Register Account & Semakan penyata SSPN Prime login serta check sspn dividen 2023
Skim Simpanan Pendidikan Nasional merupakan skim simpanan yang diperkenalkan di bawah Kementerian Pendidikan pada tahun 2004.
Dulu dikenali sebagai SSPN-I ialah pelan simpanan yang ditubuhkan oleh Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
BACA SINI >> Bayaran balik ptptn secara online atau melalui kwsp
Ia bertujuan untuk menggalakkan ibu bapa membuat simpanan untuk anak-anak melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.
Senarai Kandungan Penting:
Cara Buka Akaun SSPN Prime Login
Semak SSPN Prime dan ia boleh dibuka bermula dengan simpanan serendah RM20. Berikut merupakan cara-cara yang perlu dipatuhi untuk membuka sspn akaun di Malaysia ini;
BACA SINI >> Ptptn sspn login
- Pemohon hendaklah melayari laman sesawang sspnportal
- Klik pada bahagian pembukaan akaun seperti pada Rajah di bawah ini di portal sspn.
BACA SINI >> Sijil simpanan premium
BACA SINI >> Pinjaman Ptptn Loan: Myptptn Online & Pejabat Near Me
- Kemudian, masukkan semua maklumat atau data yang diperlukan seperti nama, warganegara, no. MyKad, alamat, jenis akaun, emel, no. telefon, amaun deposit dan banyak lagi.
- Pemohon hendaklah memastikan bahawa maklumat yang dimasukkan tersebut tepat dan betul. Sekiranya semua betul, pemohon boleh terus membuat pembayaran berdasarkan amaun deposit yang dinyatakan.
- Setelah pembayaran dibuat, pemohon akan mendapat Surat Pembukaan Akaun Simpanan sebagai tanda telah menjadi ahli.
Cara Deposit SSPN Account
Setelah pendeposit mempunyai akaun, mereka boleh mendeposit simpanan mereka mengikut jumlah yang diinginkan dengan kadar minimum RM20.
Pendeposit boleh mengikut cara-cara berikut untuk mendepositkan simpanan ke akaun;
- Pendeposit hendaklah melayari laman sesawang ptptn seperti pada rajah di bawah.
- Pendeposit hendaklah memasukkan nombor akaun mereka yang terdiri daripada 15 digit dan amaun yang ingin didepositkan ke dalam akaun.
- Klik pada butang “Hantar” untuk membuat pembayaran deposit.
- Pembayaran deposit boleh dibuat melalui perbankan internet.
- Setelah pembayaran dibuat, transaksi deposit akan menunjukkan anda telah berjaya membuat deposit ke akaun anda.
Semakan Penyata Sspn Prime
Setiap penambahan atau pengeluaran deposit yang dilakukan oleh pendeposit akan mempunyai rekod di dalam sistem semakan sspn prime.
BACA SINI >> sspn dividend
- Semakan penyata simpanan ini boleh disemak secara atas talian melaui lama sesawang ptptn seperti pada Rajah di bawah ini
- Pengguna akaun hendaklah memasukkan no. kad pengenalan dan kata laluan yang sah, kemudian tekan pada butang “Log Masuk”.
- Maklumat akaun simpanan anda dipaparkan.
- Anda boleh pada nombor akaun anda untuk semakan penyata simpanan.
- Akhir sekali, anda boleh memilih untuk mencetak penyata simpanan anda untuk tujuan rekod peribadi anda.
Beza Sspn Prime vs Plus
Sspn plus vs sspn prime, kedua-duanya merupakan skim simpanan pendidikan bertujuan untuk memudahkan masyarakat ke peringkat pelajaran tinggi.
Kedua-dua akaun ini mempunyai kelebihan dan kekurangan bergantung kepada ciri-ciri yang terdapat kepada kedua-dua skim ini.
- SSPN Prime ialah pelan simpanan account ang bermula dengan simpanan RM20.
- Ianya menawarkan manfaat perlindungan sekali ganda bagi simpanan yang bermula dengan RM1000.
- Bagi anak-anak yang berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat universitI, mereka layak untuk mendapat Geran Sepadan sehingga RM10,000.
- Pelan ini juga menawarkan Khairat kematian sehingga RM2500.
- Ianya memberi kelebihan di mana-mana simpanan SSPN Prime ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa sahaja.
Manakala, Plus ialah skim simpanan yang diperkenalkan pada tahun 2015 yang menawarkan simpanan bermula serendah RM1 sahaja.
- Jumlah simpanan dan takaful bagi pelan ini akan ditetapkan oleh pihak PTPTN SSPN mengikut pakej.
- Ianya perlu dibayar dengan nilai yang tetap pada setiap bulan. Penyimpan akan berpeluang untuk mendapat manfaat sehingga RM1 juta.
- Skim ini juga melindungi penyimpan daripada 36 jenis penyakit kritikal dan memberikan elaun kemasukan wad apabila menghidap sebarang masalah kesihatan.
- Khairat kematian yang ditawarkan sebanyak RM8000 sekeluarga.
- Walaubagaimanapun, bagi pelan ini, mereka hanya boleh mengeluarkan simpanan mereka selepas 3 tahun menyimpan di PTPTN dibawah semakan akaun Plus.
Kelebihan SSPN Prime Deposit
- Simpanan akaun jenis ini memberi banyak kelebihan, antaranya termasuklah dapat menjamin masa depan seseorang dari segi pendidikan.
- Bagi individu yang membuat saving dan simpanan SSPN Malaysia, mereka tidak perlu risau jika mereka ingin menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi jika mempunyai masalah kewangan.
- Simpanan ini dapat membantu mereka untuk menampung yuran pelajaran dan lain-lain kos yang melibatkan pelajaran.
- Selain itu, pendeposit akan mendapat manfaat dari segi dividen dan perlindungan takaful secara percuma. Ianya bukan hanya sekadar pinjaman, akan tetapi melalui simpanan, ianya memberi manfaat kepada penyimpan.
- Kerajaan juga memberi jaminan terhadap simpanan yang dilakukan oleh pendeposit.
- Kerajaan menjaminkan keselamatan terhadap akaun pendeposit. Jaminan keselamatan ini penting untuk mengelakkan simpanan tersebut lesap kerana sebab-sebab atau masalah kecurian wang yang dideposit ke akaun
Dividen Sspn Dividen 2023
Para pendeposit akan menerima dividen pada setiap tahun hasil daripada simpanan mereka.
Dividen SSPN akan diumumkan oleh pihak PTPTN pada setiap tahun.
Ini menunjukkan para pencarum SSPN bukan sahaja akan mendapat manfaat simpanan mereka, akan tetapi mereka juga akan mendapat manfaat dividen hasil simpanan mereka.
Jadual bagi dividen sspn bagi tahun 2004 sehingga 2021 seperti pada Rajah di bawah ini
Bagi tahun 2023, pihak PTPTN akan mengumumkan peratusan dividen yang bakal diterima pada akhir tahun.
Dividen yang diterima oleh pendeposit akan dimasukkan terus ke akaun SSPN malaysia mereka.
Berapa Dapat Pelepasan SSPN Tax Relief 2023
Produk simpanan jangka masa panjang amat penting untuk semua individu untuk menjamin masa depan yang baik.
Walaubagaimanapun, ada simpanan yang tidak terkecuali daripada taksiran cukai.
Simpanan SSPN ini akan dikecualikan taksiran cukai sebanyak RM8,000.
Penerima manfaat atau pendeposit simpanan tidak perlu risau jika simpanan mereka melebihi amaun yang sepatutnya yang dikenakan cukai.
FAQ
Boleh semak jadual yang kami kongsikan di atas ini
Ada dikongsikan di atas ini
Terus login di sini dan ikuti langkah demi langkah yang kami kongsikan seperti di atas ini