MBB Online Banking: M2u Login Pengeluaran & Transfer Duit

Cara daftar dan register MBB Online Banking, login untuk Urusan pengeluaran dan transfer duit di m2u

m2u mbb online banking login

MBB merupakan institusi perbankan yang terbesar di Malaysia yang ditubuhkan pada tahun 1960. Banyak perkhidmatan yang diperkenalkan termasuklah perkhidmatan perbankan atas talian iaitu m2u (ini syarat buka akaun maybank).

Bank ini merupakan antara institusi perbankan yang pertama yang memperkenalkan transaksi digital sehingga dinobatkan sebagai Bank Digital Pengguna Terbaik Dunia di Malaysia oleh majalah Global Finance. 

Banyak kemudahan yang disediakan kepada pelanggan yang menggunakan sistem online banking mereka untuk urusan harian mereka.

Hal ini dapat memudahkan pelanggan untuk membuat transaksi antara institusi bank tanpa perlu hadir ke mana-mana cawangan yang terdekat. Ianya termasuklah transaksi permindahan dana, pelaburan saham, pertukaran mata wang dan banyak lagi.

Cara Daftar dan Register MBB Online Banking

Setelah anda selesai urusan buka akaun, pengguna hendaklah register dan daftar mbb online banking bagi tujuan transaksi atas talian.

Berikut merupakan cara register m2u online banking;

  • BACA SINI >> MBSB online Bank Login Semakan Journey & Check Status
m2u online banking login
  1. Layari laman sesawang https://www.maybank2u.com.my untuk register mbb online banking.
  2. Klik pada butang “Register Now” seperti pada Rajah di atas ini
  3. Masukkan nombor kad dan nombor pin bagi akaun pengguna seperti pada Rajah di bawah ini
  4. Klik pada butang “Continue”.
  5. Pengguna kemudian dikehendaki cipta profil pengguna dengan memasukkan nama pengguna, kata laluan dan alamat emel.
  6. Kemudian, klik pada butang “Request TAC” untuk mendapatkan nombor TAC.
  7. Masukkan nombor TAC yang diberikan.
  8. Klik pada butang “Next”.
  9. Pengguna hendaklah memilih gambar bagi tujuan kata kunci keselamatan.
  10. Seterusnya, pengguna digalakkan untuk menjawab tiga (3) soalan berbeza bagi tujuan rujukan pengguna.
  11. Klik pada butang “Done”.
  12. Akhir sekali, akaun anda berjaya didaftarkan.

BACA SINI >> senarai broker forex malaysia

m2u login online banking

Cara Log Masuk MBB Login

Teknologi digital di Malaysia semakin berkembang pesat sejajar dengan negara-negara maju yang lagi.

Individu yang mempunyai akaun di online m2u banking boleh melakukan apa-apa sahaja perkhidmatan secara atas talian sekaligus dapat memudahkan semua urusan pengguna.

Maybannk2U juga boleh dilog masuk secara atas talian dengan hanya dihujung jari pengguna. 

Berikut merupakan cara-cara untuk log masuk ke akaun Maybannk2U menerusi laman sesawang telefon bimbit pengguna;

  1. Pengguna mestilah melayari laman sesawang www.maybank2u.com.my atau memuat turun aplikasi ke telefon bimbit pengguna.
  2. Masukkan nama pengguna seperti mana yang telah didaftarkan dan klik pada butang “Login”.
  3. Pengguna perlu mengesahkan kata kunci keselamatan yang telah disetkan.
  4. Masukkan kata laluan yang sah dan klik pada butang “Login”.
  5. Akhir sekali, paparan menu utama dipaparkan kepada pengguna.

Kemaskini No Telefon

Nombor telefon bimbit pengguna yang telah didaftarkan sangat penting bagi membolehkan pengguna menerima nombor TAC apabila melakukan apa-apa sahaja transaksi di aplikasi m2u.

Berikut merupakan cara cara update dan kemaskini nombor telefon pengguna secara online;

  1. Layari laman website maybank2u.com.my.
  2. Log masuk ke akaun pengguna menggunakan username dan kata laluan yang sah.
  3. Klik pada ikon “Profile Pengguna”.
  4. Seterusnya, klik pada bahagian “Setting”.
  5. Kemudian, klik pada bahagian “Update Contact Details” seperti pada Rajah di bawah ini
  6. Pengguna perlu klik pada tiga titik yang disediakan dan klik pada “Edit details” untuk mengemaskini maklumat nombor telefon pengguna.
  7. Akhir sekali, klik pada butang “Save” setelah kemaskini dilakukan.
kemaskini no telefon online

Tempoh Masa Dapat Duit Jika Pilih Online Transfer

BACA SINI >> cara keluarkan duit tabung haji melalui thijari

Bagi tujuan pemindahan dana atau wang secara atas talian, pengguna boleh memilih untuk buat m2u online transfer secara biasa atau secara segera.

Mbb online transfer yang biasa adalah dikenali dengan IBG Transfer dan pemindahan segera dikenali dengan Instant Transfer. 

Bagi pengguna yang membuat pemindahan wang secara IBG Transfer, pemindahan tersebut akan berlaku mengikut tempoh masa yang telah ditetapkan oleh pihak bank. Berikut merupakan jadual pemindahan wang;

tempoh masa transfer limit pengeluaran

Manakala, bagi pengguna yang membuat pemindahan wang secara Instant Transfer, mereka akan menerima wang tersebut dengan kadar segera setelah pemindahan berjaya dilakukan.

Cara Transfer Duit

BACA SINI >> cara buat pinjaman bank maybank

Perkhidmatan yang ditawarkan oleh bank ini adalah termasuklah pemindahan dana antara akaun bank sendiri ke akaun bank yang sama melibatkan pengguna lain atau pemindahan dana daripada akaun bank Rimau ke akaun perbankan lain.

Hal ini secara tidak langsung dapat memudahkan urusan pemindahan dana tanpa perlu ke mesin ATM.

Pemindahan dana ini boleh berlaku bagi urusan dalam negara dan antarabangsa.

Berikut merupakan cara cara untuk memindahkan dan transfer duit mbb menerusi aplikasi m2u;

  • Layari laman website https://www.maybank2u.com.my.
  • Log masuk ke akaun pengguna menggunakan username dan kata laluan yang sah.
  • Klik pada bahagian “Pay & Transfer”.
  • Masukkan butiran maklumat pemindahan dana daripada akaun penghantar ke akaun penerima seperti pada Rajah di bawah ini.
cara transfer duit bank
  • Pilih bank yang ingin dipindahkan dana.
  • Masukkan butiran maklumat perkenaan bank penerima seperti pada Rajah di bawah ini dengan betul.
cara tidak boleh transfer duit
  • Klik pada butang “Transfer”.
  • Akhir sekali, dana tersebut dipindahkan seperti mana butiran maklumat yang dinyatakan dan pengguna boleh cetak resit pemindahan dana sebagai bukti melakukan pemindahan dana.

Cara Memohon Buku Cek

Cara apply buku cek boleh dilakukan dengan dua (2) cara iaitu permohonan melalui kaunter cawangan ataupun permohonan secara atas online banking.

Berikut merupakan cara untuk memohon buku cek;

BACA SINI >> cara apply credit card cimb

cara memohon buku cek
  1. Layari website www.maybank2u.com.my.
  2. Log masuk ke akaun.
  3. Klik pada bahagian “Accounts & Banking”.
  4. Seterusnya, klik pada bahagian “Cheque” seperti pada Rajah di atas ini
  5. Pilih cawangan di mana pengguna perlu hadir untuk mengambil buku cek.
  6. Kemudian, klik pada butang “Continue” dan “Confirm”.
  7. Akhir sekali, permohonan buku cek akan diproses dan pengguna hendaklah hadir ke cawangan yang dipilih untuk mengambil buku cek tersebut.

NOTA: Tempoh cek masuk dalam akaun adalah sekitar 24 – 48 jam (maksimum)

Kenapa Tak Boleh Transfer Duit

BACA SINI >> mae maybank login

website maybank2u.com.my

Transaksi pemindahan dana ini merupakan transaksi utama yang digunakan oleh pengguna online banking mbb.

Walaubagaimanapun, ada sesetengah transaksi yang menjadikan pemindahanan dana gagal untuk dipindah ke akaun parti ketiga.

Antara sebab sebabnya m2u tak boleh transfer adalah seperti berikut;

  1. Pemindahan dana dilakukan menggunakan nombor akaun parti ketiga yang salah.
  2. Limit bagi pemindahan dana melebihi had juga merupakan salah satu sebab m2u tak boleh transfer.
  3. Pemindahan dana dilakukan pada tempoh akaun dibekukan.

M2u Login Online Banking, Ada Masalah Ke

Samada m2u ada masalah atau tidak, bagi pengalaman kami sendiri, sistem online banking mbb jauh lebih baik. Jarang sangat ada problem.

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia