Harga Rumah 2025 Terkini: Statistik Kenaikan Per Tahun

Statistik dan Apa punca kenaikan harga rumah 2025 di Malaysia naik berapa persen per tahun lagi meliahtkan pasaran sekarang ini.

kenaikan harga rumah 2025 per tahun di malaysia

Kepada sesiapa yang mengharapkan agar harga untuk turun untuk unit baru yang dilancarkan atau rumah subsale, pasti hampir tiada kerana kebanyakan sekarang melihatkan trend naik pada ketika ini.

Jikalau harga tidak berubah pasti keluasan rumah semakin mengecil, bumbung sudah tiada hanya slab semata dan lain-lain.

Ada memang ada untuk harga rumah turun tetapi mungin anda boleh dapat pada pasaran rumah lelong malaysia yang tidak semua mampu daripada segi modal dan ilmu hartanah untuk membelinya.

Tidak mudah tetapi jika ada modal lebih dan ilmu tentang rumah lelong, insyaallah boleh dapat.

Kita boleh melihat sendiri pasaran hartanah di Malaysia hari ini kembali rancak.

Permintaan agak memberangsang dan dalam masa yang sama trend memperlihatkan inflasi kenaikan harga property rumah malaysia semakin meningkat per tahun.

Statistik Pasaran Harga Rumah di Malaysia 2025

Berdasar kajian dari kalangan pakar, ini yang akan antara 12 bulan dan 24 yang akan datang:

BACA SINI >> Semakan cukai tanah selangor dan Cara Bayar Online dengan pejabat tanah dan galian selangor

  • Harga rumah terkini di Malaysia dan juga kadar sewa akan naik untuk 12 hingga 24 bulan yang akan datang
  • Kadar harga dijangka akan naik sehinga 11.8 peratus di seluruh naik untuk tempoh 12 bulan dari sekarang.
  • Lonjakan tersebut akan naik ke paras 16.5 peratus untuk 24 bulan mendatang
  • Diharapkan anda semua lebih bersedia dengan lonjakan harga rumah di malaysia termasuk naik di Sarawak, kenaikan di Selangor, Kuala Lumpur Kl Sabah Sarawak Pulau Pinang Penang Kedah Perak Negeri Sembilan melaka Johor Pahang Terengganu dan Kelantan.
  • Sekarang, kita telah lihat sendiri ramalan sebelum ini yang mengatakan harga rumah akan naik 2025 dan ia telah pun menjadi realiti.

BACA SINI >> Faizul Ridzuan: Nak Daftar Client FAR Capital Sdn Bhd Tapi Was2?

Sumber: https://www.thesundaily.my

BACA SINI >> cara isi borang 14a

Punca Harga Rumah Naik Berapa Persen Per Tahun

Ada beberapa sebab, faktor dan punca yang sedang menyebabkan kenaikan terkini untuk harga rumah malaysia. Antaranya ialah:

  1. Ekonomi Malaysia terus mencatatkan pertumbahan yang memberangsangkan
  2. Banyak pemaju dan kontraktor yang ‘tersungkur’ di tengah jalan tidak dapat meneruskan projek sedia. Banyak rumah terbengkalai. Akhirnya pilihan yang sedia menjadi kurang untuk kalangan pembeli hartanah di Malaysia.
  3. Jumlah kawasan strategik untuk dibangunkan untuk projek pada masa akan datang semakin berkurang
  4. Perang tarif antara dua kuasa besar dunia antara negara seperti Amerika Syarikat dan China masih lagi tidak berkesudahan dan turut memberikan impak dan kesan teruk kepada rantaian bekalan dunia
  5. Inflasi di Malaysia yang terus naik sekarang sebenarnya menyumbang kepada perkadaran harga property di Malaysia naik
  6. Tidak lupa juga kenaikan gaji minimum turut membantu melonjakkan lagi harga yang ada pada hari ini.
  7. Margin keuntungan pemaju semakin berkurang yang mana akhirnya beban tersebut akan dipulangkan dan dialihkan kepada kalangan pembeli mereka
  8. Semakin ramai pelabur hartanah yang mampu membeli lebih banyak unit hartanah dan mempunyai kewangan yang lebih kukuh untuk mengekalkan unit tersebut walaupun di era kemelesetan ekonomi. Sekaligus sukar untuk melihatkan harga jatuh pada masa akan datang.

Berdasarkan rekod sebenarnya dalam keseuruhan kos projek sebenarnya 50 ke 60 peratus datangnya dari kos dan harga bahan binaan itu sendiri.

Jika kos bahan binaan naik sebagai contoh sebanyak 20 peratus, memang tidak boleh dielakkan harga untuk rumah kediaman di malaysia juga akan naik sekurang-kurangnya 10 peratus.

Adakah Harga Turun Pada Masa Akan Datang

Harga memang boleh turun tetapi hanya untuk sesetengah lokasi dan projek sahaja.

BACA SINI >> cara buat wardrobe sendiri

  1. Kawasan tersebut banyak rumah lelong
  2. Kawasan pembangunan hartanah tersebut tidak strategik memberikan persepsi buruk dan negetif kepada pembeli dan pelabur hartanah
  3. Unit rumah tersebut dibeli oleh kalangan yang mempunyai masalah kewangan untuk mengekalkan simpanan untuk tempoh yang lebih lama
  4. Kawasan tersebut mempunyai kadar jenayah yang tinggi yang boleh menyebabkan harga turun

Trend Pasaran Harga Hartanah Malaysia 10 Tahun Akan Datang

Harga untuk 10 tahun akan datang dijangka akan terus meningkat naik. Dan pastinya akan lebih banyak saiz rumah kecil daripada biasa yang akan diperkenalkan.

  • Contohnya saiz rumah teres setingkat akan banyak ditawarkan 18 x 65 atau 18 x 60 berbanding keluasan 20×70 atau 22×70 seperti yang ditawarkan sekarang
  • Begitu juga pada masa akan datang keluasan saiz untuk semi D setingkat akan berkurang kepada 30 x 70 atau 30 x 65 berbanding 35 x 70 atau 40 x 80 seperti yang ditawarkan sekarang

Yang pastinya tidak kiralah harga tekrini rumah banglo atau harga kondominium, teres, semi d, semuanya akan naik selepas ini.

Diharapkan kerajaan hari ini dapat berbuat sesuatu sebelum keadaan menjadi lebih buruk pada masa akan datang.