Apa Perlu Buat Jika Positif Covid 19 test & berapa lama tempoh kuarantin yang terbaru dan terkini, tidak perlu dan tiada lagi untuk kontak rapat, simptom tanda tanda dan gejala.
Selepas macam-macam varian yang mucul di dunia umumnya dan di Malaysia amnya, varian Omicron semakin aktif di Malaysia.
Dengan jumlah kadar vaksinasi dikalangan masih lagi rendah pada ketika ini, jumlah kanak kanak yang kena positif covid 19 semakin meningkat pada ketika ini.
Besarlah harapan kami agar kalangan ibu bapa hari ini memberikan sepenuh kerjasama dan memberikan galakan untuk anak anak kecil anda mendapatkan vaksin.
Ini adalah sebahagian daripada ikhtiar untuk melawan virus covid 19 terutamanya varian omicron yang sedang merebak di Malaysia pada ketika ini.
Apa Perlu Buat Jika Positif Covid 19
Kalau positif covid kena buat apa, apa perlu buat bila disahkan positif (double line) selepas anda buat ujian kendiri RTK saliva?
- Pemeriksaan Percuma: Borang Medical Check up Klinik Kesihatan
- Cuti Kuarantin: Tempoh Untuk Covid HFMD Influenza Campak
- Mysejahtera login
- Anda perlu kemaskini status terbaru anda dengan ikut cara update mysejahtera
- Pejabat Kesihatan Daerah akan call anda
- Mereka akan meminta anda pergi ke drive thru CAC yang terdekat dengan anda untuk menjalani ujian swab test COVID 19
- Anda juga akan diletakkan di bawah pengawasan kuarantin daripada masa ke semasa dan diberikan gelang kuarantin
- Jika anda tiada gejala yang teruk (tidak bergejala), tiada penyakit yang berisiko, anda boleh sahaja KUARANTIN DI RUMAH anda sendiri.
- Anda perlu menjalani tempoh kuarantin di rumah selama 10 hari
Tetapi jika anda sudah pun berumur 60 tahun dan ke atas atau mempunyai sejarah penyakit yang berisiko atau ada gejala yang teruk, adalah disarankan untuk mendapat tempat kuarantin di pkrc samada di Melaka Sabah Sarawak Putrajaya Negeri Sembilan Johor Pahang Kelantan terengganu Perlis Kedah Perak Selanngor Kuala Lumpur KL.
Cara untuk mohon tempat kuarantin pkrc adalah seperti berikut:
BACA SINI >> cara pengiraan dividen kwsp
- Buat nasal swab test di mana klinik swasta yang terdekat dengan anda
- Dapat report nasal swab test tersebut, yang mana biasanya akan dihantar ke whatsapp atau email anda dalam tempoh 30 minit
- Bawa report tersebut ke drive thru CAC terdekat untuk pemeriksaan lanjut
SUMBER: https://covid-19.moh.gov.my
Gejala Simptom Covid Omicron di Malaysia
Terkini, Antara gejala awal covid 19 dan simptom Omicron adalah seperti berikut:
- Hidung berair (Runny nose)
- Hidang tersumbat (Nasal congestion)
- Sakit kepala (Headache)
- Pening kepala (Dizziness)
- Bersin (Sneezing)
- Batuk secara berterusan (Persistent cough)
- Sakit kerongkong (Sore throat)
- Berpeluh pada waktu malam (Night sweats)
- Keletihan dan badan berasa lesu (Fatigue)
- Sakit-sakit badan (Body aches and pains)
- Berasa loya dan mahu muntah (Nausea)
Ingat semua tanda tanda dan simptom yang ada jika ada covid terutamanya tanda omicron di atas, sayangi diri anda dan keluarga yang anda sayangi.
Apakah Tanda Tanda Positif Covid 19
- Mata menjadi merah
- Bibir mula kelihatan merah dan tampak merekah
- Ada tanda ruam ruam pada kulit anda
- Mengalami sakit leher
- Kelenjar nouds limfa mula membengkak
- Anda sudah mula rasa susah / sukar untuk bernafas
- Mengalami batuk batuk
- Ada mula hilang deria rasa atau deria bau
- Mudah berasa penat
- Ada mengalami demam selama 4 hari
- Mula kurang bertenaga
- Cirit cirit
- Loya
Cara Untuk Elakkan Terkena COVID Varian Omicron?
Menurut Gleneagles Hospital Kota Kinabalu (2022), COVID-19 virus varian Omicron merebak dengan lebih pantas daripada varian sebelumnya.
Namun belum disahkan sama ada Omicron merebak dengan lebih pantas daripada seorang ke orang seterusnya berbanding varian yang lain, termasuklah varian Delta.
1)Antara amalan yang boleh dipraktikkan dalam kehidupan seharian adalah dengan:
- Mendapatkan vaksinasi COVID-19 yang diberikan oleh pihak kementerian kesihatan malaysia dan dos penggalak (booster dose) bagi merendahkan risiko penyakit, mengelakkan perlunya menginap di wad hospital (hospitalisation) dan kematian disebabkan COVID-19.
2) Mematuhi Standard Operating Procedure (SOP) yang ditetapkan bagi memutuskan rantaian COVID-19 varian Omicron, mahupun varian Delta.
- Memakai pelitup muka
- Mengamalkan penjarakan sosial
- Kerap mencuci tangan menggunakan air dan sabun, atau hand sanitizer yang mengandungi 60% hingga 70% alkohol.
- Meletakkan tangan pada mulut sekiranya bersin (sneeze) dan batuk (cough)
- Mengelakkan daripada tempat yang sesak (crowded areas) dan mempunyai pengudaraan yang lemah (poor ventilated spaces)
3)Menangguhkan penerbangan anda ke lokasi yang mempunyai kadar jangkitan Omicron yang tinggi.
4)Melakukan penilaian dan pengurusan kendiri COVID-19 berdasarkan yang disarankan kementerian.
SUMBER:
Apa Perlu Buat Jika ada Simptom Varian Terbaru Covid
Berdasarkan infografik, rakyat Malaysia digalakkan:
- Melakukan ujian saringan kendiri COVID-19 sekiranya mengalami gejala jangkitan seperti hidung berair, demam atau batuk.
- Melaporkan keputusan ujian pengesanan kendiri melalui aplikasi MySejahtera.
- Membuat pengasingan kuarantin kendiri sekiranya didapati positif COVID-19.
- Segera memaklumkan kepada kontak rapat dan ahli keluarga terdekat sekiranya positif.
- Mendapatkan rawatan segera di pusat perubatan atau Pusat Penilaian COVID-19 sekiranya gejala bertambah terus seperti kesukaran bernafas (breathing difficulty) atau demam panas (fever).
Walaupun COVID-19 varian virus Omicron kelihatan terkawal dalam negara Malaysia, tetapi semua rakyat perlu menjaga keselamatan dan kesihatan kita sendiri.
Rakyat Malaysia perlu bersedia dengan gelombang yang seterusnya.
Berdasarkan artikel The Straits Times (2022), Maslina Osman dari Universiti Putra Malaysia yang merupakan pakar dalam bidang epidemiologist menyatakan bahawa Omicron XE telah dikesan di Thailand, Taiwan, dan Britain.
Kes pertama Omicron XE telah dikesan di Britain pada 19 Januari 2022 dan dijangka merebak 10 peratus lebih pantas daripada COVID-19 varian virus Omicron.
Contoh Gambar Test Kit Covid Positif 19
Di bawah ini adalah contoh gambar test kit RTK saliva jika anda positif covid 19. Selepas 15 minit akan kelihatan double line.
Jika hanya terpapar satu line, ianya hanya negatif
Selepas Habis Kuarantin Masih Positif Covid 19
Sebenarnya ramai yang tertanya tanya masalah kalangan yang masih positif covid 19 walaupun selepas habis tempoh kuarantin.
Untuk makluman ia bukan satu masalah dan ketakutan untuk anda semua. Fakta di sini adalah:
- Walaupun anda sudah selesai tempoh kuarantin, tiada lagi simptom pada diri anda dan doktor memberikan surat pelepasan kuarantin, ini bermakna anda sudah KEMBALI SIHAT
- Anda sudah pun membina antibodi dalam diri anda, itu sebablah jika dibuat swab test sekalipun ia tetap akan tertera keputusan yang positif
- Oleh itu, keputusan positif covid yang ada pada diri anda sama sekali tidak boleh berjangkit kepada orang lain (dalam 3 bulan)
- Dan anda juga sama sekali tidak dijangkiti dalam tempoh 3 bulan dari tempoh anda disahkan kembali SIHAT
- Jadi jangan sesekali risau
Tempoh Kuarantin Positif Covid 19
Di bawah ini kami kongsikan tempoh kuarantin bermula 17 Februari 2022 untuk yang positif covid 19 bagi penerima vaccine booster, hanya 2 dos vaksin atau hanya satu dos vaksin atau tidak ambil vaksin langsung
TERBARU: Berdasar kemaskini melalui sidang media kkm tiada lagi kuarantin untuk kontak rapat bermula 1 Mac 2022.
Jadi gambar untuk prosedur sop untuk kontak rapat adalah TIDAK SAH bermula 1 Mac 2022. Harap maklum.
Adakah Kontak Rapat Tidak Perlu Kuarantin
Jika anda kontak rapat / close contact, anda sama sekali tidak perlu kuarantin di rumah atau di kediaman anda bermula bulan Mac 2022. Tak perlu kuarantin.
Dengan pengumuman sidang media kkm mengenai tiada lagi kuarantin kontak rapat mengurangkan kegusaran orang ramai termasuk majikan di Malaysia.
Adakah Ibu Positif Covid Boleh Menyusukan Anak
Boleh tiada masalah. Walaupun anda sebagai seorang ibu mendapat positif covid 19 dan yang baru sahaja bersalin dan melahirkan anak, BOLEH SAHAJA menyusukan anak bayi anda jika anda memilih untuk bebruat demikian. Tiada masalah. Teruskan.
TIDAK BENAR, cakap cakap jika anda sebagai seorang ibu sedang mendapat positif covid 19 tidak boleh / tidak dibenarkan untuk menyusukan bayi anda sendiri yang sememangnya memerlukan sentuhan dan susu anda untuk kebaikan tumbesaran dan perkembangan awal bayi.
Semoga penerangan artikel kali ini menjawab beberapa persoalan termasuk apa perlu buat jika / bila positif covid 19, tanda gejala, contoh gambar test kit +ve, kenapa sudah habis kuarantin masih lagi +ve, tempoh kuarantin, persoalan close contact / kontak rapat tidak perlu kuarantin (quarantine) TERJAWAB!
FAQ
Ya benar, tiada kuarantin kontak rapat. Butirannya seperti di atas ini
Tidak benar sama sekali. Penjelasan lanjut ada diberikan di atas ini
TIDAK BENAR. Tiada lagi kuarantin untuk Kontak rapat / close contact sekarang
Kami doakan kalangan yang dapat positif covid 19 agar kembali sembuh selepas menjalani tempoh kuarantin seperti yang ditetap oleh kerajaan dan sop terbaru kuarantin kkm.