Daftar e-Invoice LHDN: Malaysia e-Invoicing 2024 Register

Cara Daftar e-Invoice LHDN: Malaysia e-Invoicing 2024 Register

cara daftar e-invoice lhdn malaysia register

Baru-baru ini, pihak kerajaan dengan usaha sama pihak MDEC dan LHDN telah memperkenalkan sistem e-Invoice malaysia. Sistem ini banyak memudahkan ramai pihak dan meningkatkan kecekapan perkhidmatan percukaian LHDN.

Segala informasi invois ini perlu direkodkan di dalam sistem MyInvois LHDN melibatkan pembeli dan penjual tanpa perlu kepada kemasukan data secara manual. Ianya lebih mudah dan menjimatkan masa.

Kaedah ini dapat segala rekod invois boleh dijana dalam bentuk format yang lebih tersusun dan jelas. e-Invois merupakan dokumen digital yang dijana apabila wujudnya transaksi antara pembeli dan penjual. Ianya melibatkan segala transaksi Perniagaan-ke-Perniagaan (B2B), Perniagaan-ke-Pengguna (B2C) dan Perniagaan-ke-Kerajaan (B2G).

Sistem e-Invoice malaysia ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan untuk memperkukuhkan lagi pertumbuhan ekonomi digital negara. 

Cara Daftar E-Invoice Lhdn Malaysia

e-Invoice malaysia ini boleh dijana menerusi laman sesawang portal rasmi MyTax di https://mytax.hasil.gov.my

Setiap pembayar cukai mestilah membuat pendaftaran di laman MyTax ini terlebih dahulu secara atas talian untuk menggunakan Portal MyInvois atau Application Programming Interface (API) yang mana segala rekod invois akan disambungkan ke pangkalan data LHDN.

Portal MyInvois ini boleh mula digunakan oleh pengguna mengikut ketetapan tarikh perlaksanaan yang ditetapkan oleh pihak LHDN.

Pengenalan e-Invois adalah bertujuan menggantikan dokuman kertas atau elektronik seperti PDF, JPEG, DOC dan lain-lain.

Dokumen e-invois ini mengandungi maklumat-maklumat penting yang melibatkan rekod data transaksi bagi aktiviti perniagaan harian.

Tuntasnya, e-invois ini akan diperkenalkan secara berperingkat bermula Jun 2024.

Bila Tarikh E-Invoice Bagi Syarikat di Malaysia

Perlaksanaan e-Invoice Malaysia ini diperkenalkan dan dijalankan secara peringkat mengikut kategori jumlah jualan syarikat.

Ianya adalah bertujuan untuk memastikan pembayar cukai mempunyai masa yang mencukupi untuk membuat persediaan bayaran cukai tahunan dengan mengambil kira julat pendapatan dan jualan tahunan sekaligus untuk menyesuaikan pembayar cukai dengan sistem e-Invois ini.

Berikut merupakan tarikh perlaksanaan bagi syarikat seperti berikut;

SASARAN PEMBAYARTARIKH PELAKSANAAN
Syarikat pembayar cukai dengan jualan tahunan melebihi RM100 juta1 Jun 2024
Syarikat pembayar cukai dengan jualan tahunan melebihi RM50 juta dan sehingga RM100 juta1 Januari 2025
Syarikat pembayar cukai dengan jualan tahunan melebihi RM25 juta dan sehingga RM50 juta1 Januari 2026
Semua syarikat pembayar cukai1 Januari 2027

Cara Sistem E-Invoicing Malaysia Beroperasi

Berikut merupakan aliran perlaksanaan dan penjanaan e-Invois ini bagi aktiviti perniagaan yang lebih efektif.

Aliran ini adalah bermula dari titik penjualan dibuat sehingga invois digital ini direkodkan di dalam pangkalan data LHDN.

1. Daftar E-Invoice Malaysia di Myinvois Portal

Apabila penjualan atau transaksi perniagaan dijalankan, pihak penjual perlu mengeluarkan e-invois kepada pihak pembeli.

e-Invoice Malaysia ini perlu dijana melalui portal rasmi MyInvois di laman rasmi LHDN.

Kemudian, e-Invois tersebut mestilah dihantar semula kepada LHDN untuk tujuan pengesahan.

2. Pengesahan Sistem E-Invoicing Malaysia

e-Invoice Malaysia yang direkod di dalam sistem MyInvois mestilah memenuhi keperluan dan kriteria yang telah ditetapkan dan digariskan oleh pihak LHDN untuk mengesahkan e-Invois tersebut.

Setelah invois tersebut berjaya disahkan, pihak LHDN akan memberikan nombor pengenalan unik LHDN kepada penjual.

Ianya adalah bertujuan untuk membolehkan pihak LHDN menjejaki rekod transaksi yang dilakukan sekaligus mengurangkan isu pemalsuan invois.

3. Notifikasi Dihantar Untuk E-Invoice Yang Telah Disahkan

Satu notifikasi akan dihantar kepada pembeli dan penjual untuk memaklumkan bahawa e-Invois yang dihantar kepada LHDN telah berjaya disahkan.

Notifikasi ini dihantar menerusi portal MyInvois pengguna atau menerusi emel.

4. Hantar QR Code E-Invoice Kepada Pembeli

Kemudian, penjual perlu berkongsi e-Invois yang mengandungi kod QR yang dikeluarkan oleh pihak LHDN kepada pembeli setelah ianya disahkan.

Ianya adalah bertujuan untuk mengesahkan ketulenan kewujudan dan status e-Invoice tersebut.

5. Penolakan E-Invois

Penjual dan pembeli dibenarkan untuk membuat membatalan dan penolakan e-Invois yang telah disahkan oleh LHDN. Proses penolakan ini hanya tertakluk untuk tempoh-tempoh tertentu sahaja.

Pembeli boleh memohon penolakan e-Invois yang telah disahkan jika terdapat kesalahan maklumat pada invois tersebut. Penolakan ini mestilah dibuat dalam tempoh 72 jam daripada masa pengesahan e-Invoice ini.

Notifikasi penolakan ini akan dihantar kepada penjual untuk memaklumkan permohonan tersebut.

Hanya justifikasi dan alasan penolakan yang kukuh sahaja akan dibenarkan untuk membuat permohonan.

6. Semak dan Check Rekod Transaksi di Portal Myinvois

Semakan transaksi dan rekod e-Invois ini boleh disemak menerusi laman sesawang MyInvois untuk rujukan pihak penjual dan pembeli. Ianya boleh diakses secara atas talian.

Senarai Maklumat Yang LHDN Check di Sistem Malaysia Invoicing 2024

Entiti pembayar cukai perlu mengklarifikasikan maklumat-maklumat seperti berikut di dalam sistem e-Invois bagi rujukan LHDN dan ianya boleh dijana menerusi e-Invois ini;

e-invoicing malaysia
  1. Nama pihak penjual dan pembeli
  2. Butiran maklumat penjual dan pembeli seperti nombor pengenalan cukai, nombor pendaftaran perniagaan atau nombor kad pengenalan, nombor pendaftaran CJP, alamat emel, kod aktiviti perniagaan dan butiran aktiviti perniagaan.
  3. Nombor telefon penjual dan pembeli.
  4. Butiran e-Invois seperti jenis e-Invois, kod/ nombor e-Invois, nombor rujukan, tarikh dan masa e-Invois, tarikh dan masa pengesahan, tandatangan digital pengeluar, kod mata wang invois, kekerapan bil, dan tempoh bil.
  5. Nombor ID Unik e-Invois
  6. Butiran produk atau perkhidmatan seperti pengelasan produk/ perkhidmatan, keterangan berkenaan produk/ perkhidmatan, harga, jenis cukai, kadar cukai, jumlah cukai, butiran pengecualian cukai, jumlah yang dikecualikan daripada cukai, jumlah kecil, jumlah tidak termasuk cukai, jumlah termasuk cukai, kuantiti, ukuran, kadar diskaun dan jumlah diskaun.
  7. Maklumat bayaran e-Invois seperti kaedah pembayaran, nombor akaun bank penjual, terma pembayaran, amaun pembayaran, tarikh pembayaran, nombor rujukan pembayaran dan nombor rujukan bil.

Senarai Syarikat Yang Perlu Daftar E-Invoice Malaysia

Perlaksanaan e-invoicing malaysia ini akan dijalankan secara berperingkat untuk memastikan peralihan proses invois secara dokumen kertas dan elektronik dapat diganti dengan sistem e-Invois ini secara lebih progresif.

Sistem e-invoice lhdn ini adalah terpakai untuk semua individu atau entiti pembayar cukai yang menjalankan perniagaan komersial di Malaysia.

Pendaftaran sistem ini perlu dilakukan oleh semua individu dan entiti seperti berikut;

  1. Syarikat
  2. Koperasi
  3. Persatuan
  4. Kumpulan orang
  5. Badan amanah
  6. Unit amanah
  7. Amanah perniagaan
  8. Tabung amanah hartanah
  9. Amanah harta
  10. Amanah perlaburan hartanah
  11. Cawangan
  12. Pejabat perwakilan dan pejabat wilayah
  13. Perkongsian Liabiliti Terhad (PLT)
  14. Perkongsian

Adakah E-Invoice LHDN Wajib di Malaysia

Perlaksanaan e-Invois ini akan mula digunakan secara sepenuhnya bermula Jun 2024.

Kini, ianya diperkenalkan secara berperingkat untuk memberi pendedahan kepada peniaga dan pembeli berkenaan penggunaan e-invoice lhdn ini dalam aktiviti perniagaan harian.

Ianya terpakai untuk semua transaksi perniagaan yang melibatkan transaksi domestik dan antarabangsa.

Dokumen e-invoice lhdn akan mula dikuatkuasakan penggunaannya di Malaysia untuk memperkemaskan dan memperkukuhkan sistem percukaian di Malaysia sekaligus memberi impak positif kepada dasar fiskal negara dalam jangka masa panjang.

Oleh itu, penggunaan e-Invois ini adalah mandatori untuk semua pembayar cukai bagi perniagaan komersial di Malaysia.

Senarai Bantuan dan Inisiatif Daftar E-Invoice LHDN Malaysia

Berikut merupakan bantuan dan inisiatif yang disediakan oleh syarikat-syarikat yang menyediakan perkhidmatan untuk daftar e-Invoice lhdn;

  1. Accenture Sdn Bhd 
  2. Auto Count Sdn Bhd 
  3. Awantec Systems Sdn Bhd 
  4. Beacon Systems Sdn Bhd 
  5. Binery Limited
  6. Crediflow AB 
  7. Datapost (Singapore) Pte Ltd 
  8. Defmacro Software Private Limited
  9. Despaq Sdn Bhd
  10. Egroup Tech Sdn Bhd 
  11. Esker Document Business Automation Sdn Bhd (M) 
  12. Finexus Sdn Bhd
  13. IMT Tech Sdn Bhd 
  14. Linkfor Sdn Bhd
  15. Storecove 
  16. Tickstar from Xero 
  17. Valta Technology Group Pty Ltd

Kelebihan Sistem E-Invoicing Malaysia

Sistem e-invoicing malaysia ini diperkenalkan di Malaysia adalah untuk memberi manfaat kepada rakyat, ekonomi dan negara.

Dengan adanya sistem e-Invois ini, ianya dapat memudahkan rakyat Malaysia yang menjalankan aktiviti perniagaan untuk merekodkan segala transaksi perniagaan mereka.

portal myinvois lhdn

Melalui kaedah ini, dokumen kertas atau elektronik dapat dikurangkan sekaligus dapat mengurangkan kesalahan pada maklumat invois.

Oleh itu, operasi perniagaan dapat berjalan dengan lancar.

Selain itu, sistem e-invoice lhdn ini diakui dapat membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi digital di Malaysia.

Bukan itu sahaja, ianya dapat memperkasakan sistem cukai yang terdapat di Malaysia.

Pelaporan cukai tahunan ini dapat dijalankan dengan cekap dan tepat yang boleh memudahkan pembayar cukai untuk mengemukakan borang nyata di Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Tuntasnya, matlamat kerajaan ke arah memperkasakan ekonomi digital dapat dicapai.

Kini, sistem e-invoicing malaysia ini banyak dilaksanakan dan dijalankan di negara-negara maju yang lain.

Usaha kerajaan yang diterajui oleh Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) di bawah Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) diberi mandat untuk menjalankan inisiatif ini.

Perlaksanaan ini adalah untuk mewujudkan sistem digitalisasi negara yang lebih efektif dan efisien.

Tidak dapat disangkal lagi, sistem e-invoicing malaysia ini signifikan untuk pertumbuhan perkhidmatan digitalisasi negara dan ekonomi untuk menjamin kesejahteraan aktiviti perniagaan rakyat Malaysia.

Beza Sistem Invois Lama vs E-Invois Malaysia

Sebelum wujudnya sistem e-Invois ini, sistem invois manual dalam bentuk dokumen kertas atau elektronik digunakan dalam sesebuah perniagaan.

Kini, pertumbuhan ekonomi Malaysia adalah ke arah sistem digitalisasi.

Pendigitalan sistem kerajaan ini bermatlamat untuk meningkatkan kecekapan segala perkhidmatan di Malaysia.

Perlaksanaan e-invoicing malaysia ini ternyata memberi impak yang positif kepada negara, ekonomi dan rakyat. 

Sebagaimana sebelum ini. Sistem invois lama yang dijana menerusi dokumen kertas akan melalui beberapa proses yang bermula dengan penerimaan akaun penghutang atau akaun belum terima.

Pihak syarikat/ peniaga akan menyediakan invois bagi tujuan bayaran produk atau perkhidmatan. Invois tersebut akan dicetak, dihantar dan direkodkan di dalam sistem akaun syarikat.

Setelah invois tersebut sampai ke tangan pembeli, pihak pembeli akan membuat bayaran.

Namun begitu, ada juga beberapa syarikat yang menggunakan kaedah elektronik di mana invois dijana menerusi format elektronik seperti PDF, Excel, Word dan lain-lain.

Kesannya, proses ini memakan masa yang panjang dan kaedah ini boleh menyebabkan banyak kesalahan informasi sepanjang tempoh invois dijana.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia