Harga Toyota Corolla Cross 2024 Price Malaysia

Senarai gambar dan Harga Toyota Corolla Cross 2024 price Malaysia untuk kereta baru

harga toyota corolla cross 2023

Melihatkan identiti, kereta toyoto cross apabila dilihat daripada segi luarannya macam tidak berkongsi platform. Hakikatnya Toyota meletakkan posisi kereta ini di antara CHR dengan RAV4.

BACA SINI >> Berapa harga hrv baru di Malaysia

Model cross toyota baru sama sekali tidak bersaing dengan HRV, ia juga sama sekali tidak bersaing dengan CRV. Tidak. 

BACA SINI >> Harga toyota hilux malaysia

Harga Toyota Corolla Cross 2024 Yang Baru

Ini contoh kereta baru dan senarai harga toyota Corolla Cross 2023 price di Malaysia termasuk di Sabah Sarawak Labuan Langkawi Melaka Negeri Sembilan Pahang Pulau Pinang Penang Selangor Kuala Lumpur KL Negeri Sembilan Perak Perlis kedah Terengganu Johor dan Kelantan?

VARIANSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN (RM)
HYBRID ELECTRIC139,991142,490.30142,540.30130K131,579.65
COROLLA CROSS 1.8V A/T134,429136,928.30136,978.30114K115,579.65
COROLLA CROSS 1.8G A/T128,303130,802.30130,852.30108K109,579.65

SUMBER harga kereta toyota: Toyota Malaysia

Harga Corolla Cross Bayaran Bulanan (10 % Downpayment)

(i) Varian Toyota Cross Hybrid Malaysia ELECTRIC

TAHUNSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN (RM)
52414.832457.942458.822242.502269.75
71814.871847.271847.931685.361705.84
91481.561508.011508.551375.831392.55

(ii) Toyota Price 2023 bagi Varian CROSS 1.8V A / T

TAHUNSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN (RM)
52318.92362.012362.871966.51993.75
71742.771775.181775.821477.931498.41
91422.711449.161449.691206.501223.22

(iii) Toyota Price Malaysia 2023 Bagi Varian HARGA TOYOTA CROSS 1.8G A / T

TAHUNSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN
(RM)
52213.232256.342257.211863.001890.25
71663.361695.761696.411400.141420.62
91357.881384.331384.861143.001159.72
Harga kereta toyota adalah berdasarkan kadar faedah 3 peratus

Harga Toyota Corolla Cross Bayaran Bulanan (Tiada Deposit)

(i) Varian Toyota COROLLA CROSS HYBRID ELECTRIC

TAHUNSEMENJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN (RM)
52491.492539.402540.362300.002330.28
71872.491908.491909.211728.571751.33
91528.601557.991558.581411.111429.69

(ii) Varian COROLLA CROSS 1.8V A / T

TAHUNSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN (RM)
52384.892432.792433.751993.332023.61
71792.371828.371829.091498.101520.85
91463.191492.581493.171222.961241.54

(iii) Varian COROLLA CROSS 1.8G A / T

TAHUNSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LANGKAWI (RM)LABUAN (RM)
52267.472315.382316.341878.331908.61
71704.131740.131740.851411.671434.42
91391.161420.551421.131152.411170.98

Harga Toyota Hilux Bayaran Bulanan (Tiada Deposit)

TAHUNSEMENANJUNG (RM)SABAH (RM)SARAWAK (RM)LABUAN (RM)LANGKAWI (RM)
52681.032712.052715.642522.392495.94
72014.942038.252040.951895.711875.83
91644.891663.921666.121547.551531.33

7 Kelebihan

1. Rekaan Luaran Yang Moden Dan Gagah

Reka bentuk grill hadapan yang direka lebih tebal berbentuk trapezius berganda menjadikan bahagian hadapan Cross kelihatan moden dan gagah.

Ini ditambah lagi dengan rekabentuk lampu LED yang tipis yang seakan-akan menatap focus ke arah perjalanan.

Lampu kabus yang tersimpan rapi pada bumper memberikan visibiliti yang selesa dan aman ketika memandu.

Selain daripada rekaan tubuh kereta itu sendiri, rim 18 inci rekaan terbaru dengan kombinasi warna kelabu gelap dan krom memberikan kesan yang lebih moden seterusnya meningkatkan keyakinan dan kemegahan pemanduan kepada pengguna.

2. Ruang Dalaman Toyota Corrola Cross Malaysia Yang Elegan

Gabungan warna krom perak dan hitam pada setiap perincian dalaman memberikan kesan yang begitu elegan pada bahagian dalaman Toyota Corrola Cross.

Selain itu, ukuran kabinnya juga cukup lumayan luas dengan rekaan yang mengambil kira keselesaan penumpang semasa mereka duduk.

Ciri-ciri yang lain seperti multi-purpose head unit yang berukuran 9 inci dan dilengkapi dengan ciri arahan suara, padanan skrin, NFC, Bluetooth dan siaran radio memberikan pengalaman pemanduan yang nyaman kepada pemandu.

Sistem penyaman udara dua zon yang lengkap dengan fungsi automatik menambahkan keselesaan pemandu dan juga penumpang.

3. Ciri Keselamatan Yang Lengkap

Kereta Toyota Corolla 2023 baru dilengkapi dengan ciri keselamatan berkteknologi tinggi.

  1. 7 beg udara menyediakan keselamatan yang lengkap kepada pemandu dan penumpang.
  2. Kamera panorama 3D membantu pemandu menyusur di ruang yang sempit
  3. Sistem pemantauan titik buta mengesan sekiranya terdapat kenderaan berhampiran yang anda tidak dapat lihat
  4. 6 pengesan membantu anda meletakkan kenderaan dengan sempurna dan selamat.
  5. Ciri isyarat brek kecemasan (EBS) akan memberi isyarat sekiranya anda terlalu hampir dengan kenderaan lain agar tidak berlaku kemalangan.
  6. Sementara itu, ciri Hill-Start Assist Control (HAC), memastikan kenderaan anda tidak mengundur semasa memulakan pemanduan menaiki bukit.
  7. Ciri kawalan kestabilan kenderaan (VSC) dengan kawalan daya tarikan (TRC) pula menghindar daripada tergelincir semasa menulusuri jalan yang berselekoh dan mengawal putaran dan sentuhan tayar dengan membrek atau memperlahankan enjin. 

4. Prestasi Yang Mantap

Dengan enjin 4 silinder DOHC dengan dual VVT-I dan kapasiti 1.8 cc, Toyota Corolla Cross mampu menghasilkan kuasa maksimum 140 PS dan tork sehingga 172 Nm.

Sistem bahan bakar Electronic Fuel Injection (EFI) pula menjadikan penggunaan minyak toyota corrola cross lebih jimat. 

5. Pemanduan Selesa Toyota Baru

Dikatakan tempat duduk hadapan Corolla Cross adalah lebih selesa berbanding Mercedes-Bnez GLC yang pastinya memberikan pengalaman pemanduan yang selesa. Maklumbalas daripada pelanggan yang telah memandu uji kereta ini juga mengatakan kehingaran dalam ruangan kabin juga berada pada tahap yang selesa.

6. Kendalian Pemanduan Yang Baik

Platform Toyota New Global Architecture (TNGA) direka untuk mengoptimumkan kestabilan, ketangkasan dan keterlihatan bagi memastikan anda mengalami pengalaman pemnaduan yang menyeronokkan.

Platform TNGA memberikan pengalaman pengendalian yang terbaik di mana tidak berlaku kelewatan di antara input stereng dengan laluan sebenar.

Keadaan ini mengurangkan masalah mabuk kenderaan kerana badan pemandu bergerak selari dengan pergerakan kereta.

7. Sudut Pandang Dan Pakej Praktikaliti Terbaik

Sudut pandang hadapan dan belakang Corlla Cross lebih baik berbanding model yang digantkan iaitu Toyota C-HR.

Saiznya pula sesuai dengan keadaan bandar di Malaysia dan memudahkan tugas meletakkan kenderaan.

Cermin sisi yang digabungkan dengan gear undur amat membantu para pemandu dalam meletakkan kenderaan dan semasa mengundur.

Dengan gabungan ini, cermin sisi akan melaras ke bawah untuk menunjukkan bahagian bahagian bahu jalan setiap kali anda mengundur.

Ruang but seluas 440 liter pula merupakan antara yang terbesar di dalam kelasnya dengan bukaan yang luas dan rendah cukup memudahkan pemunggahan barang.

2 Kekurangan Toyota Cross 2024 Malaysia

1. TSS Tidak Sebaik Honda Sensing

Selain ciri keselamatan yang lain, Corolla Cross juga dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS) bagi sistem bantuan pemandu termaju (ADAS) yang fungsinya adalah sama dengan Honda Sensing, Subaru EyeSight, dan Perodua Smart Drive Assist.

Walaubagaimanapun, aplikasi di dalam dunia nyata, TSS Corolla Cross tidak lah setanding Honda Sensing yang akan dilengkapkan pada Honda HR-V 2023.

Ketika pemanduan di lebuh raya, sistem kawalan adaptif bertindakbalas agak lambat dan cengkaman brek pula terlalu kuat.

Apabila kereta lain tidak lagi menghampirinya, tindakbalas Corolla Cross agak lambat untuk kembali memecut.

Ini berbeza dengan model Honda yang dilengkapi dengan Honda Sensing yang berfungsi dengan lebih lancar.

Selain itu, dikhabarkan juga bahawa ciri DRCC Corolla Cross akan dibatalkan kerana pemandu digesa untuk menekan brek ketika kenderaan sedang berhenti, sekiranya brek tidak ditekan dalam masa 3 saat, kereta akan bergerak sendiri ke hadapan walaupun anda masih ingin memberhentikan kenderaan.

Keadaan ini berlaku kerana Toyata cross tidak mempunyai brek parkir elektronik (EPB).

2. Sistem Infotainment Yang Kurang Menarik

Sistem infortainment kereta Toyota sememangnya merupakan kelemahan terbesar mereka dan Corolla Cross juga tidak terkecuali.

Tidak seperti pasaran antarabangsa yang dilengkapi dengan paparan panel terapung, model Corolla Cross Malaysia hanya dilengkapi unit 2-DIN yang kelihatan seperti TV lama.

Paparan video toyata cross untuk kamera 360 darjah juga kurang menarik dan kurang jelas.

Susun atur butang pada setereng pula tidak begitu intuitif, dengan kawalan untuk fungsi berkaitan audio yang berterabur.

Malaysia Toyota Corolla Cross Jimat Minyak Tak

Toyota menyatakan bahawa varian hibrid mampu pergi sejauh 23.3km menggunakan 1 L bahan bakar yang ianya adalah sangat menjimatkan

Kereta Toyota Corolla Cross vs Subaru XV

Gambar kereta toyota baru seperti di bawah ini

toyota corolla cross vs price

1. Harga Toyota Corolla Cross Malaysia Price

Subaru tampil dengan dua varian dengan harga paling murah adalah RM139788 manakala Toyota Corolla Cross price malaysia hadir dengan 3 varian kereta dengan varian paling mahal adalah varian hibrid dengan harga RM139991.

Ini jelas menunjukkan varian paling mahal Cross Toyota hanya sedikit mahal dengan varian paling murah Subaru XV.

Varian kereta toyota cros yang lain pula jauh lebih murah dan ini jelas menunjukkan harga Toyota Corolla Cross lebih mampu milik. 

2. Kelengkapan Toyota Corolla Cross Malaysia

Subaru XV 2.0 i-p tidak lagi terasa seperti biasa dengan versi facelift terkini.

Dilengkapi dengan lampu hadapan LED automatik, pengelap cermin pengesan hujan dan tempat duduk pemandu yang mempunyai 8 variasi pelarasan menjadikan ianya setanding Corolla Cross.

Standard infortainmen juga dinaiktaraf dengan kedua-dua varian Subaru XV boleh disambung dengan aplikasi Android Auto dan Apple CarPlay.

Penambahbaikan paling signifikan Subaru XV adalah penambahan sistem Eyesight ADAS suite yang mana sehingga sekarang merupakan yang terbaik pernah diuji.

Namun Toyoto Corolla Cross baru juga tidak kurang hebatnya kerana dilengkapi dengan Toyota Safety Sense (TSS).

3. Praktikal

Dari segi praktikal, Toyota Corolla Cross jauh mendahului Subaru XV terutama sekali dari segi rekaan dalaman.

  1. Pertama sekali, ruang but Corolla Cross yang mempunyai isipadu 440L jauh mengatasi Subaru XV yang hanya memiliki ruang but berisipadu 385L.
  2. Dengan rekaan yang lebih tinggi dan lebar, ruang tempat duduk belakang Corolla Cross terasa lebih lapang berbanding Subaru XV walaupun Subaru XV memiliki ruang kaki dan kepala yang mampu memberi sedikit saingan kepada Corolla Cross.
  3. Menjadikan toyota cros jauh mendahului dari segi keselesaan adalah dengan kehadiran ruang penyaman udara bahagian belakang yang tidak terdapat pada Subaru XV.

4. Pemanduan Kereta Toyota Corolla Baru Malaysia

Dari segi kuasa enjin, Subaru XV memiliki kuasa 156 PS dan 196 Nm tork mengatasi Toyota Corolla Cross dengan versi bukan hibrid memiliki kuasa 139 PS tork 172 Nm manakla versi hibrid memiliki kuasa 122 PS.

Dengan kuasa yang besar, daya pecutan bukanlah sesuatu masalah bagi Subaru XV.

Tambahan lagi, Subaru XV memiliki symmetrical all-wheel drive (AWD), pemvektoran aktif tork, kawalan dinamik kenderaan, dan suspensi berganda membenarkannya pergi ke mana-mana dan melakukan perkara yang hanya dimimpikan oleh Toyota Corolla Cross.

Ini belum lagi termasuk fungsi berganda X-Mode terbaru yang mengawal enjin, transimisi, pecahan tork AWD, dan sistem brek untuk mengatasi keadaan jalan ‘off-road’ yang rumit.

Walaupun kereta Toyota Corolla Cross dilengkapi dengan platform TNGA nya yang memberikan keselesaan pemanduannya yang tersendiri, ianya tidak lah setajam Subaru. 

5. Sokongan Selepas Jualan

UMV Toyota Motor memberikan sokongan jaminan 5 tahun/ jarak tempuh tanpa had untuk toyota cross price malaysia 2023 manakala Subaru XV mempunyai jaminan selama 5 tahun / 100000 km jarak tempiuh.

Jikalau tanya pendapat kami antara kereta toyota cross vs honda hrv 2023 malaysia, mana satu jadi pilihan kami? Sudah tentunya kami pilih toyoto cross

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia