahteraan dan kebajikan penjawat awam sebagaimana yang tertakluk pada Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 7 Tahun 2019.

Kadar bayaran imbuhan ini dibahagikan kepada tiga (3) kawasan berbeza iaitu Kawasan A, Kawasan B dan Kawasan Lain. Kadar bayarannya berbeza antara tiga (3) kawasan tersebut.

Berikut merupakan kadar bayaran yang telah ditetapkan;

bayaran imbuhan sara hidup bish

6. Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah (BIAPW)

Bayaran Insentif Arahan Pertukaran Wilayah (BIAPW) merupakan bayaran elaun kepada pegawai yang bertukar tugas daripada satu wilayah ke suatu wilayah lain dalam Malaysia.

Pertukaran ini adalah berdasarkan arahan kerajaan. Elaun tukar tempat kerja ini diberikan untuk meringankan kesulitan dan memulihkan keadaan yang dihadapi oleh pegawai berkenaan disebabkan oleh pertukaran kerja.

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bil. 4 Tahun 1988, kadar bayaran yang diberikan kepada pegawai yang perlu bertukar wilayah adalah ditentukan oleh jabatan terakhir.

Elaun pendahuluan tukar tempat kerja ini sebanyak separuh daripada gaji mestilah diberikan kepada penjawat awam dan kakitangan kerajaan yang terbabit semasa bertukar wilayah sekiranya perlu. 

7. Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW)

Kerajaan memperuntukkan Bayaran Imbuhan Perumahan Wilayah (BIPW) kepada pegawai kerajaan yang bertukar wilayah dan tidak menduduki rumah kerajaan sepanjang tempoh pertukarannya itu.

Ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan individu pegawai yang diarahkan bertukar wilayah.

Berikut merupakan kadar BIPW yang telah ditetapkan kepada pegawai yang bertukar wilayah;

bayaran imbuhan elaun perumahan wilayah

8. Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK)

Pegawai yang layak menerima Bayaran Insentif Perkhidmatan Kritikal (BIPK) merupakan individu yang menjalankan perkhidmatan sepertimana yang dikategorikan sebagai Perkhidmatan Kritikal.

Pegawai yang berada dalam golongan Kumpulan Sokongan dan Kumpulan Pengurusan dan Professional layak untuk menerima elaun ini kritikal ini termasuk pegawai perubatan (elaun doktor), pegawai pergigian (doktor gigi), elaun farmasi, pensyarah perubatan & pergigian serta farmasi, elaun jururawat dan nurse.

Berdasarkan Perkhidmatan Bil.17 Tahun 2007 menjelaskan kadar peratusan BIPK adalah antara 5 peratus sehingga 15 peratus daripada gaji yang diterima oleh seseorang pegawai.

Berikut merupakan senarai peratusan bagi elaun kritikal penjawat awam BIPK mengikut skim gred perkhidmatan;

elaun kritikal kakitangan kerajaan

9. Bayaran Insentif Tugas Pengurusan Stor (BITPS)

Bayaran Insentif Pengurusan Stor (BITSP) merupakan elaun yang diberikan oleh kerajaan kepada penjawat awam yang terlibat dalam perkhidmatan melibatkan pengurusan stor.

Ini bertujuan untuk meningkatkan kemahiran dan kecekapan dalan urusan yang melibatkan pengurusan stor.

Bukan itu sahaja, ia juga bertujuan untuk menambahbaik bidang pengurusan stor dari semasa ke semasa. 

Berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 8 Tahun 1999, BITSP ini diberikan kepada pegawai bertugas sebagai pembantu tadbir perkeranian atau pembantu tadbir operasi.

Kadar BITPS ini berdasarkan pemilikan sijil yang diperolehi oleh pegawai yang bertugas. Berikut merupakan kadar BITPS yang diperolehi;

  1. Pegawai yang mempunyai sijil akan menerima RM40.
  2. Pegawai yang TIDAK mempunyai sijil akan menerima RM80.

10. Bayaran Elaun Lebih Masa Penjawat Awam

Elaun lebih masa ini hanya diberikan kepada pegawai yang diarahkan untuk penjawat awam bekerja lebih masa (overtime) atas arahan ketua Jabatan.

Imbuhan lebih masa ini dikira apabila ianya diluar waktu bekerja pejabat, waktu hujung minggu, waktu cuti am dan hari rehat.

Elaun overtime OT ini hanya dibayar bagi masa tambahan yang terlibat sahaja. Walaubagaimanapun, bayaran lebih masa ini hanya tertakluk kepada golongan Kumpulan Sokongan kecuali anggota polis, penjara, bomba dan tentera.

Kerja-kerja yang memerlukan bayaran lebih masa ialah kerja kecemasan, kerja perlu dilengkapkan bagi masa yang terhad, kerja mustahak dan kerja yang melibatkan anggota diluar bidang tugas biasa.

Berikut merupakan kadar kiraan bayaran overtime lebih masa ini kepada kakitangan kerajaan yang terlibat;

elaun overtime ot lebih masa penjawat awam

11. Elaun SPR 2023

Elaun petugas SPR merupakan bayaran elaun yang diberikan kepada individu penjawat awam yang bertugas dengan SPR pada hari pilihanraya.

Ianya merupakan sagu hati kepada pegawai yang bertugas sebagai SPR di mana ianya di luar bidang pekerjaan seseorang pegawai. 

Berikut merupakan kadar bayaran elaun petugas SPR mengikut jawatan pegawai yang disandang.

  • elaun petugas pilihan raya
  • elaun kerani mengundi
  • elaun petugas spr
  • elaun kerani mengira undi
  • elaun jurutaip spr
  • elaun penyambut tetamu spr
  • elaun kerani undi pos (pengundian pos tentera polis pdrm)
  • elaun kerani menyemak semakan daftar pemilih
  • elaun pekerja am / elaun buruh spr
  • Dan macam-macam lain elaun seperti yang tertera di bawah ini
elaun petugas spr pilihan raya 2023

12. Tuntutan Elaun Perjalanan

Elaun perjalanan diberikan kepada pegawai yang menjalankan tugas rasmi dengan menggunakan kenderaan sendiri sama ada di luar atau di dalam ibu pejabat.

Tuntutan Elaun perjalanan ini tidak layak dituntut jika perjalanan tersebut menggunakan kenderaan kerajaan atau pengajur. 

Borang tuntutan hendaklah diisi bagi mendapatkan tuntutan elaun perjalanan ini.

Berikut merupakan kadar elaun perjalanan yang telah ditetapkan oleh jabatan Kerajaan;

  • Untuk 500km pertama, anda boleh menuntut sebanyak 85 sen untuk setiap km jika nada menggunakan kereta manakala 55 sen untuk km jika anda menggunakan motosikal.
  • Manakala untuk 501km dan seterusnya, anda layak mendapatkan membuat tuntutan elaun perjalanan sebanyak 45 sen tambahan untuk setiap km jika anda menggunakan motor, 75 sen tambahan untuk setiap kilometer jika anda menaiki kenderaan kereta.

13. Elaun Hadir Istiadat Pengurnian Pingat & Darjah Kebesaran

Tuntutan terhadap elaun menghadiri Istiadat Pengurniaan hendaklah dikemukakan kepada Jabatan Perdana Menteri oleh pegawai yang terlibat.

Individu yang layak membuat tuntutan ini hanyalah pegawai atau pesara yang perlu menghadiri Istiadat Pengurniaan bagi tujuan menerima Pingat dan Darjah Kebesaran Persekutuan dan Negeri.

Kadar tuntutan terhadap elaun menghadiri Istiadat Pengurniaan ini adalah mengikut gred jawatan terakhir bagi pesara dan pegawai. 

14. Elaun Hadir di Mahkamah

Pegawai yang disepina untuk hadir ke mahkamah layak untuk menuntut elaun hadir ke mahkamah.

Elaun ini diberikan kerana ianya termasuk dalam urusan rasmi pegawai kerajaan yang bertanggungjawab dalam memberi keterangan melibatkan isu mahkamah.

Segala bayaran yang diberikan oleh mahkamah atau pihak lain mestilah diserahkan kepada kerajaan melainkan bayaran yang dibenarkan seperti yang tersenarai di bawah Fees (Public Officers) Regulations, 1953.

Kadar bayaran elaun hadir ke mahkamah akan ditentukan oleh jabatan Kerajaan.

15. Bayaran Sagu Hati Persidangan

Bayaran sagu hati persidangan ini merupakan elaun yang diberikan kepada seseorang pegawai yang ditugaskan dalam sesuatu majlis Persidangan Antarabangsa atau Kebangsaan.

Mereka ini layak untuk menerima bayaran sagu hati persidangan jika melibatkan persidangan daripada keputusan Jemaah Menteri, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Ketua Setiausaha Negara atau Setiausaha Kerajaan Negeri dan dianjurkan oleh Kementerian atau Jabatan Kerajaan Peringkat Persekutuan atau Negeri.

Bagi kerajaan dan pengajur yang menyediakan kemudahan makan, pegawai bertugas hanya layak untuk menuntut 50 peratus daripada kadar bayaran sagu hati persidangan.

Berikut merupakan kadar bayaran sagu hati persidangan;

  • Bayaran elaun bagi gred 41 dan ke atas, layak mendapat bayaran imbuhan RM50 setiap satu hari
  • Manakala untuk gred 17 hingga gred 40, boleh dapat kadar bayaran RM30 sehari
  • Untuk gred 16 dan ke bawah, anda hanya layak claim RM20 sehari

16. Elaun Hotel

Bayaran sewa hotel boleh dituntut oleh pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar waktu bekerja dan memerlukan penginapan untuk menjalankan tugas tersebut. Tuntutan ini mestilah wajar dan munasabah.

Tuntutan bayaran sewa hotel yang melebihi kadar yang telah ditetapkan akan dipertimbangkan dan akan diluluskan tidak melebihi 20 peratus daripada kadar kelayakan yang ditetapkan selaras dengan prinsip Let Managers Manage. 

Bayaran sewa hotel ini tidak layak dituntut jika pegawai bertugas tersebut telah disediakan dengan rumah penginapan oleh pihak kerajaan.

Berikut merupakan kadar tuntutan bayaran sewa hotel yang telah ditetapkan oleh jabatan Kerajaan;

elaun hotel penginapan perjalanan

17. Elaun Harian

Bagi seseorang pegawai yang menjalankan tugas rasmi di luar tempat berkhidmat layak untuk menuntut elaun harian.

Elaun harian ini hanya boleh dituntut bagi kerja luar pejabat melebihi tempoh 8 jam dan kurang 24 jam.

Kadar elaun harian adalah 50 peratus daripada kadar kelayakan elaun makan.

18. Elaun Motosikal & Elaun Basikal

Pegawai yang menjalankan tugasan rasmi kerajaan menggunakan basikal dan motosikal layak untuk mendapatkan elaun basikal dan elaun motosikal.

Penggunaan motosikal dan basikal persendirian melebihi tempoh 12 hari sahaja yang layak untuk menuntut elaun ini.

Bagi basikal dan motosikal milik kerajaan akan dikecualikan daripada menerima elaun ini.

Berikut merupakan kadar elaun basikal dan elaun motosikal yang telah ditetapkan oleh jabatan Kerajaan kepada pegawai bertugas;

elaun motosikal harian

19. Elaun Pemandu

Elaun hidup pemandu merupakan elaun yang diberikan kepada pegawai yang menggaji seseorang pemandu bagi menjalankan urusan rasmi di luar pejabat.

Berikut merupakan kadar bayaran elaun driver;

  • Elaun pemandu melibatkan urusan di negeri Putrajaya Negeri Sembilan Melaka Johor Pahang perlis Pulau Pinang Penang Kedah Perak Selangor Kuala Lumpur KL terengganu Kelantan sebanyak RM30 semalam
  • Elaun driver di sabah dan Sarawak adalah sebanyak RM40 semalam
  • Elaun pemandu untuk urusan di Brunei dan Singapore (Singapura) sebanyak RM45 semalam

20. Elaun Bantuan Gaji Pemandu

Elaun ini diberikan kepada pegawai golongan Kumpulan Pengurusan Tertinggi dan Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang menggaji pemandu untuk urusan melibatkan kerja.

Elaun bantuan gaji pemandu hanya tertakluk pada pemandu yang bekerja sepenuh masa dan mempunyai lesen memandu yang sah.

Kenderaan yang digunakan mestilah bukan kenderaan kerajaan. 

Berikut merupakan kadar elaun bantuan gaji pemandu yang telah diklasifikasikan mengikut gred pegawai;

GREDKADAR
Khas BRM300 / sebulan
53 dan 54RM250 / sebulan
45 hingga 5220 sen bagi setiap 1 km perjalanan rasmi yang tidak melebihi RM200 sebulan
41 hingga 4415 sen bagi setiap 1 km perjalanan rasmi yang tidak melebihi RM160 sebulan

21. Elaun Ganti Tetap

Elaun Gantian Tetap merupakan elaun yang diberikan kepada pegawai yang bertugas di luar ibu pejabat dalam tempoh melebihi tiga (3) bulan dan kurang daripada enam (6) bulan.

Ianya adalah termasuklah hari pelepasan am dan cuti mingguan. 

Kadar pengiraan elaun Gantian Tetap yang layak diterima oleh pegawai berkenaan adalah seperti berikut;

  • Elaun bermalam akan dapat 2/3 dari jumlah elaun makan + elaun lojing didarabkan dengan jumlah hari bertugas secara rasmi
  • Jika anda tidak bermalam, anda akan dapat 2/3 dari jumlah elaun harian anda didarabkan dengan jumlah anda bertugas secara rasmi

22. Elaun Pindah Rumah

Pegawai yang berpindah rumah di atas dua (2) keadaan iaitu berpindah rumah melalui skim pinjaman rumah Kerajaan atau berpindah atas keadaan di luar kawalan layak untuk menuntut elaun pindah rumah.

Walaubagaimanapun, perpindahan rumah mestilah tertakluk pada syarat berpindah rumah dalam stesen yang sama atau dalam kawasan 33 kilometer daripada tempat berkhidmat.

Elaun ini boleh dituntut tiga (3) bulan daripada tarikh berpindah ke rumah baru. Ianya hanya diberikan sekali selama tempoh perkhidmatan.

Berikut merupakan kadar elaun pindah rumah yang diberikan oleh jabatan Kerajaan;

elaun pindah rumah
  • Elaun JUSA A
  • Elaun JUSA B
  • Elaun JUSA C
  • Elaun GRED 53 dan Elaun GRED 54
  • Elaun GRED 45 hingga Elaun Gred 52
  • Elaun GRED 43 dan Elaun GRED 44
  • Elaun GRED 41 dan Elaun GRED 42

23. Elaun Pegawas SPM

Pegawai yang bertugas sebagai pengawas peperiksaan SPM layak untuk menuntut elaun pengawas SPM.

Kadar bayaran elaun ini akan dinyatakan di dalam surat lantikan pegawai SPM.

Elaun bagi pengawas SPM adalah seperti berikut;

elaun pengawas spm

Sejarah Bayaran Elaun Cola Penjawat Awam

Berdasarkan rekod Cuepacs telah beberapa kali menuntut elaun ini dinaikkan selama beberapa tahun, akhirnya berjaya diluluskan pada tahun ini dengan kenaikan sebanyak RM50 sebulan.

TAHUN JUMLAH
2019 RM250
2018 RM200

SUMBER: http://www.anm.gov.my

Selain itu kerajaan telah meluluskan beberapa penambaikan kemudahan untuk kakitangan awam seperti :

  1. Elaun khas bomba diperkenalkan sebanyak RM200 bulan
  2. Sesiapa yang ada cuti yang terkumpul boleh tebus dengan duit tunai, maksimum yang boleh ditebus adalah sejumlah 75 hari. Dengan syarat, anda mesti telah pun berkhidmat selama 15 tahun dan ke atas
  3. Kenaikan gaji tahunan telah diawalkan
  4. Memberikan insuran perlindungan sehingga RM100 ribu dengan syarat untuk tempoh 2 tahun, anda ada ambil pinjaman perumahan LPPSA selepas ini
  5. Jikalau anda sebagai penjawat awam meninggal dunia ketika bertugas, waris terdekat anda akan diberikan pampasan sehingga RM150 ribu sebagai tanda ex gratia untuk tujuan kelangsungan hidup selepas itu

elaun cola penjawat awam

Dalam pada yang sama, kerajaan tidak berhenti setakat di sini sahaja.

BACA SINI: Contoh surat perletakan jawatan sebulan

Harapan Cuepacs kepada kerajaan Malaysia terus menjalankan pelbagai usaha dalam membantu kalangan penjawat awam di Malaysia.

Cuepacs mengatakan yang kakitangan kerajaan mahu terus dibantu.

Ini kerana pelbagai tuntutan yang dibuat sebelum masih lagi belum mendapat pertimbangan kerajaan Malaysia untuk dimuatkan dalam belanjawan kali ini.

Semua artikel di bawah ini sedang 'TRENDING', follower MYPT3 sedang rancak baca untuk dapatkan info berkaitan.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan Malaysiahttps://t.me/bantuankerajaanmalaysia