Harga Honda Civic baru dan bayaran bulanan kereta untuk Raja kereta Segmen C di Malaysia di Malaysia
Model ini punya hebat jualannya setiap tahun, sehinggakan satu lagi model daripada segmen C juga iaitu Volkswagen Jetta telah ditendang keluar daripada pasaran Malaysia. Kami dimaklumkan pihak Volkswagen Malaysia telah bertindak menarik handbrake untuk tidak menjual model Jetta yang jimat minyak tetapi power di Malaysia selepas ini. Mungkin pada masa akan datang siapa tahu?
Kekuatan yang ada pada model baru kali ini betul-betul memberikan impak besar kepada pemain kereta dalam segmen ini. Jadi sekarang ini tinggallah, Kia Cerato, Toyota Corolla Altis, Mazda 3 dan lain-lain lagi untuk bersaing seberapa besar saiz pasaran segmen C di Malaysia. (baca review dan semak harga proton persona di sini)
Tetapi hari ini kami akan bercerita sedikit mengenai model kereta yang paling laris, paling laku dan paling digemari untuk segmen C. Model kereta ini ada 2 versi, satu 1.5 turbo dan 1.8.
Jadi kami akan rungkaikan apa beza antara versi 1.5 turbo vs 1.8 sehinggakan angka jualan di Malaysia sahaja menjangkau 20 ribu unit. Wow!
Senarai Kandungan Penting:
5 Sebab Pilih Harga Civic Varian 1.8
Kebanyakan orang yang memilih kereta segmen c adalah disebabkan prestasi, ruang luar yang cantik, ruang dalam yang lebih luas.
- BACA SINI >> harga axia baru
- SEMAK SINI >> Harga bateri kereta di Malaysia
Dan model ini memenuhi ketiga-tiga citarasa terutamanya golongan lelaki di Malaysia yang berumur di antara 30 hingga 45 tahun.
- Walaupun 1.5L dikuasakan dengan 170 kuasa kuda dan torque 220Nm, bagai kami dengan kuasa yang ada pada 1.8L iaitu 140hp dan 174nm torque sudah cukup memadai
- Sebenarnya tidak banyak beza antara 1.8 dengan 1.5, jadi bagi kami dengan harga bawah RM115 ribu OTR untuk segmen C sudah cukup memadai untuk memilih 1.8 sahaja.
- Dengan 1.8L juga tiada masalah sebenarnya untuk anda yang kaki lari di highway, bawa sehingga 180 ke 200km/j senang-senang sahaja dapat
- Banyak kelengkapan penting yang disertakan untuk versi 1.8 seperti VSA, Traction Control, start enjin pakai remote, tutup kereta secara automatik apabila anda tinggalkan kereta tanpa tekan remote dan banyak lagi
- Kalau jenis yang bawa untuk kegunaan seharian, bawa ahli keluarga bagi kami 1.8L sudah pun. Rebentuk luar dalam yang lawa, ada kuasa, harga lebih murah?
Tepuk dada tanya poket masing-masing. Kalau tanya kami versi 1.8 pun dah cukup
Sebenarnya tak banyak beza antara 1.5 turbo dengan 1.8.
KATEGORI | VERSI 1.5 | VERSI 1.8 |
---|---|---|
SAIZ SPORT RIM | 17 inci | 16 inci |
DOOR HANDLE | ada chrome | tiada chrome |
LAMPU LED DEPAN | LED Headlight | Halogen Headlight |
SISTEM GPS | ada | tiada |
LEATHER SEAT | ada | tiada |
Berbaloi Harga Honda Civic Baru 2024
BACA SINI: Cara beli kereta second hand
Ini mula harga baru untuk model kereta ini yang ditawar kepada anda sebagai insitiaf kerajaan disebalik wabal covid 19 di Malaysia
VARIAN MODEL | WARNA | HARGA |
---|---|---|
1.8 S | Standard | |
1.8 S | White Orchid Pearl | |
1.5 TC | Standard | |
1.5 TC | White Orchid Pearl | |
1.5 TC-P | Standard | |
1.5 TC-P | White Orchid Pearl |
Berapa Bayaran Bulanan Honda Civic 2024
VARIAN MODEL | PEMBAYARAN BULANAN |
---|---|
1.8 S | RM 1,157 sebulan |
1.5 TC | RM 1,324 sebulan |
1.5 TC-P | RM 1,425 sebulan |
Penjimatan Minyak?
Apa bercerita tentang minyak, janganlah berkira sangat mengenai minyak sebab ini kerana ‘performance’.
Berdasarkan penggunaan minyak yang pernah kami rekod adalah sekitar 13km untuk setiap liter (bandar) dan 15 km di laluan lebuhraya, tak begitu jimat dan tidak juga begitu kuat menggunakan minyak.
Jadi apa pilihan anda pula dengan tawaran untuk tahun 2024 ini?