Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia

Apa maksud Pendapatan Berkanun Penggajian Punca Malaysia & bilangan penggajian lhdn

apa maksud pendapatan berkanun penggajian punca malaysia lhdn

Pendapatan berkanun penggajian punca Malaysia merupakan hasil pendapatan dalam bentuk tunai yang diterima oleh seseorang individu yang bekerja di sesebuah syarikat atau organisasi di Malaysia. Pendapatan ini termasuklah gaji atau upah bulanan, bonus, elaun, komisen, ganjaran dan faedah kewangan yang lain. 

Secara amnya, pendapatan berkanun penggajian ini dikira daripada aktiviti penggajian daripada sumber pekerjaan yang baik. Pendapatan daripada sumber kewangan yang baik adalah termasuklah gaji bulanan yang tetap dan pendapatan tambahan yang diperoleh daripada kerja lebih masa, prestasi kerja yang baik, pelaburan saham, penjualan hak cipta, atau sewaan hak milik.

Kesemua pendapatan ini akan dikenakan cukai pendapatan yang mana kadarnya telah ditetapkan oleh kerajaan dan Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ianya mestilah diisytiharkan kepada LHDN pada setiap tahun taksiran.

Kebiasaanya, cukai ini akan dikenakan ke atas pendapatan yang dijana di Malaysia melebihi RM34,000 setahun dan dikenakan potongan cukai bulanan (PCB).

Senarai Contoh Pendapatan Berkanun Penggajian

Kesemua jenis pendapatan berkanun penggajian ini mestilah hasil daripada sumber kewangan yang baik di sisi undang-undang Malaysia.

Pendapatan ini akan dikenakan cukai ke atasnya mengikut kadar yang ditetapkan oleh LHDN.

Berikut merupakan senarai contoh pendapatan berkanun penggajian yang diterima oleh pekerja yang bekerja di sesebuah organisasi di Malaysia;

  1. Gaji atau pendapatan bulanan – pendapatan ini diterima oleh pekerja secara tetap pada setiap bulan selagimana mereka menjalankan pekerjaan mereka mengikut waktu kerja yang telah ditetapkan. Ianya termasuklah upah, elaun dan bonus. 
  2. Elaun – ia merupakan pendapatan tambahan yang diberikan oleh pekerja kepada majikan disebabkan oleh melakukan kerja lebih masa atau melakukan kerja diluar atau melebihi skop kerja hakiki.
  3. Bonus – ia merupakan pendapatan yang diterima apabila seseorang pekerja menjalankan sesuatu pekerjaan dengan baik dan mempunyai prestasi yang baik mengikut keuntungan yang dijana oleh sesebuah syarikat atau organisasi.
  4. Dividen – ia merupakan pendapatan yang diperolehi daripada apa sahaja aktiviti pelaburan saham dalam sesebuah syarikat.
  5. Royalti – hasil pendapatan daripada penjualan hak cipta dan hak paten seseorang.
  6. Pendapatan sewa – pekerjaan memberi sewa hak milik mereka seperti rumah sewa atau kereta sewa dan pendapatan dijana melaluinya.

SUMBER: LHDN

Apa Maksud Pendapatan Berkanun Sewa

Pendapatan berkanun sewa merupakan keuntungan daripada hasil pendapatan yang diterima dan diperolehi kerana memberi sewa harta milik mereka seperti hartanah kediaman kepada individu lain.

Individu yang memberi sewa akan menjana pendapatan melalui kaedah ini. Ianya tergolong daripada pendapatan jenis pasif.

Pendapatan ini juga akan dikenakan cukai ke atas pendapatannya oleh LHDN. 

Namun begitu, penolakan boleh dilakukan untuk mengurangkan kadar cukai yang dikenakan ke atas pendapatan yang diperoleh daripada sewa milik harta ini.

Jumlah bersih pendapatan berkanun sewa ini boleh ditolak dengan pembelanjaan rumah sewa ini dan lebihnya akan dikenakan cukai.

Antara penolakan yang dibenarkan adalah seperti berikut;

  1. Cukai pintu dan cukai tanah hartanah tersebut.
  2. Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman perumahan.
  3. Premium insurans yang dilanggan oleh pemilik hartanah untuk melindungi hartanah tersebut daripada kejadian yang tidak diingini seperti kebakaran.
  4. Perbelanjaan yang ditanggung untuk mengutip sewa.
  5. Perbelanjaan yang ditanggung untuk menukar penyewa yang lain.
  6. Perbelanjaan yang dikeluarkan untuk melakukan pembaikian dan penyelenggaraan terhadap hartanah tersebut seperti menukar bumbung, membaiki paip dan sebagainya.
pendapatan berkanun sewa

Contoh Cara Kira Pendapatan Berkanun Sewa

Pendapatan berkanun sewa merupakan antara salah satu pendapatan yang dikenakan cukai oleh LHDN.

Kadar progresif percukaian ke atas pendapatan sewa ini adalah sebanyak 0-28%.

Berikut merupakan cara-cara untuk mengira pendapatan berkanun sewa;

Sebagai contoh:

Pendapatan sewa kasar = jumlah sewa bulanan yang dikenakan ke atas individu penyewa x terma kontrak

= RM1,000 x 12 

= RM12,000

Perbelanjaan boleh ditolak = cukai taksiran + cukai tanah + penyeliaan hartanah

= RM 500 + RM50 + RM3,000

= RM3,550

Jumlah pendapatan berkanun sewa = RM12,000 – RM3,550

= RM8,450.

Apakah Cukai Ditanggung Oleh majikan Ya atau Tidak

Setiap individu yang menjana pendapatan di Malaysia wajib dikenakan cukai pendapatan jika ianya melebihi kadar yang telah ditetapkan oleh LHDN.

Cukai pendapatan ini adalah menjadi tanggungjawab individu yang berpendapatan tersebut.

Mereka perlu menfailkan pendapatan mereka di LHDN menerusi Borang BE bagi individu. 

Akan tetapi, tanggungan cukai pendapatan pekerja ini juga boleh ditanggung oleh majikan secara penuh atau sebahagian mengikut perjanjian antara majikan dan pekerja.

Berdasarkan Seksyen 13(1)(a) Akta Cukai Pendapatan 1967, majikan yang membayar cukai pendapatan pekerja dikategorikan sebagai perkuisit dan ianya merupakan sebahagian daripada pendapatan berkanun penggajian. 

Senarai Cukai Ditanggung oleh Majikan LHDN

Cukai pendapatan merupakan cukai ditanggung oleh individu pekerja dengan majikan. Ia merupakan tanggungan peribadi seseorang.

Menurut Perenggan 13(1)(a) ACP, tanggungan cukai yang dibayar oleh majikan didefinisikan sebagai “perkuisit”.

Ianya dikenali sebagai pendapatan kasar daripada penggajian. Senarai cukai yang ditanggung oleh majikan taksiran 2023 pada 2024 ialah;

bilangan penggajian cukai ditanggung majikan 2023 2024 lhdn
  1. Elaun dikenakan cukai adalah seperti Elaun penjagaan anak
  2. Elaun letak kenderaan
  3. Elaun petrol
  4. Elaun makanan
  5. Bil utility yang menggunakan nama pekerja
  6. Keahlian professional
  7. Biasiswa
  8. Hadiah
  9. Ganjaran berkaitan pekerjaan

Senarai cukai ditanggung oleh majikan akan dikemaskinkan dari masa ke semasa.

FAQ

1. Apa maksud bilangan penggajian lhdn

Bilangan penggajian lhdn bermaksud jumlah syarikat dan majikan yang anda bekerja sepanjang tahun taksiran cukai anda. Sebagai contoh untuk tahun 2024, berapa jumlah syarikat yang anda bekerja. Adakah 1, 2 atau 3. Begitulah.

Tuntasnya, pendapatan berkanun penggajian ini penting bagi semua pihak termasuklah indivdu dan kerajaan Malaysia.

Dengan adanya pendapatan berkanun penggajian ini, pekerja dan majikan akan lebih telus dalam urusan penggajian mereka.

Manakala, ianya juga penting untuk kerajaan kerana melaluinya, cukai akan dikenakan ke atas individu pekerja dan cukai tersebut akan disalurkan kepada kerajaan Malaysa bagi menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara ke arah yang lebih baik.

xm malaysia

Untuk pastikan anda tidak terlepas walau satu Bantuan 2024 terkini dari kerajaan Malaysia dengan MUDAH & SENANG, join Telegram Bantuan Kerajaan Malaysia seperti yang tertera di bawah

Berita baik, ada tawaran hadiah GOLD BAR / TABLET PERCUMA untuk follower Telegram

JOIN TELEGRAMLINK PAUTAN
Telegram Bantuan Kerajaan MalaysiaTelegram Bantuan Kerajaan Malaysia