Harga Honda HRV Baru: Bayaran Bulanan Kereta (2024)

Harga Honda HRV 2023 Malaysia yang bakal bersaing dengan mitsubishi xpander, toyota corolla cross, proton x50

harga honda hrv 2023 malaysia

Setelah penantian sehingga 7 tahun lamanya, akhirnya generasi 3 yang terbaru dan terkini dilancarkan di pasaran Malaysia.

BACA SINI: Harga mitsubishi xpander 2023 yang terkini

Di bawah ini kami kongsikan kepada anda butiran lengkap untuk spesifikasi, gambar design, kelebihan dan kekurangan serta harga hrv yang dijual di pasaran Malaysia.

BACA SINI: Ford ranger 2023 price malaysia

Harga Honda HRV 2023 di Malaysia

Inilah harga yang diumumkan untuk harga kereta hrv di Malaysia termasuk honda di Sabah Sarawak Perlis Kedah Melaka Pahang Kuala Lumpur Kl Pulau Pinang Penang Selangor Negeri Sembilan Perak Pahang Terengganu Kelantan.

MODELJENIS HARGASEMENANJUNG (RM)SABAH & SARAWAK
1.5L SHARGA RETAIL TANPA INSURAN114,800.00116,800.00

HARGA JUALAN114,460.00116,568.00
1.5L Turbo EHARGA RETAIL TANPA INSURAN129,800.00131,800.00

HARGA JUALAN129,800.00131,568.00
1.5L Turbo VHARGA RETAIL TANPA INSURAN134,800.00136,800.00

HARGA JUALAN134,460.00136,568.00
1.5L e.HEV RSHARGA RETAIL TANPA INSURAN140,800.00142,800.00

HARGA JUALAN140,460.00142,568.00
SUMBER: HONDA MALAYSIA

Harga Honda HRV Bayaran Bulanan (10 % Downpayment)

VARIANANSURANSEMENANJUNG (RM)SABAH & SARAWAK
1.5L S9 TAHUN1,214.971,236.13
7 TAHUN1,488.301,514.23
5 TAHUN1,980.302,014.80
1.5L Turbo E9 TAHUN1,373.721,394.88
7 TAHUN1,682.761,708.69
5 TAHUN2,239.052,273.55
1.5L Turbo V9 TAHUN1,426.631,447.80
7 TAHUN1,747.591,773.51
5 TAHUN2,325.302,359.80
1.5L e.HEV RS9 TAHUN1,490.131,511.80
7 TAHUN1,825.371,851.30
5 TAHUN2,428.802,463.30
NOTA: Harga hrv adalah berdasarkan 3% kadar faedah

Kelebihan

1. Reka Bentuk Yang Sangat Menawan

Saban tahun, HRV sentiasa menjadi sebuah kereta yang mempunyai reka bentuk yang menawan.

HRV menampilkan rekaan luaran yang lebih memukau.

Ia kelihatan matang dengan penampilan yang lebih “sporty” dan dengan reka bentuk coupe.

Grill pengudaraan telah direka semula menjadikan ianya kelihatan berbeza daripada rekaan yang sebelumnya.

Hood semakin panjang dan rata berbanding rekaan sedia ada dan rekaan belakang menampakkan kemewahan kereta hrv ini di jalan raya. 

2. Ruang Kaki Yang Luas

Dapat dilihat melalui rekaan HRV bahawa Honda telah menambakbaik ruang kabin mereka setelah mengambil kira maklumbalas daripada penggunaan model sebelumnya.

Ruang kaki bukan sahaja luas malah memberi keselesaan kepada penumpang dan juga pemandu tidak kira samada penumpang duduk di depan ataupun hadapan.

3. Kerusi Yang Versetail

Tidak  seperti rekaan kereta lain yang sama kelas dengannya, kerusi HRV lebih versetail membolehkan penumpang memilih konfigurasi tempat duduk yang pelbagai.

Ia menawarkan fleksibiliti, akses yang mudah, selesa dan lebih banyak pilihan ruang penyimpanan.

Apabila kerusi belakang dilipat sepenuhnya, ia menyediakan ruang penyimpanan yang lebih besar di belakang.

4. Bahan Buatan Cabin Premium 

Kita sedia maklum bahawa, honda sangat mengutamakan kualiti bahan-bahan yang mereka gunakan dalam setiap model kereta bagi menjamin keselamatan penumpang dan juga mengekalkan sentuhan akhir yang premium kenderaan mereka.

Walaupun penggunaan bahan dalam setiap model adalah berbeza, namun kualiti nya tetap tinggi. 

5. Pemegang Pintu Tersembunyi

Semasa mula diperkenalkan, pemegang pintu tersembunyi HRV mendapat maklumbalas yang positif.

Pada model ini, reka bentuk kereta disesuaikan lagi dengan ciri ini menjadikan ianya lebih mantap dan premium.

Dengan reka bentuk coupe, ciri pemegang pintu tersembunyi menjadikan model HRV kelihatan seolah-olah kereta dengan dua pintu. 

6. Ciri Ciri Keselamatan Berteknologi Tinggi

Semua varian HRV dilengkapi ciri-ciri keselamatan berteknologi tinggi.

Ini termasuk sistem pelanggaran hadapan, sistem brek mitigasi pelanggaran, sistem bantuan pengekalan laluan, mitigasi perlepasan jalan, amaran perlepasan laluan, lampu tinggi automatic, dan sebagainya.

Kekurangan

1. Ruang Kepala Yang Terhad

Ruang kaki memang luas, namun ruang kepala tidak lah seluas dan seselesa yang disangka.

Ruang kepala adalah sangat terutam sekali di bahagian belakang dan keadaan ini sangat tidak selesa bagi mereka yang bertubuh tinggi.

Tambahan lagi, penumpang juga berisiko terhantuk kepada di siling kereta sekiranya melalui jalan yang bergelombang dan berbonggol.

2. Enjin HRV Tidaklah Begitu Mengagumkan

Enjin HRV tidak sehebat reka bentuk nya yang menawan, malah ada yang mengatakan enjin HRV kurang kuasa dibandingkan dengan rupanya yang premium.

Walaupun ujian pemanduan menunjukkan kuasa enjin HRV adalah memadai untuk menampung berat kereta tersebut, namun prestasi enjin tersebuh tidak segah rupanya premium dan sporty.

3. Terlalu Banyak Butang Sesentuh

Tidak dapat disangkal bahawa, ruang cabin HRV adalah sangat eksklusif dan selesa, namun butang sesentuh piano yang terlalu banyak menyebabkan ianya mudah rosak dan calar kerana ianya akan sering disentuh. 

4. Tidak Secanggih Pesaingnya

Pelanggan sangat percaya dengan jenama honda kerana jenama itu sendiri dan bahan-bahan yang digunakan yang sangat berkualiti tinggi.

Itu merupakan kelebihan Honda yang sering mengatasi pesaing-pesaingnya yang lain.

Namun, Honda sering ketinggalan apabila melibatkan inovasi teknologi yang lebih canggih.

Sebagai contoh, HRV tidak dilengkapi dengan kerusi mudah alih berkuasa tinggi. 

5. Pecutan Yang Lambat

Jika dibandingkan dengan Proton X50, kuasa pecutan HRV adalah lebih lambat.

HRV Malaysia mengambil masa 8.7 saat untuk mencapai kelajuan 100km/jam berbanding X50 yang hanya mengambil masa 7.9 saat untuk mencapai kelajuan yang sama.

Varian yang lain pula mengambil masa yang lebih lama untuk mencapai kelajuan tersebut.

6. Hanya Dilengkapi 4 Beg Udara

Walaupun sistem keselamatan yang berteknologi tinggi, HRV hanya menyediakan 4 beg udara sahaja.

Ini jauh ketinggalan berbanding pesaingnya seperti X50 dan Corolla Cross.

HRV Jimat Minyak Tak

hrv vs corolla cross

Honda menyatakan bahawa model HRV boleh pergi sejauh 15.4km hanya dengan seliter minyak sahaja.

Ini bermakna dengan hanya 6.6 liter anda boleh memandu sejauh 100km apabila menggunakan model ini.

Kenyataan ini menunjukkan bahawa HRV sememangnya kereta yang jimat minyak.

HRV vs Corolla Cross Mana Lebih Bagus

1. Harga Dan Pilihan

Jika dibandingkan dari segi harga HRV menawarkan lebih pilhan dan model.

Malah harga HRV lebih mampu milik berbanding corolla cross.

Sebagai contoh, anda boleh memiliki model ini dengan harga hrv dari RM114800 berbanding corolla cross yang berharga RM128303. 

2. Rekaan Luaran

Dari segi reka bentuk luaran, ia jauh mengatasi corolla cross. Grille depan HRV lebih bergaya berbanding cross.

Kehalusan dan kelicinan reka bentuk HRV dari bahagian sisi hingga ke belakang mengatasi rekaan cross yang lebih “chunky”.

Pemegang pintu tersembunyi menjadikan HRV lebih eksklusif berbanding cross.

3. Rekaan Dalaman

Apabila anda memasuki HRV dan Cross anda akan disajikan dengan paparan gaya terapung.

Walaubagaimanapun, cabin HRV menyajikan ruang cabin yang lebih bergaya.

9 inci Skrin monitor permainan media cross lebih besar berbanding 7 inci milik HRV.

Namun sistem brek tangan elektronik HRV jauh mengatasi sistem brek tangan cross yang masih menggunakan sistem tekanan kaki. Ruang cabin HRV juga lebih luas dan selesa berbanding cross.

4. HRV Lebih Manuver Berbanding Cross

HRV sedikit lebih rendah dan kecil berbanding Cross. Ini memudahken pemanduan di jalan raya dan juga memudahkan pemandu meletakkan kenderaan di dalam ruang yang sempit.

5. Ciri Kedap Bunyi

Sistem kedap bunyi HRV menjadikan pemanduan begitu selesa dengan menangkis segala bunyi dari luar daripada memasuki ruang cabin.

Persoalannya adalah model kereta hrv ini akan membunuh model lain untuk segmen B suv di Malaysia?

Adakah anda merasakan tawaran harga honda hrv berbaloi untuk dimiliki?

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia